July 4, 2012

Cerita handphone dulu dan sekarang

Korang ingat lagi tak handphone apa yang korang pakai dari yang first ke yang terkini?

Aku ingat...

Moh korek mengimbau kenangan sama-sama.


Berkat rezeki PTPTN (mati laaa) masa aku kat UiTM dulu, aku beli Ericson T10. Canggih giler aku rasa sebab phone ni boleh flip.

Cuba korang bayangkan kereta aku pancit tengah jalan, tetiba aku keluar dan start telefon pakai phone flip aku. Angin plak bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Macho kan?


Lepas tu aku tukar plak ke Nokia 3210. Mungkin kalau aku cakap kenapa aku beli phone ni korang akan gelakkan aku.

Aku beli sebab aku suka game ular...

Ok aku stop sampai sini. Beralih plak ke handphone ketiga aku, Nokia jugak tapi kecik sikit.


Nokia Butterfly. Time Butterfly tu kuar, semua orang dok gantung bendalah tu kat leher.

Kecik kan? Boleh la gantung.

Cuba kalau Butterfly tu tukar nama jadi Nokia BATAfly. Ingat orang nak gantung?


Lepas tu aku tukar plak ke Sagem MC920. Kenapa aku pakai phone pun aku tak tau. Mungkin masa tu aku sedang mengalami fasa krisis pertengahan umur kot, aku tak pandai nak nilaikan handphone dengan penahan pintu.

Aku pakai Sagem tak lama sebab phone tu kena curi. Syukur la orang tu curi phone aku tu. Kalau dia tak curi pun memang aku akan bagi free jer kot.

Lepas tu aku dapat balik sense of keremajaan aku dan aku pilih Nokia N-Gage QD.

Cukup remaja tak?


Time tu aku baru masuk keje. Duduk rumah plak tak ada benda nak buat. So main game jer lah. QD was invented untuk kaki gamers macam aku.

Dan QD adalah satu-satunya handphone aku pakai sampai rompong. Sayang giler aku kat phone tu.

Setia kan aku?

Comel plak tu... *pintal-pintal rambut*


Lepas QD aku rosak, aku dengan linangan air mata beli plak Sony Ericson Walkman. Aku nangis sebab phone ni masa tu sangat mahal. Tapi aku sanggup jer makan nasik dengan kicap semata nak beli phone ni.

Gaji aku time tu RM150 jer sebulan jer.


Sebab mahal, aku pakai agak lama. It was during 2008 Beijing Olympic aku tukar phone ke Omnia.

Semuanya sebab iklan Omnia yang terlalu hebat tu.

Siyes!

Tertipu Tipah tau...

Disebabkan Omnia tu tak la se gah iklan yang aku tengok, aku pakai 2 minggu jer. Aku tolak Omnia kat Low Yatt dan kat situ la aku beli phone baru aku...

HTC Pro.

Tarikan utama HTC ni adalah qwerty keyboard nya. Secara tak langsung aku masa tu berubah menjadi penaip sms terpantas dan termacho.

Hua hua hua hua *gelak sejahatnya*


Lepas setahun lebih aku pakai HTC Pro, aku beralih plak ke Blackberry Bold. Tetiber aku bertukar menjadi warga kota yang...

Macam sibuk sangat!


Dah finally bersempena dengan penghijrahan aku ke Kuala Lumpur, aku menukar Blackberry Bold ku kepada iPhone 4.

Diulangi iPhone 4.

Sampai la ni, aku masih lagi stick kat iPhone ni. Insyallah akan pakai sampai rompong sebab aku suka sangat especially tang kecanggihan camera-nya tu. Bukti kecanggihan camera iPhone ni korang boleh tengok kat sini.


Walaupun aku pakai banyak phone, aku tetap setia kat nombor yang aku pakai sekarang ni.

Tak pernah tukar ok!

AKUBUKANSUPERMAN: Lepas ni aku nak cari handphone yang bergulung plak. Ader ker?

11 ulasan:

DanieL AdiE said...

Peh..variasi hp...

shandye. said...

kecur liur tengok iphone. tgg kaya hujung tahun ni baru boleh berani rembat. huhu...

W. Hidney said...

Daniel... memang haha

shandye... hahaha cepat!

pena rozie said...

hahahahaha... same la.

W. Hidney said...

rozie... calit! caya lah

bukankosong said...

samalar kita

tak pernah tukar no.phone

tp phone2 yg atas tu, bila ingat balik buat aku nak pengsan

HINA sungguh!!!

W. Hidney said...

Bukankosong... Kenapa hina plak? Hehe

jejaka anggun said...

untunglah dia...

W. Hidney said...

shaz... haha tang mana yg untung tu

::FAIZ:: said...

saya mcm dah tak minat hp cangih2, skrg minat kreta....

cik dah faridah said...

salam singgah..

mak aihh byknyer tukar2 henpon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...