May 4, 2012

Cerita bakul dan budaya sendiri


Kalau aku buat groccery, aku akan bawak beg sendiri. Tak larat aku nak kumpul beg-beg plastik tu. Unless kalau beg plastik tu aku boleh masak rendang atau goreng kicap.

Anyway, hari tu aku ke Kuching. Time aku jalan-jalan kat Main Bazaar yang famous tu, aku terjumpa beg rotan macam yang kat pix atas nu. Meroyan aku kejap sebab aku suka sangat.

Dapat aku bayangkan semua puji beg aku tu.

And so I thought la kan. Rupanya tak payah tunggu aku balik KL pun orang mula kutuk beg aku tu. Ada orang tu kata aku ni 'kampung'.

Orang-orang kampung jer yang pakai beg cegitu.

Tak cukup urban katanya...

Penjelasan aku cukup mudah.

Aku cukup bangga dengan budaya aku. Aku sedar jati diri aku kat mana. Orang Sarawak tak akan jadi orang Kelantan walau bertahun duduk kat Kelantan.

Nak kena tunggu mat salleh pakai beg macam ni baru kita nak terhegeh-hegeh dan julang budaya sendiri?

Otak letak kat lutut.

*pose Shakira*

AKUBUKANSUPERMAN: Dia jealous kot aku lagi comel

7 ulasan:

Siti said...

Inilah ceritanya yg ko duk pung-pang2 kat twitter tu hari ye? org kite ni sokmo gitu. bile org sebelah barat nun yg pakai terus otometik jd urban. kalo kita pakai jd stok pprt, felda.

pedulikkan mereka. lain kali ko gi pasar pakai raga rotan pulak.

bukankosong said...

jelez kot

diaowg xde!

jejaka anggun said...

heheh... Prada ada kuarkan rattan handbag ok...

W. Hidney said...

shaz... tell me about it hahaha

Black Jeepsu said...

haha.. betul ! selalu ikut matsalleh aja.. dorang la yng betul semuanya kan! pelik~ orang melayu buat.. tak nak ikut..

NUke_Rude said...

haoooyeahhh!! bangga lah dengan budaya kita sendiri!!

:)

W. Hidney said...

black... tu arr pasal

nuke... mari kita berbangga bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...