August 23, 2012

Cerita mercun

Suatu masa dulu, aku suka main mercun. Hari raya jer aku akan main mercun. Bila ada mercun jer terus hari raya.

Err...

Tapi aku main mercun yang biasa-biasa jer tau. Bukan jenis yang boleh tumbangkan bangunan tu.

Tu pun aku akan nyalakan sumbu mercun dengan ubat nyamuk yang aku dah siap ikat kat ujung batang penyapu.

Giler sopan aku main mercun. Nasib baik aku tak nyalakan sumbu sambil duduk bersimpuh.

Tapi aku bertukar jadi orang yang bencikan mercun lepas suatu insiden di malam raya. That was back in the late 80's...

Bapak tua dah aku kan?

Huhu.

Anyway, time tu mak aku pesan aku beli something kat kedai. Forgot what it was cos its not that important anyway.

So aku pun dengan handsomenya menapak ke kedai yang cuma a few metres dari rumah kitorang. Kebetulan ada a few budak sedang seronok bermain mercun kat depan rumah.

Dengan niat untuk mengekalkan keharmonian hidup berjiran aku dengan machonya menegur, "Hey dawg how its going? Having fun there over there?"

They were like, "Hey hey dawg. We're on heaven dawg. Why don't you come over and join us." Sambil buat gaya ghetto.

Kampung aku kat Bronx you see. So kitorang memang custom dengan cakap ala-ala ghetto ni. Dan untuk pengetahuan korang, Jennifer Lopez tu jiran aku. Kitorang jalan pimpin tangan ke sekolah.

Anyway berbalik kepada budak-budak yang main mercun tadi. Kalau nak ikutkan memang aku nak join sekaki. Tapi tanggungjawab yang dah diamanahkan oleh mak aku lebih penting.

So to the kedai I went.

Tapi tak lama lepas tu, aku rasa tetiber macam ada bunyi mercun yang sangat dekat dan kaki aku macam kena gigit. Bukan gigitan manja yer. Tapi gigitan yang sangat menyakitkan.

Lepas menjerit macho, aku pandang bawah. Tau-tau ada seekor anjing sedang enak menggigit betis aku. Buntang matanya tak berkelip. Mukanya fobia macam lepas tengok Azwan Ali.


Budak-budak tu? Diorang dah lari lintang-pukang. Mungkin sebab diorang takut aku audit diorang dan tulis benda yang teruk-teruk dalam finding report aku kot.

Of course later that day aku difahamkan budak-budak tadi tu sajer nak pranked kan anjing tu dan I was totally at the wrong place at the wrong time.

Kesian aku kan?

Instead of membenci budak-budak dan anjing tu, aku pilih untuk membenci mercun.

Budak-budak tu tak berpeluang untuk dididik menyayangi hidupan lain dan anjing tu... well dia cuma seekor anjing yang akan buat apa yang anjing-anjing lain akan buat kalau diorang kena prank.

Mercun perlu dipersalahkan.

So kengkawan, mungkin tak terlalu lewat untuk aku nasihatkan korang supaya jangan main mercun. We can have an eventful raya without a single mercun pun. Kalau tak cayer, cuba try.

Tapi kalau nak main mercun jugak, pergi main kat tempat yang luas, jauh dari anjing dan budak yang nak pergi kedai.

Sekian kisah dan tauladan untuk kali ini. Kita jumpa lagi di lain ruang dan peluang.

*betulkan cermin mata besar dan libas-libas ekor tupai*

AKUBUKANSUPERMAN: Actually kampung aku kat Bintulu.

6 ulasan:

Siti said...

Cerita ko tak berapa nak abis. So apa jd dgn anjing tu lps dia gigit ko? Adakah ko dibawa ke hospital dan diberi suntikan imunisasi anjing gila? Atau pun ko tetap meneruskan niat ke kedai utk menjalankan tanggungjawab seorg anak soleh?

Sekian.
Pecah kaca jatuh berderai,
lps baca harap reply.

W. Hidney said...

Siti... Anjing tu just terkejut. Dia lepaskan gigitan tak lama lepas tu. tetap jugak i ke kedai beli brg tu. pekedai nampak apa yg jadi so dia bersihkan luka gigitan, letak ubat dah balut :)

NUke_Rude said...

oaky.. menarik. kalau buat short film pun okay gak ni. hahahaha

aku suka ur different perspective ni. haha.

:D

W. Hidney said...

nuke... different perspective? camner tu?

jejaka anggun said...

kena gigit hanj?? ouch!

W. Hidney said...

shaz... yer ouch!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...