AKUBUKANSUPERMAN

August 16, 2012

I love you Rozita Che Wan


Bila bercerita pasal raya, mesti semua orang akan terbayang nak pakai baju apa tahun ni. Nak padankan dengan tudung apa. Nak kasut jenama apa. Bila nak beli tiket balik kampung.

Dan yang pasti macamana nak jawab kalau pakcik makcik suddenly hilang ingatan, tanya balik soalan tahun lepas…

Macam-macam lah.

Tapi dalam banyak-banyak benda tu, kita sentiasa kena beringat. Walaupun puasa epic sebulan, sambutan raya tak semestinya epic jugak.

Segalanya nak mahal belaka. Kalau tak baru tak sah. Konsepnya nak glamer mengalahkan Rozita Che Wan.

Ustaz internet kata bersederhanalah, sebab orang yang membazir tu saudara syaiton-nirrajim *enam harakah*

Duit dah perabih nak bergaya sakan. Pakainya cuma sehari dua jer. Dah tu nak makan apa?

Biskut raya?

Tak ker OREN lepas tu?

So bersempena dengan ketibaan Aidilfitri ni, aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat hari raya kat korang semua yang sudi follow blog ni. Giler terharu aku.

Mohon maaf dari ujung kasut BATA aku ke hujung rambut aku yang bersyampukan sabun buku Zaitun.

Untuk korang yang tak berkesempatan balik raya tu, jangan la sesedih. Jom la kita baring kat tengah jalan depan Pavilion tu.

Tak pun kita planking ramai-ramai kat tengah landasan ketapi.

Mesti syiok!

AKUBUKANSUPERMAN: Tajuk entry yang sedikit merapu. Maafkan saya...

8 ulasan:

Siti said...

Ko patut diberi mandi bunga 7 hari 7 mlm br hilang merapu ko kan?

Haha..
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Aku tak blk kg. Sedeh..

bukankosong said...

ko balik tak?

W. Hidney said...

siti... selamat hari raya jugak. maaf zahir batin yer. jom baring depan pavilion

W. Hidney said...

bukankosong... tak balik. raya kat kl jer

farhana said...

Tak nak lah kalahkan Che Ta, glemer sangat! hehe

Selamat Hari Raya!

Ri said...

slmt menyambut eidulfitri :)

crescent said...

Selamat hari raya!!! sila amek pic baring depan Pavilion di hari raya...haha...

W. Hidney said...

farhana... sekali sekala tak per. jgn selalu hehe. selamat hari raya to you too

ri... awak juger

crescent... haha akan diusahakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...