December 5, 2012

Of Harimau Malaya Selamanya



I must say, tak pernah terlintas kat kepala yang aku akan pergi ke stadium tengok orang main bola. Aku bukannya peminat tegar pun. Match kat tv pun aku buat tak layan jer.

Aku lebih suka tengok channel masak-masak *berdehem macho*

Anyway, minggu lepas aku berpeluang ke Bukit Jalil tengok harimau kita menentang Laos dan bibik… I mean Indonesia. Tak perlu lah aku ulas corak permainan harimau kita kat sini sebab takut nanti aku akan merapu.

Yang pasti kita menang dua-dua game.

Selamanya!!!


Tak sia-sia aku beli jersey dan scarf Harimau Malaya. Boleh aku pakai scarf hitam kuning kita kat London bulan depan. Eeee tak sabarnyew kitew wak!

Tunggu laporan LIVE London aku k kengkawan.

Apa pun aku cuma sedikit OREN bila kebanyakan penyokong kita kat stadium tak cuba untuk berdiri menghormati lagu kebangsaan negara lawan, particularly Indonesian. Memang kita sedia maklum those Indonesians will not appreciate our Negaraku but why do we have to put ourselves in the same level as them?

We are better than them and we know that all too well.

Tak perlu la nak membalas kebiadapan mereka dengan tidak menghormati lagu negara diorang. Tak kemana pun kalau kita dok besar kepala bawak ego memasing.

There is a fine line between being patriotic and being stupid.


Kalau kita dengar betul-betul, actually Indonesia Raya is a very nice anthem to listen to. Tak caya? Klik sini.

Sometime changes can be hard to swallow. We can make it if we really want to.

AKUBUKANSUPERMAN: Tak rugi bila kita hormat kat orang lain

November 8, 2012

Bestnya


Sila OREN.

AKUBUKANSUPERMAN: Bestnya kalau ada scooter...

November 7, 2012

Cerita basikal dan tak cukup duit nak beli kereta


Kadang-kadang bila aku tengah memandu dan stuck dalam traffic jem, aku cuba membayangkan aku menunggang basikal, menyelit dicelah-celah kereta sambil memintal rambut kegembiraan.

Cuba korang bayangkan apa yang aku bayangkan.

... especially part aku pintal-pintal rambut tu...

Dapat tak?

...

...

Ok kita sambung...

Well of course we are not there yet. Menunggang basikal ke pejabat di KL akan mengundang sindiran atau mungkin ada ketikanya fitnah. "Psst si polan tu berbasikal gi keje sebab tak cukup duit nak beli kereta letewww!"

Orang pendek akal memang akan cakap cegitu.

But seeing a man in his full business suit, riding a bike to office is a day-to-day scene kat Eropah. Even our close Singaporean neighbors are slowly going toward that direction.

I saw that once and I was like, "Ooooohhh how sweet..." *letak dua tangan kat pipi*

Well of course no one dares to start something new here in Bolehland. Plus our streets and pavements are not that bike-friendly. Panas pun satu hal jugak. Tak pasal-pasal baju keje dah lencun bila sampai office.

But one can only say that much kalau tak tau. Cer klik link ni untuk lebih lanjut.


AKUBUKANSUPERMAN: January ni boleh tengok Sartorialist naik basikal dengan mata kepala sendiri. Iaols pergi London uols!!! Diulangi... London!!!

November 5, 2012

Cerita bas percuma dan cangkir kosong



Cerita pagi tadi...

Seperti biasa, aku akan naik KTM untuk ke office, transit barang seminit dua kat Stesen KL untuk bertukar ke Putra. Selalunya aku akan cuba elak pembelian tiket kat kaunter sebab aku akan pakai kad Touch & Go jer.

You know, I touch and then I go. *posing syaiton nirrajim*

Sewaktu transit, aku perasan kredit T&G aku cuma berbaki RM1.30. Tak cukup untuk journey ke KLCC.

Nak tak nak terpaksa jugak beli kat kaunter.

OREN kejap...

"Tiket ke KLCC satu," aku bertanya dengan kemachoan yang tak terperi.

"RM1.60..." Jawab encik penjual tiket dengan serba ringkas. Tak ada reaksi langsung.

Kosong!

Aku tetap cool sambil mencari-cari dompet dalam beg.

