AKUBUKANSUPERMAN

March 31, 2012

Story mem-Phuket tempohari


Actually ni entry yang maha lambat nak post.

Aku busy...

Cari rezeki...

Hari tu aku gi Phuket dengan member-member aku. Nak dikirakan, dah 4 kali aku gi Phuket. Tapi setakat ni tak plak aku serik-serik nak datang balik.

Best ok.

Siyes!

Korang tau tak Phuket tu kat mana?

Tau tak? *statement sakitkan hati*

Biasanya aku gi sana sebab nak main golf. Bukan pasal kat Malaysia ni aku tak boleh nak golfing. Tapi sesajer jer nak main kat luar selain mengkayakan lagi tauke syarikat penerbangan dengan fee kayu golf yang agak rediculous tu. *Sungguh jahat orang itu*


Disebabkan aku pergi dengan kaki shopping dan bukannya kaki golf, trip kali ni aku isikan dengan aktiviti menghabiskan RM membeli barang yang aku sendiri pun tak tau bila aku nak pakai atau barang yang biasanya tangkap habuk kalau aku bawa balik Malaysia.

Tapi aku tak lupa la beli a few buah tangan untuk buatkan member office aku rasa OREN dengan percutian aku.

Nasib baik aku tak ditangan-tangankan lepas tu.

Everytime kalau sebut pasal Phuket, mesti orang akan cakap pasal gogo show. Untuk korang yang haram tak tau gogo show tu mender, klik la kat sini. Tapi suka aku nak ingatkan sebelum klik pastikan tak ada orang sekodeng korang. Aksi terlampau dijamin buatkan korang dan orang yang sekodeng korang tu rasa OREN.


Tapi aku tak tengok pun gogo show tu. Aku datang tengok-tengok lampu jer. *pose Imam Muda*

Hari ke-3 aku buat island hopping ke Phi Phi yang terkenal tu.

Jangan tanya aku island hopping tu apa.

Aku lempang jugak kang.

Aku rasa entry ni agak panjang. Mesti korang dah pening baca kan?

Ok aku stop...


AKUBUKANSUPERMAN: Tak sempat pun nak merempit scooter kat sana huhuhu...

2 ulasan:

Maya said...

Cish asek berjalan...jeles kawe!

Kat OZ pun ada seluar bunga2...energy saver katanya..

++ benci nyer nak prove diri bukan robot ni :/

aagghhh tensi :D

jejaka anggun said...

untunglah dia gi phuket...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...