January 5, 2012

Perihal fast food servis yang sial

Soalan...

Kita ke outlet makanan segera untuk apa?

Kalau jawabnya nak main badminton, jawapan korang salah.

Tapi kalau korang jawab untuk dapatkan servis makanan dengan segera, cepat dan tuntas, well tahniah aku ucapkan sebab korang memang pandai.

Ok cuba korang bayangkan plak korang dalam situasi ni...

Di kaunter, korang dengan happynya meng-order ayam goreng kegemaran korang. Tapi cashier cakap kena tunggu 10 minit. Korang setuju, buat pembayaran dan jalan lompat-lompat sambil pintal-pintal rambut ke tempat duduk.

Lepas 10 minit ayam yang ditunggu tak sampai. Tapi korang masih happy sebab korang tau ayam tu mungkin tengah disusun elok-elok atas pinggan untuk korang nikmati nanti. Lambat seminit dua tak apa. Yang penting servis mantap.

Masuk ke minit 20, korang masih menunggu. Korang dah tak happy dah tapi korang still bersabar. Baru 20 minit kan? Ala rilek la bro...

30 minit kemudian, ayam korang tak sampai lagi. Kesabaran korang dah senipis kertas tisu. Tapi korang tetap tunggu sambil main-main twitter kat handphone korang.

Genap 40 minit kemudian, korang masih menunggu sambil melopong tengok customer sebelah dah abis makan.

Baiklah, sekarang aku nak tanya. Apa yang korang akan buat selepas 40 minit menunggu makanan yang sepatutnya disediakan dengan kadar segera tapi lambat haram nak mampus di outlet makanan segera?

A. Korang kekal duduk kat tempat korang dan posing Sinchan.

B. Korang balik rumah dan angkut tilam untuk bermalam kat outlet tu dengan harapan ayam tu akan sampai dalam sehari dua lagi.

C. Korang pergi ke kaunter dan nyanyi lagu We Are Happy Family dari siri Barney and Friends, dengan penuh semangat.

D. Korang panggil Manager on duty dan korang tengking manager tu kat depan customer-customer lain seperti esok tiada lagi sampai dia menyesal dia dilahirkan dan memilih kerjaya kat outlet makanan segera tu. Cashier yang tadi suruh korang tunggu 10 minit JER pun korang bantai cukup-cukup. Korang bagi crash course kat diorang pasal customer servis yang diorang sepatutnya amalkan dan offer diorang kamus Dewan untuk faham maksud sebenar restoran makanan segera.

So apa yang korang akan buat?

Puas hati aku.

Silap orang la wei...

AKUBUKANSUPERMAN: Menjerit kat orang yang bodoh tidak akan membuatkan kita jadi bodoh. Tapi kita akan jadi bodoh kalau kita buat-buat bodoh dengan kebodohan orang yang maklum bodoh itu

12 ulasan:

FaizalSulaiman said...

this is the thing i am embarrassed so much sebab i am teaching in fast food industry as well as upcoming FastFood manager. And i keep saying to them 'jangan menipu depan customers.siapa suka kena tipu kalau stock takdak'

Don't keep customer waiting lah kan? Entertain customer kalau makanan sampai lambat. Bagila tidbids free sementara customer tunggu makanan. Ya.Free. Ada bajet atau tak, restaurant manager kena bear all the costs la.

ct cucubi said...

mantop bro!

Siti said...

sian ko kan...mesti kempunan nak makan ayam goreng itu. kalo aku masuk 30 menet aku dah serang dah. hihihi....kesabaranku senipis kulit bawang...

jejaka anggun said...

perlu ker tunggu sampai 40 minit? kalo i, 15min max yer sebelum i berubah jadik ziana zain, terbalikkan meja mcm dlm citer maria mariana.

aidil dbahri said...

jawapannya ialah E.

E. terasa OREN!

hahahhaa.

W. Hidney said...

faizal... mungkin i agak keterlaluan bila i cakap kat manager tu smlm yg silap dia tak tumpukan perhatian dalam kelas sampai dia terpaksa keje kat kedai makanan segera instead of jadi pilot or engineer. tapi memang sesuai la dgn perangai yg main2 macam tu. org marah tak akan fikir panjang kalau nak marah

ct... puas hati hahaha *gelak AC mizal*

siti... kalau ikutkan memang dah serang dah bila dah lepas 10 minit tu. tapi kena sabarkan jugak. mungkin ada problem kat dapur. tapi bila dah 40 minit siapa nak sabar kan?

shaz... its me being gracious and memahami. tapi silap la i nak bagi muka kat diorg

aidil... haha tiada dalam pilihan jawapan tapi i suka jawapan tu hehehe

diloz said...

hahaha. nak tumpang marah tak jadi. lawak hang macam sial. hahha.

bukankosong said...

tak baik cakap tau sbb tak concentrate dlm kelas kena jd fast food team..

ada certain ada degree tau

btw nape diaowg lmbat? u tak mention pun?

tp kalau segaja lewat, buat keje smbil lewa dan wat bodo

harus diORENkan dan ganyang ngn hempedu ayam

hahaha

W. Hidney said...

diloz... hehe kat sini tak boleh nak tulis dgn kemarahan. nanti semua org oren hehehe

bk... tu mmg silap i ler. terlebih carut plak sebab dah OREN sgt. oh by the way, ayam tu tak siap2 lagi sebab ada org tak buat keje dan lupa order i tu. diulangi LUPA ORDER! sekian terima kasih

@rep said...

kalau i. i ludah jer!

W. Hidney said...

arep... believe me honey. we all do

iyllienaz said...

haha..klo goreng ayam kat umh pun lagi cepat..sure after that terus xda mood nak makan dah..mintak balik duit or continue tunggu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...