Cari punya cari, tiada dompet dijumpai. Macam nak gugur jantung bila menyedari possibility aku tertinggal dompet kat rumah.

Tapi aku tetap macho.

Tak gugup pun.

"Err sorry arr bang. Dompet tertinggal. Lain kali la saya beli yer."

Encik penjual tiket tetap tak ada reaksi.

Dalam kekalutan tu (tetap macho), aku teringat perkhidmatan Purple Line by GoKL. Untuk yang tak tau, Purple Line adalah perkhidmatan bas percuma yang beroperasi kat sekitar pusat KL.

Diulangi... PERCUMA.

Anyway, aku tak pernah terfikir yang aku akan finally pakai bas tu. God I spoke too soon. Berkat adanya bas tu, tak payah la aku berjalan kaki ke office. Bapak jauh office aku dari Stesen KL.

Kalau ada cangkir kosong, mungkin aku dah duduk dah kat mana-mana jejantas...

Tapi ada ker yang nak bagi duit kalau aku betul-betul buat cam tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Thank you Purple Line. Thank you Najib for the initiative. Thank you thank you...

November 2, 2012

Cerita di farmasi

Di sebuah farmasi...

Sedang aku sibuk membelek-belek pencuci muka, tetiba seorang awek bertanya, "Do you have pill dispenser here?"

Aku melopong kejap.

Kemudian aku senyum dan menjawab, "Of course we have miss. But can you please come again sometime later? We are currently on stock inventory work now."

"But I can see other customers around," dia membalas.

"Oh gosh I'm sure that'll confuse you. You see I'm the store owner and those are my staff. I ask them to wear whatever that is good on them as I strongly believe no one should wear uniform to work." Aku senyum dengan handsomenya.

"I see. I'll come back later then. Thanks." Katanya sambil berlalu pergi.

Penat aku pakai molek.

Dia kata aku keje kat situ...

Kecik hati aku ok!

AKUBUKANSUPERMAN: Apa jadi lepas tu, aku tak tau sebab aku dah cabut hahaha.

November 1, 2012

Di suatu petang yang macho

Aku melihat biasan diri di cermin.

"Handsome jugak aku ni rupanya." Tersengih.

Rambut dirapi untuk kali terakhir.

Usai melaram, kaki melangkah ke pintu.

Daun pintu dibuka dengan sungguh bertenaga menampakkan senja yang jingga biru.

"Ahh indah sungguh ciptaan tuhan." Aku bermonolog sendirian, sambil membetulkan cermin mata dengan machonya. Biceps melimpah dari lengan baju.

Anak kunci dipulas melawan arah jam, seraya mengunci dua daun pintu menjadi satu.

Tiba-tiba...

"Awwwwwwww!!!" Aku menjerit sehabis kepit.

Seekor kucing berlari mengejutkan aku.

Nasib tiada yang mendengar.

"Jahat kucing itu. Membuatkan aku terkejut." Ucapku sepersis Halim Othman.

Macho seperti biasa...

AKUBUKANSUPERMAN: Biceps melimpah dari lengan baju...

October 31, 2012

Cerita gym dan badan sasa


AKUBUKANSUPERMAN: Bila la dapat gi gym macam dulu?

October 26, 2012

theReel


Kalau ada masa, jom le jengah tumblr aku kat hidney.tumblr.com.

Basically its all about menswear.

Boleh check trend terkini.

Cheers!

AKUBUKANSUPERMAN: Boleh cuci mata dengan kasut-kasut yang menarik...

October 24, 2012

Soalan cepu emas dan mulut celupar tak ingat

Diew: Awak! Awak gi kejew acenew?

Aq: Kiter gi kejew naik tren jew wak. Ngapew awak tanyew kitew soklan tu wak?

Diew: Hok oloh wak. Cian nyew awak naik tren jew. Takpew wak. Aceni jew. Apew katew awak buat kejew macam kitew jew wak. Awak buat MLM. Dapat banyak duwet taw wak. Cubew awak tengok kitew ni. Dah bawak Merc dah wak. Manew lew tawu kalau awak rajin, awak dapat duwet beli ketew. Takyah lew susah-susah naik tren gi kejew. Acener wak? Setuju tak wak?

