AKUBUKANSUPERMAN

July 6, 2012

Cerita penghutang, pemiutang dan penjamin

Berjalan-jalan di pekan, ternampak pula kereta idaman.

Hati gelora tidak terhingga.

Mahu bergaya... Jalan-jalan bawa keluarga.

Bisnis satay agak maju.

Banyak tempahan diterima.

Alah, apalah sangat kalau bayaran bulanan yang RM800 tu.

Jualan satay boleh membantu...

Malangnya pemiutang tidak mahu memberi hutang.

Lantaran penghutang tidak punya pendapatan tetap.

Penghutang resah mencari penjamin.

Kereta idaman mesti dimiliki.

Aku...

Sekadar mahu membantu.

Menghulur tangan mahu menjamin.

Tandatangan diturunkan, lengkap lah sudah transaksi.

Kereta dilaram ditengah pekan.

Penjamin diucap terima kasih.

10 cucuk satay diberi free.

Keluarga girang gembira....

Beberapa bulan berlalu, bisnis merundum jatuh.

Satay jualan tidak laku.

Alah melayu kalau buat bisnis... Tak lama. Bergaya jer lebih!

Pemiutang menggigau mencari pulangan.

Penghutang lari membawa diri.

Meninggalkan penjamin terpinga-pinga.

Kereta dilelong, bertukar milik.

Namun hutangnya tetap ada.

Penjamin membayar sedikit untuk menyelamatkan nama.

Tidak pula meminta ganti...

Penghutang berjanji bayar sedikit-sedikit.

Dengan pendapatan yang tidak menentu.

5 tahun berlalu, tiada khabar cerita.

Dengar kata penghutang dah bawa teksi.

Di Kuala Lumpur...

Penjamin merancang untuk lebih maju.

Membeli sebuah istana.

Untuk dikongsi dengan dia yang dicintai.

Malangnya hutang tidak jelas lagi.

Penghutang gagal mengotakan janji.

Hutang ditinggalkan.

Pemiutang tidak girang.

Penjamin tidak gembira.

Istana idaman lenyap dibalik angan.

Lenyap...

AKUBUKANSUPERMAN: Tidak sepatutnya tangan yang menghulur digigit-gigit...

4 ulasan:

bukankosong said...

minta dijauh kes macam nihh

W. Hidney said...

amin

NUke_Rude said...

huuu.. kadang2 susah kan? nak jadi penjamin, ini pulak risikonya. kalau tak jadi penjamin nanti, rasa tak sampai hati.

...

DrSam said...

dunia hutang piutang, gali lubang tutup lubang lumrah hidup. semoga dijauhi dari terkena bahana ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...