AKUBUKANSUPERMAN

June 9, 2012

Cerita disuatu pagi yang sopan

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Mimpiku berlari-lari macho dengan Salma Hayek masih segar. Namun tetap kugagahi kaki melangkah ke bilik mandi untuk... membeli sayur.

*gi bilik mandi nak mandi la kan. Apa ker bengong beli sayur dalam bilik mandi*

Anyway, usai mandi 3 saat kemudian, aku mengenakan baju yang aku dah iron-kan malam sebelumnya. Tak pula aku menghidupkan lampu lantaran bimbang akan ada yang terjaga dari tidur.

Aku adalah jejaka yang penuh dengan nilai kesopanan gadis melayu. *memakai baju sambil duduk bersimpuh*

Dalam kegelapan tu, aku mencari stokin yang bertaburan di dalam bakul laundry. "Cantek! Dah jumpa." Aku bermonolog sendirian, dan langsung memakainya.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Masih terlalu awal untuk aku ke stesen LRT. Mungkin saja aku boleh membuang sedikit masa dengan menonton persembahan zapin atau inang yang aku rakam sedikit masa dulu.

Aku hidupkan tv di ruang tamu tapi gagal mencari remote controlnya. Suis diketik untuk menghidupkan lampu, untuk memudahkan usahaku mencari remote control.

Lampu hidup...

Terang...

Terkejutnya aku bila melihat...

Ini...


AKUBUKANSUPERMAN: Sama tapi tak serupa

4 ulasan:

Siti said...

Gagaga...

Alan Ahmad said...

fainted.

ErnieFaizal Siti said...

Haha..kalau awk tak bgtau saya pun tak tahu.. Errr,tapi skrg saya dah tau :p

W. Hidney said...

siti... oooo gelakkan kita yer

alan... *kipas2 dan renjis2 air*

ernie... haha ok la kalau awak dah tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...