Aq yang dah tak nak aq sangat dah: AKU ADA KERETA LA PAN*AT! AKU PARKING KAT STESEN. DARI STESEN AKU NAIK TREN. BENGONG SANGAT NI KENAPA? TAK NGAJI EK?

Diew: Uhuk sowee awak. Kitew tatau...

Aq: Kitew kitew... Apew kitew kitew?

AKUBUKANSUPERMAN: Geram aq...

October 12, 2012

UPSR, PMR, STPM dan...


Musim ujian tiba lagi. A few weeks back it was UPSR.

And now its PMR plak.

Tak lama lagi SPM plak.

Lepas tu STPM.

Lepas tu confirm disudahi dengan ujian lisan Mungkar dan Nangkir plak.

Err...

Teringat aku zaman aku muda-muda dulu. Gila nervous aku the night before ujian tu sebab banyak benda tak cover lagi. Time tu, kalau telan buku dapat buatkan aku dapat jawab soalan ujian, confirm aku telan.

Pasti aku dah jadi the wiser Ketua Pemuda UMNO dah sekarang.

So kepada adik-adik yang kat luar sana tu abang nak pesan.

YANG KORANG SURF INTERNET BACA BLOG ORANG NI KENAPA?

PERGI MASUK BILIK BUAT ULANGKAJI!!!

Tu jer pesan abang.

*pose Nyonya Mansoor*

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat menghadapi ujian adik-adik...

October 11, 2012

Cerita brooch, spesis kekuntum dan Taman Tun Dr. Ismail


Sejak dua menjak ni aku suka furnishkan baju pejabat aku dengan hankie dan brooch.

Bukan nak announce kat semua orang yang aku ni spesies kekuntum, tapi sekadar nak menyuntik sedikit fun dalam office wear seharian aku. Tak la nak blend sangat. Karang orang nak tengok pun tak selera.

I am not blessed with Keanu Reeves looks you see. Aku kena la pakai elok untuk orang sedar kewujudan aku.

*muka sedih*


AKUBUKANSUPERMAN: Muka ganas tapi dalam hati ada taman Tun Dr. Ismail...

October 9, 2012

What is wrong with us?


Dear diary,

I was at KL Convex the other day when I saw a dude carrying loads of shopping bag, struggling his way through a glass door. I was surprised to realize not one of the by-passers came forward and helped him. I decided, since I was there, helped him with the door.

To my surprise, he just walked away. No smile or nod that suggest a word of thank you.

Perhaps he's in a hurry and I am just somebody who happen to be there.

Yesterday at the Sentral, I saw a girl having problems with the check-out door. She touched the coin to the touch pad but the automatic door didn't opened. The line behind her was getting longer. I told her to insert the coin into the coin slot. She did, and walked away. Leaving me there, awed and dumb.

This morning at the parking lot, I alerted a rushed girl who parked her car with lights still on. "Excuse me miss. Your lights." I said as I pointed to her car. She looked at me as if she's saying, "I am so gonna be late for this."

And you can basically guess. No thank you from her too.

What is wrong with our society anyway?

Have we forgot about our roots?

Have we forgot about being polite and such?

Or maybe we are too 'cultured' that we substitute smiles and nods of gratefulness with smirk and rolling eyes?

This is atrociously sad.

We are no longer us.

If this is what we call urban and modernity, I might as well refuse it.

I rather be in kampung where everyone is someone's friend.

Yours truly,
Me.

October 6, 2012

Safety health officer

Baaa chak! *tetiber keluar dari belakang pasu dan buat muka comel*

Siyes lama giler aku tak menulis. Harap korang tak OREN lah yer. Untuk mereka-mereka yang baru jer follow aku, terima kasih aku ucapkan.

Jarang ke udara pun tetap ada yang nak follow.

Terimas!

Ouh where should I start? Banyak giler yang aku nak story kat sini. Tapi aku tak merancang nak tulis panjang-panjang. Kang ada plak yang bosan.

Hari ni, aku start enroll ke kursus Safety Health Officer dari NIOSH yang kat Bangi nu. Actually dah agak lama aku merancang nak amik course ni. Baru la ni aku dapat masuk.

Permintaan sangat tinggi. Tempat plak sangat terhad. Alhamdulillah rezeki aku dapat mendaftar after just 1 application.

