February 10, 2012

Jenis manager yang pernah aku jumpa


Dalam banyak-banyak manager yang aku dah jumpa, aku paling susah nak berurusan dengan manager-manager muda. Aku tak boleh salahkan diorang sangat sebab aku pun kadang-kadang ego jugak. But most of the time, aku menang le.

*posing Safee Sali*

Setakat ni aku tak pernah ada probs dengan manager-manager yang senior sebab aku rajin tadah telinga dengar cerita once-upon-a-time diorang. Orang kata, orang yang lebih tua kena selalu hormat. Baru hidup berkat.

Tak gitu?

Tapi dalam banyak-banyak yang aku dah jumpa tu, berikut adalah ketegori manager yang aku paling suka kacau. *tumbuh tanduk*

Menggelabah kancong
Dari mula aku datang sampai la aku nak balik, manager tu kancooooong memanjang. Pendek kata memang tak senang duduk le. Cakap pun menggelabah macam banyak sangat dosa yang dia dah buat. Aku tanya satu, dia jawab lapan blas. Tapi semua jawapan macam nak cover bontot sendiri. Kalau aku sergah, confirm jatuh pengsan. Ish ish ish...

Macam bagus
Cakap memang banyak kuah dari sudu. Meleleh-leleh aku kena kencing. Sebagai tetamu, aku angguk-angguk jer. Tapi bila aku start selak dokumen kat pejabat, satu-satu problem timbul. Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan tudung saji kan? Sikit jam lagi aku jerit suara kepit, "Ini auta punya orang!"

Tak mau kalah
Kalau aku kata aku pergi bercuti kat Phuket, dia kata dia bercuti kat Hong Kong. Kalau aku kata aku pakai kereta Mini Cooper, dia kata dia bawak Black Phantom. Memang tak pernah nak kalah. Nak menang ke dia ajer. Aku rasa yang jenis cegini adalah dari golongan yang kurang kasih sayang. Everything is all about them.

Sopan bersimpuh
Bila bercakap, suara macam sangkut kat anak tekak. Tak pernah diorang nak naikkan suara kat staff walaupun terang-terang staff tu buat taik depan diorang. Kononnya tak elok marah-marah staff. So bila kucing dah hilang taring, tikus menjadi raja ler. Keje satu apa pun tak jalan. Yang susahnya aku jugak nak betulkan keadaan. Atas dasar keje, aku terpanggil nak bagi nasihat. Tapi niat aku terbantut bila manager tu start nak duduk bersimpuh. Alahai sopannya. *gentel-gentel dagu*

AKUBUKANSUPERMAN: Mak aku kata, sejahat-jahat manager, kita kena sentiasa sayang diorang...

8 ulasan:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

mcm hemsem ja manager..haha

FaizalSulaiman said...

yewaah

macam macam pesen ada.. yang tanak kalah tu paling nyampah.

bukankosong said...

gua manager mulut laser

canggana?

ADfeez said...

takotlah bila da pose cekak pinggang tu :P

jejaka anggun said...

staf semua bukak kasut tuh sangat x bole blah. hahah.

NUke_Rude said...

yeap. manager yg 'sopan santun' ni pun mendatangkan masalah jugak sbnrnye. haih,...

ct cucubi said...

mcm2 lah dorang ni.. sabo jelah bro..

W. Hidney said...

syafawani... mana? mana? hehehe

faizal... betul tu. tapi tu lumrah kejadian diorg. layan kan ajer

bk... manager yg mulut laser i akan laserkan balik, ditambah lagi dengan audit report yang sangat 'laser' hahaha *posing syaiton*

adfeez... laaa yer ker? jgn la takut. i tak makan org haha

shaz... dalam office kena buka kasut awak. nanti kotor hehehe

nuke... sopan tu boleh. tapi jgn keterlaluan. org lain yg susah

ct... memang tengah sabo ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...