January 30, 2012

Story Sumpahan Kum Kum dan jalan berkepak


Aku paling tak suka tengok citer seram. The only citer seram yang aku tengok dari mula sampai abis ialah Barney and Friends.

Seram OK!

Jerit-jerit suara kepit aku depan TV.

Especially part bila Barney gelak horny tu.

I went for a therapy just to forget it...

Tapi last weekend aku nonton citer Sumpahan Kum Kum. Tu pun sebab ada orang yang belanja. Nak tolak takut orang kata aku tak sopan plak.

Konsepnya rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. *sambil duduk bersimpuh*

Berbekalkan keyakinan yang hantu kum-kum tu takat celah gigi aku jer, aku masuk panggung dengan handsomenya.

Jalan berkepak macam biasa...

Tapi masuk jer scene pertama, aku dah tutup muka.

Scene kedua, kaki aku dah naik kerusi.

Masuk scene ketiga, aku start jerit suara kepit sampai tamat.

Kalau bukan sebab aku dapat kerusi tengah, mungkin aku dah lari keluar panggung, tarik-tarik rambut sambil meracau.

Of course kat luar panggung aku akan jerit suara macho ler. Dalam panggung yang gelap jerit kepit tak per.

Orang tak nampak...

So aku punya rating untuk Sumpahan Kum Kum ialah 9/10 atas tiga sebab utama. Soundtrack-nya memang cun, orang belanja aku dan rupa Milah cantik kalau tak jadi hantu kum-kum.

Siapa Milah?

Kalau nak tau, beli tiket sekarang!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Pandai hantu kum-kum bagi salam. Siap ada echo-echo lagi...

8 ulasan:

k.e.r.i. said...

kenapa aku rasa entry ni macam entry promosi?

jejaka anggun said...

ye ker seram sgt?

Siti said...

tgk gazet movie ni kat tivi nampak mmg seram. tak nak tgklah. takut. nanti nak gi kencing pon mau aku suruh laki aku teman.

ct cucubi said...

x tgk citer antu... soram makcik..

FaizalSulaiman said...

kalau hidney kata seram, i kena tontonlah. mesti seram gilos neh

Maria James said...

patutla u tolak ajakan i last week sbb u tgk kum kum ni. x guna punya kum kum hahahahahaha

W. Hidney said...

keri... bukan kau rasa OREN ker sebab promosi tu? hehe

shaz... MAHA seram

siti... haha melampau tu

ct... caliiiiit. kita serupa

faizal... buat le review sekali

mia... jgn la jeles dgnm kum2 tu. u tak cakap pun nak jumpa. bagi hint2 jer hahaha

ErnieFaizal Siti said...

Wah..klau ko kata seram amat, harus tonton ni..konfem seram ye..jgn nnt aku gi tgk smpi habis, bf aku xnak dh ajak aku tgk wayang smpi kiamat..tak suka katanya nanti..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...