August 30, 2012

Butter prawn janji ditepati


Dalam banyak-banyak seafood, aku paling lemah dengan butter prawn. Kalau la butter prawn tu perempuan, dah lama aku bawak balik jumpa mak ayah.

Tak pun aku pujuk-pujuk bawa lari.

Anyway, aku tak biasa kongsikan resipi masak-masak sebab kejadian aku dari azali lagi pandai makan jer.

Masak haram tak reti.

Tapi untuk entry bersempena kemerdekaan 'janji ditepati' ni, aku dengan bangganya nak kongsi satu resipi butter prawn yang sangat senang disediakan. Orang tangan bangku macam aku boleh buat sambil tutup mata jer.

Yang paling penting, rasanya terlalu indah.

Aku namakan resipi ni butter prawn janji ditepati.

Mula-mula bebahannya...

400gm udang sederhana besar. Lagi gedabak lagi bagus. Kalau korang kaya sangat, letak la 18 ekor lobster.

5 sudu besar butter atau dalam bahasa Rais Yatim, mentega.

Err...

3 biji telur. Amik kuning jer dan dipukul dengan tali pinggang sampai nangis.

Ok lame joke. Carry on...

1/4 cawan susu cair. Jangan buat lawak nak pakai susu beku pulak. Aku sumbat dalam lubang jamban kang!

2 ulas bawang putih yang dicincang seperti esok tiada lagi.

Lada sulah, gula dan garam secukup rasa.

Ok seterusnya cara-cara membuatnya.

Korang amik semua bahan tadi tu dan bagi kat mak korang atau sesiapa yang pandai masak. Lepas dimasak, sedia la ia untuk dinikmati. Sedap kalau dimakan sambil duduk bersimpuh.

Kan aku dah cakap senang...

AKUBUKANSUPERMAN: Cuba la yer kalau korang ada masa...

6 ulasan:

Siti said...

kemain aku menyalin respi udang mentega(dlm bahasa rais yatim)kau inih. sekali....

nasib baik aku tgh mood sopan. kalo tak mmg kucarutkan kau sampai raya thn depan.

W. Hidney said...

siti... haha tak sangka ada yg terkena sampai salin balik resipi ni dengan tabahnya hahaha. ampuuuunnnn penunggu gua. ampuuuunnnn penunggu gua...

crescent said...

tak baik tau bagi harapan palsu...tak abis baca kita dah pergi kedai sebelah tanya ada udang ke tak tau...mencik!!! berkobar kobar feeling nak dinner udang mentega janji manismu...hampeh...

closet writer said...

Yahhh..alu logout kamek entam resepi sik abis kitak nok.. ;p

jejaka anggun said...

ingat bawak mak gi KK dulu, sampai2 kat restoren, nih yg dia order dulu...

W. Hidney said...

crescent... haha melampau tol pergi kedai sebelum abis baca

closet writer... hahaha iboh mamas

shaz... pasal sedap. tu sebab dia order

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...