February 14, 2012

Siyes aku tak rasa OREN but SERIOUSLY?


Hari tu... Aku diperkenalkan dengan sorang kawan baru. Biasanya kalau berkenalan, soalan-soalan clichè akan ditanya.

Orang mana?

Muslim ker?

Keje mana?

Umur berapa?

Anak-anak sekolah kat mana?

Actually soalan yang last tu aku sengaja tambah sendiri. Tapi korang akan rasa soalan tu jadi logik lepas korang baca apa yang terjadi masa aku diperkenalkan dengan kawan baru aku tu.

Ceritanya cegini...

Kawan baru aku ni tanya aku umur berapa. Aku jawab le 30 dengan handsome-nya.

Macam biasa la kan? *pose Naseer Wahab*

Then dia tengok aku dengan pandangan yang paling sinis dan cakap, "Eh yer ker? I rasa you umur dalam linkungan 42 kot."

Dia ingat aku tipu dia dowh!

Siyes aku rasa macam nak posing Sinchan jer lepas dia cakap cegitu. Tapi aku ketepikan niat aku tu sebab tiba-tiba aku dapat ilham jahat nak kenakan dia balik.

"Actually umur I 45. Hampir tepat la tu. Pandai ek you teka." Aku jawab sambil gelak besar yang sangat meyakinkan.

Dia balas, "Siyes 45 ker? Mati-mati I ingatkan you 42. Sorry la, you nampak macam muda lagi."

Aku sambung gelak...

Tapi gelak yang lagi besar sebab for the first time ada orang kata aku nampak lagi muda dari umur aku.

Begitu la ceritanya. Sadakallahulazim.

So korang rasa logik tak soalan last tadi tu?

Tapi nasib baik la dia tak tanya. Kalau dia tanya, aku akan jawab aku dah ada 7 orang anak dan semua mendaftar serentak kat UiTM tahun lepas...

Sebab wife aku beranak kembar tujuh...

AKUBUKANSUPERMAN: Kesian wife aku...

6 ulasan:

FaizalSulaiman said...

memang tahap sentap habes nehhh:P hehehehe

for me myself, you look younger and smart at 30!:)

farhana said...

Semua anak mask UITM! Hahaha..... blh buat bahan berita ni! =P

W. Hidney said...

faizal... owh thanks faizal. u nak makan apa for lunch? i belanja u LOL

farhana... bahan berita tv mana? ngeee

ct cucubi said...

hahahaha.. jgn mrh bro... sbb manusia tu ingat die bg good first impression first time jumpa.. :))

jejaka anggun said...

42. hehehe. xperlah, nampak matang.

W. Hidney said...

ct... hehe tak marah. cuma ralat jer. lagipun i dah dapat kenakan dia balik hahaha

shaz... i nak forever 17 boleh tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...