January 25, 2012

Al-kisah cinta muka buku


Poom pom pooooommmm! *Driving lorry dan hon budak main caklempong tengah jalan*

Hello kengkawan. Apa khabar semuanya?

Dah kenyang kuih Gong Xi?

Atau dah kaya duit ang-pou? Lepas ni boleh la beli kapal layar dengan duit tu ek.

Apa-apa pun meh rapatkan saf dengar al-kisah kali ni...

*musik Teman Setia Anda 1989 berkumandang*

Dalam dunia sekarang ni, siapa jer yang tak ada online profile. Facebook or Twitter just to say a few. Kadang-kadang tu, sebab banyak sangat peminat, boleh buat dua tiga profile pulak.

Nama pun fames kan?

*posing Aaron Aziz*

Dalam banyak-banyak member online tu mesti ada yang special sebab 'rajin' nak layan. Update status jer, berderet comment dan reply. Pendek kata kat wall tu memang muka tu jer.

Sedar tak sedar, dalam diam tersimpan niat nak bersemuka. Sampai bila nak kenal online jer kan? Mana la tau boleh jadi calon cukupkan quota.

Pung pang pung pang lepas berjam-jam posing depan cermin sebab nak pastikan appearance meletup, akhirnya Mekdi menyaksikan pertemuan keramat antara dua member online for the first time. Ayat pertama yang keluar dari mulut time jumpa tu ialah, "Ikan dilaut, asam didarat. Akhirnya dalam periuk bertemu juger..."

Err...

*muntah hijau*

Tapi sayang. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Perbualan yang diimpikan hangat rupanya suam dan awkward giler. Ditanya sepatah, dia jawab setengah patah sebab terlalu sibuk pintal-pintal rambut dan control ayu macam Ayu Mayuni.

Amacam?

Rasa coklat?

Rasa stoberi?

Rasa oren?

Jiwa meronta hiba dan menjerit sekepit-kepitnya.

The next day, wall muka buku tinggal lengang. Status update pun tak ada yang nak komen kan.

Tamat...

AKUBUKANSUPERMAN: Kadang-kadang awan tu nampak putih. Tapi bila tengok dekat-dekat, warnanya tak der la putih mana pun...

8 ulasan:

NUke_Rude said...

mungkin ini petanda yang lagu Cinta Muka Buku akan kalah di AJL nanti! hahaha.

hmm. sometimes, things are better kept and remain-ed on line.

jejaka anggun said...

hahahah...

kin said...

lar ye ke sampai gitu? ....ni belum jumpa kak kin lagi nih ... camno lak sok? ... :D

ct cucubi said...

o tedah..
pesanan penaja : dont give up n No regret.. :P

FaizalSulaiman said...

wah.tetiba lagu najwa latip berkumandang ketika hati sentap menjadi oren.

ewah

entah ek, ada yg pung pang pung pang kat online je. jumpa harooom tak bercakap and vice versa.

Maya said...

kalau cam tu layan cinta muka bulu kat sini plak

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=PWhg4ceJEgI

p.s: pengalaman yer Hidney? :p

achik ezam said...

ayu mayuni celah mana...hahaha

tu ar dengan kita tanak jumpa...

mementang kita tak pemes emes

#fliphair

eh motip kat comment form buat hashtag...

mihmihmih

W. Hidney said...

nuke... agaknya la kot hehe

shaz... tak sabar nak difeaturing kan ni!

kak kin... kalau jumpa kak kin, reel akan duduk bersimpuh sambil kutis2 kuku jer. malu nak menatap kak kin yang ayu jelita hehe

ct... huhuhu ya la tek

faizal... tu arr masalahnya. rasa okwerd sangat dowh

maya... kalau bukan pengalaman, tak masuk story ni dalam blog ni hehehe

achik... org tu mmg tak jumpa kita pon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...