Insyallah by next year aku akan graduate dan dapat Green Book; buku yang akan certifiedkan aku sebagai seorang Safety and Health Officer...

... yang sopan-santun...

Boleh la nanti aku buat safety assessment sambil duduk bersimpuh.

Bayangkan...

Dapat tak bayangkan?

Tak?

Cer try lagi.

Tak dapat jugak?

Cuba lagi!!! *jegilkan mata*

AKUBUKANSUPERMAN: Siyes aku sangat seronok belajar balik...

September 23, 2012

Siboh kitak nangis



AKUBUKANSUPERMAN: Sik kisah guntor kah, kilat kah...

September 11, 2012

Apa kata media kita

Post ni berinspirasikan sesuatu yang aku jumpa kat Facebook member aku semalam. Siyes lepas baca, aku gelak sampai ke sudah.

Sebab aku tak ada idea nak tulis apa, moh le rapatkan saf dan kita gelak sampai tahun depan.

Situasi sebenar: Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi. Tetiba dia dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Hutama: Nenek meninggal dunia. Penarik beca dicari untuk memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Bintulu.

Marian Hetro: Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan.

Hutusan Malaysia: Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?

Hakarah: Kami tiada beca. (lari tajuk)

Malaysianiki: Beca langgar lari bukti kerajaan rasuah.

Maskita: Misteri penarik beca: Hantu ubi mengganas.

Tamil Nisan: Nenek punya ubi mati dilanggar beca.

Tamil Nadu: Nenek mati kerana ubi dilanggar beca.

Canpaindera: Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaharu David Teo, Gangster Beca.

Rajib Nazak: Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat.

Inwar Abrahim: Kematian nenek yang dilanggar beca adalah suatu konspirasi berniat jahat oleh UNMO.

Dez Daizi: Kenapa kita perlu biarkan ubi luar menutup periuk nasi ubi kita? Haramkan ubi luar!!! Haramkan!!! Jangan lupa sokong kami para ubi untuk dapatkan pengecualian cermin gelap.

Hazwan Lali: Iolss tak menang pertandingan tu sebab iolss tak pandai masak ubi. Bercakap pasal ubi, iolss kutuk Humie Mafilda sebab perempuan tu cuba kaitkan nenek tu dengan isu video seks ubi. Iolss benci!!! *libas-libas ekor tupai*

AKUBUKANSUPERMAN: Ada bahagian yang aku terpaksa edit sebab aku tak nak masuk ISA walaupun ISA dah takder. Walaupun...

September 3, 2012

TDDMKA


Dear diary,

What’s the point of being friends in Facebook if I can’t even read their status updates and the only picture available to see is a tree?

What’s the point of keeping their phone numbers if it took them all day to reply my sms. Never called and never answer my calls.


What’s the point of calling them friends if I can’t even ask for a small favor?

Unfriend?

Yours truly,
Me.

September 1, 2012

Kasut itu shoes


Angkat mouse kalau korang suka kasut macam aku.

Kegilaan kasut aku dah lama, tapi makin menjadi-jadi sejak aku bertugas kat KL. Kat estate dulu aku tak boleh nak turutkan sangat sebab peluang untuk melaram kasut tu agak terbatas.

Sakit jantung plak manager aku kang kalau aku pakai kasut kulit berkilat masuk field. Kang tak pasal-pasal aku direjam dengan batang kelapa sawit plak.

Having said that, korang boleh agak aku ada banyak kasut. Tapi kalau korang agak kasut aku adalah dari jenama-jenama besar, tekaan korang agak tersasar kat situ.

Kasut-kasut aku tak mahal. Tak ada yang ribu-ribu. Yang mahal tak semestinya bagus. Tak semestinya selesa. Baik aku pakai duit tu beli benda lain atau belanja korang makan Mekdi.

Kasut murah pun kalau kena penggayaannya akan nampak stylish. Akan tetap nampak mahal. Tak cayer?

Tengok ni...


Lagipun kasut ni kalau pakai yang mahal-mahal pun orang akan tetap anggap kasut tu kita beli kat pasar malam. Clichè la tu orang kita.

Walau kita boleh pujuk diri sendiri dan tak amik pusing dengan apa yang orang nak cakap, tapi deep inside we will somehow care.

