May 7, 2012

Story kepam dan tweet tak puas hati


Pagi tadi, kat office, aku sedikit annoyed dengan teman sepejabat yang berborak dekat dengan work station aku. Selalu pun memang diorang berborak kat situ, tapi pagi tadi aku rasa sedikit bengang.

Mungkin sebab aku bangun on the wrong side of katil kot pagi tadi.

Biasanya aku akan cakap jer kalau aku bengang. Tapi disebabkan aku pakai extra 'cantik' hari ni, aku zahirkan ajer rasa tak puas hati aku tu kat Twitter. Lagipun tak macho arr kalau nak gaduh sambil tarik-tarik rambut kat office.

*pose Wolverine*

Lepas aku post tweet tu, ramai plak yang mereply. Dan dalam banyak-banyak reply tu, ada yang menyebut perkataan yang aku tak pernah dengar sebelum ni...

Kepam...

Apa makna kepam tu?

Well setelah dirujuk dengan sumber CANTIK yang boleh dipercayai, kepam merujuk kepada orang yang suka bergossip, pakai selipar seret dalam office, baca URTV dan sibuk dengan tepi kain orang lain.

Spesies-spesies makcik la dalam erti kata lain.

Jangan meradang dulu kalau aku cakap, lelaki pun ada yang punya ciri-ciri makcik ni.

Aku bukan sexist yer. Harap maklum.

So siapa-siapa yang jatuh dalam kategori kepam ni, antara sedar atau tak, segeralah bertaubat sebelum ada orang yang lempang korang dengan keyboard atau mesin fax.

Sekian...

AKUBUKANSUPERMAN: Hari ni aku pakai pink...

4 ulasan:

NUke_Rude said...

oh. tafsiran aku, kepam = masam. ibaratnya kalau ketiak berpeluh tahap bangla la... kepam baunya.

hahaha.

W. Hidney said...

nuke... gross!!! *buat mata sepet*

jejaka anggun said...

kepam tuh bukan mcm bau busuk ker? yg bau lembap2 mcm tuh... gitulah bau nyer....

W. Hidney said...

shaz... pengertiannya sangat universal actually. boleh diguna pakai untuk pelbagai situasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...