March 28, 2012

Gurauan untuk si bimbo seperti aku

Hari tu aku bersembang dengan one of my General Manager. Disebabkan aku jarang duduk bersembang dengan GM yang sorang ni, peluang untuk beramah mesra macam tu memang aku tak akan sia-siakan.

Mana la tau ada peluang nak promotekan diri sendiri?

GM: Pergi outstation ke Lawas naik apa?

Aku: Naik Twin Otter dari Miri jer tuan.

GM: Ooo (gentel-gentel misai). Tak seram ker?

Aku: Seram la jugak tuan. Especially bila ujan. Goyang teruk.

GM: Kapal kecik jer kan?

Aku: Yes (rasa nak cakap sambil posing sinchan tapi aku batalkan jer sebab takut kena lempang dengan selipar)

GM: Twin Otter ni dah la kecik. Salah design plak tu. Duduk dalam tu panas and stuffy.

Aku: Panas sebab salah design tuan? How so?

GM: Sebab kipas kat luar...

Siyes aku rasa macam nak merajuk 5 saat!

AKUBUKANSUPERMAN: Its a good joke though.

8 ulasan:

FaizalSulaiman said...

sentao-ing

hahahaha

*asal tak oren sudala

Siti said...

Kahkahkah..lawak gm ko. Diam2 ko terkena. Mesti time tu ko terkedu kan?

NUke_Rude said...

hahahahahaha!

cute.

W. Hidney said...

faizal... sentap dan oren jugak sebenarnya. tapi tak tunjuk sebab takut gm hahaha

siti... terkedu jugak la

nuke... who? gm i ker? hahaha

ErnieFaizal Siti said...

hehehe...mesti muka dia selamba je time cakap tu..

jejaka anggun said...

maharaja lawak mega. syabas.

W. Hidney said...

ernie...memang selamba hehe

shaz... terimas

iyllienaz said...

Ahahaha..terkena juga akhirnya..sian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...