February 16, 2012

Karangan Cipan


Cipan adalah haiwan yang hampir pupus. Itu yang aku belajar dari subjek Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga masa aku masih muda bergetah dulu.

Disebabkan Cipan ni hampir pupus, tak ramai yang tau macamana rupa, perangai dan kelajuan seekor Cipan. Tapi anehnya kita sering kali menggunakan Cipan sebagai contoh dalam kehidupan kita seharian.

Sebagai contohnya...

"Eh kau ni lambat la. Nenek Cipan pun lagi laju dari engkau tau tak!"

"Tebal mana pun kau bersolek, rupa kau tetap Cipan ok."

Atau mungkin contoh yang lebih tragis...

Cikgu bertanya, "Ali... 18 bahagi 2 berapa?" Ali menjawab dengan confidentnya, "Cipan cikgu."

Begitu...

Tapi selepas kunjungan aku ke Zoo Negara tempohari, aku kini dengan macho-nya boleh berbangga dan mendabik dada kerana aku dah tengok Cipan dengan mata dan kepala aku sendiri.

Sekian dulu karangan Cipan untuk kali ini.

Wasalam.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pun tak pasti kenapa aku tulis entry ni... er...

6 ulasan:

ctek8 said...

satu lagi contoh penggunaan cipan. "bodo tahap cipan"
#allaboutcipan

FaizalSulaiman said...

kelas. 'muda bergetah' hehehe

haritu masuk Zoo Johor ada tertengok sekor cipan aka tapir neh.

baunya busuk yo rabbi macam tak terjaga. sian cipan tu.

ErnieFaizal Siti said...

wallahhh..dapat tgk cipan secara live!!! Gud, gud! :)

jejaka anggun said...

lah? dpt tengok cipan jer ker yg nak dibanggakan tuh?

kat ofis ai ramai...

-cD- said...

sungguh cipan karangan ini cuk... hahahha

W. Hidney said...

ctek8... haha tu biasa dengar gak

faizal... yg kat zoo negara macam ok. tapi tempatnya macam tak menten sangat le

ernie... :8)

shaz... wow. u keje kat zoo office ker? hahaha

ucuk... memang cipan pun hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...