Tak terbakar ker kalau korang tengok member korang pakai kasut sebijik macam kasut ORIGINAL LV korang, tapi kasut yang dia pakai adalah ORIGINALLY-BOUGHT-IN-PETALING-LV?

So lupakan kasut-kasut LV atau Chanel atau Jimmy Choo sebab kasut-kasut jenama tu banyak kat pasar malam.

Kasut Gombak pun ok what.



AKUBUKANSUPERMAN: Kalau gaji RM18 juta sebulan apa salahnya...

August 30, 2012

Butter prawn janji ditepati


Dalam banyak-banyak seafood, aku paling lemah dengan butter prawn. Kalau la butter prawn tu perempuan, dah lama aku bawak balik jumpa mak ayah.

Tak pun aku pujuk-pujuk bawa lari.

Anyway, aku tak biasa kongsikan resipi masak-masak sebab kejadian aku dari azali lagi pandai makan jer.

Masak haram tak reti.

Tapi untuk entry bersempena kemerdekaan 'janji ditepati' ni, aku dengan bangganya nak kongsi satu resipi butter prawn yang sangat senang disediakan. Orang tangan bangku macam aku boleh buat sambil tutup mata jer.

Yang paling penting, rasanya terlalu indah.

Aku namakan resipi ni butter prawn janji ditepati.

Mula-mula bebahannya...

400gm udang sederhana besar. Lagi gedabak lagi bagus. Kalau korang kaya sangat, letak la 18 ekor lobster.

5 sudu besar butter atau dalam bahasa Rais Yatim, mentega.

Err...

3 biji telur. Amik kuning jer dan dipukul dengan tali pinggang sampai nangis.

Ok lame joke. Carry on...

1/4 cawan susu cair. Jangan buat lawak nak pakai susu beku pulak. Aku sumbat dalam lubang jamban kang!

2 ulas bawang putih yang dicincang seperti esok tiada lagi.

Lada sulah, gula dan garam secukup rasa.

Ok seterusnya cara-cara membuatnya.

Korang amik semua bahan tadi tu dan bagi kat mak korang atau sesiapa yang pandai masak. Lepas dimasak, sedia la ia untuk dinikmati. Sedap kalau dimakan sambil duduk bersimpuh.

Kan aku dah cakap senang...

AKUBUKANSUPERMAN: Cuba la yer kalau korang ada masa...

August 28, 2012

Online shopping


... atau dalam bahasa Rais Yatim, membeli atas talian.

Siapa yang tak suka shopping? Semua orang suka shopping. Orang duduk dalam gua pun suka shopping tau. Cuma sistem shopping diorang berlainan dengan apa yang kita buat sekarang.

You like my stuff, I like your stuff, we exchange naa?

Begitu...

So nak dijadikan cerita, aku adalah sebahagian dari jutaan jiwa yang gila dengan online shopping. Macam-macam yang aku beli. Dari baju ke kasut hinggalah ke barang yang kadang-kadang aku pun tak tau bila aku nak pakai.

Tapi kebanyakannya aku beli kasut la.

Who can ever say no to a great bargain offered through online shopping? Bukan saja mudah, malah kita boleh pilih kasut yang best tanpa perlu meninggalkan katil pun.

Shooping sambil bogel pun no hal. Tak ada orang boleh nampak, kecuali tuhan...

Ramai gak member yang tanya, "Selamat ker online shopping ni wak?"

Well nak jer aku jawab sambil posing Sinchan, "Sekarang ni nak ke mall pun tak berani wak. Banyak kes culik dan rogol kat parking lot."

Awww I tak sanggup nak dirogol-rogol ni you!

Untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan online shopping ni, korang kena tau dulu kat mana korang pergi. Jangan main redah jer. Biasanya online shop yang terkenal tu selamat. Extra careful dengan small time online shop yang kurang mendapat sambutan. Blog-shop contohnya. Unless kalau blog tu memang terkenal.

Dan yang paling penting, korang kena tau saiz korang. Kalau dah kaki saiz 12 tu, jangan plak menggila beli yang saiz 6 plak. Memang la beauty is pain, but in this case you just being amazingly stupid.

Membazir tau beli barang yang tak boleh pakai.

