August 27, 2012

Aku, Orked, Kellie dan Ipoh


Cawan kopitiam ni betul-betul mengingatkan aku kepada Ipoh. Yang peliknya aku tak pernah pun jejak kat Ipoh. Jangan tanya kenapa aku boleh kaitkan cawan kopitiam tu dengan Ipoh. Aku pun tak tau apa jawapannya.

Actually aku dah lama merancang nak ke Ipoh. Tapi tak pernah nak kesampaian pun. That was until last weekend though. Itu pun atas jemputan member kat Ipoh, menggigih jugak la aku berbaris membeli tiket ETS kat Sentral, berebut-rebut dengan orang lain yang nak balik selepas seminggu beraya.

Kenapa aku nak sangat pergi ke Ipoh? Apa yang menarik sangat Ipoh tu? Haaaa... meh sini aku nak story...

Korang pernah tengok filem Sepet tak? Aku giler suka filem tu. Korang tau tak filem arahan Yasmin Ahmad (RIP) tu difilemkan kat Ipoh?

Tau tak?

So in a way, kalau aku ke Ipoh aku akan experience sendiri tempat kat mana Jason dan Orked mula-mula jatuh cinta.

Ngeee…

Boleh pakai tak alasan aku ni?

Kalau korang baca entry-entry aku lepas, mungkin korang dah boleh jangka yang aku suka bangunan-bangunan lama. Untuk yang tak tau, now you know lah kan?

Aku dah experience bangunan lama kat Melaka, Penang dan Singapore. Now Ipoh came into this picture of one very happy and old building family.


Keluar jer dari train, aku dah terpesona dengan bangunan stesen keretapi yang sarat dengan unsur-unsur Indo Gothic. It was actually built in 1935 oleh the same architect yang design stesen keretapi KL.

Giler teruja aku.

"Tak larat la teruja memanjang kalau dah masuk bandar kang. Kat stesen pun dah jakun sangat ni." Aku bermonolog sendirian.


Tapi agak terkilan jugak la bila aku tengok banyak bangunan lama kat Ipoh yang terbiar macam tu jer. Aku agak kalau kerajaan Perak betul-betul serious nak Ipoh tersenarai dalam UNESCO World Heritage listing, something must be done.

Contoh terbaik conservation bangunan lama boleh dilihat kat Jalan Sultan Singapore. Perhaps one can learn from it. I can walk down the street all day long and immerse myself in the yesteryear's splendor.

Nyesal plak aku tak bawak DSLR. Snap-snap pakai iPhone jer. Awas, some of the pictures kat sini aku cekup dari uncle Google.

Nonetheless harap korang dapat enjoy kegemilangan Ipoh dari kaca mata aku.

Talking about very old buildings, aku berpeluang melawat Kellie’s Castle yang famous tu. Macam stesen keratapi Ipoh, Kellie's Castle pun ada ciri-ciri Indo Gothic dan Neo Moorish. Korang tau tak actually istana tu tak pernah siap? Baca lebih lanjut kat sini.

Cuba korang bayangkan betapa gahnya istana tu kalau betul-betul siap.


Giler kagum!

Ok enough about old buildings. Kang ada plak yang kebosanan dengan hobby aku yang membosankan ni. Lets talk about food shall we?

Awas! Jangan sampai korang jilat screen komputer korang bila tengok mamam best kejap lagi.

Anyway, tak sah kunjungan ke Ipoh kalau tak makan kat mamam place yang famous. Kalau korang peminat tegar channel makan-makan kat astro, pasti korang setuju kalau aku cakap Ipoh ni adalah bandar untuk serious foodies.

…macam aku…


Tak sangka plak member aku ni tau tempat-tempat makan yang aku nak pergi. We went to the infamous Big Tree Trunk Yong Tau Foo kat Kampung Pasir Pinji dan Restoren Lou Wong Tauge Ayam kat Jalan Yau Tet Shin. Tak pernah aku makan sekenyang masa aku kat Ipoh. Klik sini dan sini untuk kenyang bersama-sama.

Ipoh is actually not a very good place to visit untuk korang yang serious nak jaga body.

Aku ni lain la sebab body dah lawa…

*pengsan 17 saat* 

Well that basically sum it all up, lawatan aku ke Ipoh. Bandaraya yang cukup intriguing dengan unsur-unsur lama dan baru. Perjalanan 2 jam meninggalkan stesen Ipoh ke Kuala Lumpur benar-benar membuatkan aku lebih mengagumi bandaraya tu.

Of the old charm and serious food experience.

I shall return...

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa kata melancong dalam negeri tak best?

4 ulasan:

crescent said...

oh suka bangunan lama yer...u should come to jb dulu dulu...sebab kat istana besar johor ada bangunan lama merangkap istana bukit zaharah...sgt cantik walaupun buruk...tapi skang dah x leh masuk sbb tgh renovate...huhu...

Siti said...

pg2 selalu tgk ho chak. mmg tpt makan yg ko pegi ni pernah dihighlight dlm rancangan tu.

W. Hidney said...

crescent... pasal tak boleh masuk la i tak pergi johor tengok bangunan tu hehehe *alasan*

siti... hahaha saya peminat setia rancangan tu

crescent said...

hahaha...ngek...ari tu baru tau...sultan dah amek balik istana tue...sedih...x leh nak feeling feeling cool lagi...dulu org tanya lepak n jogging kat mane best???leh jawab oh org jb lepak n jogging kat kebun bunga istana...haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...