Err... *terjilat ludah sendiri plak*

But above all, korang kena la pandai-pandai control diri. Once you've started, there's no turning back. Ketagih is the word. Jangan nanti gaji masuk RM18K, banyak tu jugak la korang habiskan untuk online shopping.

Bukan aku kata gaji aku RM18K sebulan yer.

Aku keje kerani biasa jer...

Gaji RM200 sebulan...

Tapi handsome...

*duduk sopan sambil bersimpuh dan pintal-pintal rambut*

Anyway, selamat bershopping!

AKUBUKANSUPERMAN: Paling best bila dapat parcel pembelian lepas beberapa hari menunggu

August 27, 2012

Aku, Orked, Kellie dan Ipoh


Cawan kopitiam ni betul-betul mengingatkan aku kepada Ipoh. Yang peliknya aku tak pernah pun jejak kat Ipoh. Jangan tanya kenapa aku boleh kaitkan cawan kopitiam tu dengan Ipoh. Aku pun tak tau apa jawapannya.

Actually aku dah lama merancang nak ke Ipoh. Tapi tak pernah nak kesampaian pun. That was until last weekend though. Itu pun atas jemputan member kat Ipoh, menggigih jugak la aku berbaris membeli tiket ETS kat Sentral, berebut-rebut dengan orang lain yang nak balik selepas seminggu beraya.

Kenapa aku nak sangat pergi ke Ipoh? Apa yang menarik sangat Ipoh tu? Haaaa... meh sini aku nak story...

Korang pernah tengok filem Sepet tak? Aku giler suka filem tu. Korang tau tak filem arahan Yasmin Ahmad (RIP) tu difilemkan kat Ipoh?

Tau tak?

So in a way, kalau aku ke Ipoh aku akan experience sendiri tempat kat mana Jason dan Orked mula-mula jatuh cinta.

Ngeee…

Boleh pakai tak alasan aku ni?

Kalau korang baca entry-entry aku lepas, mungkin korang dah boleh jangka yang aku suka bangunan-bangunan lama. Untuk yang tak tau, now you know lah kan?

Aku dah experience bangunan lama kat Melaka, Penang dan Singapore. Now Ipoh came into this picture of one very happy and old building family.


Keluar jer dari train, aku dah terpesona dengan bangunan stesen keretapi yang sarat dengan unsur-unsur Indo Gothic. It was actually built in 1935 oleh the same architect yang design stesen keretapi KL.

Giler teruja aku.

"Tak larat la teruja memanjang kalau dah masuk bandar kang. Kat stesen pun dah jakun sangat ni." Aku bermonolog sendirian.


Tapi agak terkilan jugak la bila aku tengok banyak bangunan lama kat Ipoh yang terbiar macam tu jer. Aku agak kalau kerajaan Perak betul-betul serious nak Ipoh tersenarai dalam UNESCO World Heritage listing, something must be done.

Contoh terbaik conservation bangunan lama boleh dilihat kat Jalan Sultan Singapore. Perhaps one can learn from it. I can walk down the street all day long and immerse myself in the yesteryear's splendor.

Nyesal plak aku tak bawak DSLR. Snap-snap pakai iPhone jer. Awas, some of the pictures kat sini aku cekup dari uncle Google.

Nonetheless harap korang dapat enjoy kegemilangan Ipoh dari kaca mata aku.

Talking about very old buildings, aku berpeluang melawat Kellie’s Castle yang famous tu. Macam stesen keratapi Ipoh, Kellie's Castle pun ada ciri-ciri Indo Gothic dan Neo Moorish. Korang tau tak actually istana tu tak pernah siap? Baca lebih lanjut kat sini.

Cuba korang bayangkan betapa gahnya istana tu kalau betul-betul siap.


Giler kagum!

Ok enough about old buildings. Kang ada plak yang kebosanan dengan hobby aku yang membosankan ni. Lets talk about food shall we?

Awas! Jangan sampai korang jilat screen komputer korang bila tengok mamam best kejap lagi.

Anyway, tak sah kunjungan ke Ipoh kalau tak makan kat mamam place yang famous. Kalau korang peminat tegar channel makan-makan kat astro, pasti korang setuju kalau aku cakap Ipoh ni adalah bandar untuk serious foodies.

…macam aku…


Tak sangka plak member aku ni tau tempat-tempat makan yang aku nak pergi. We went to the infamous Big Tree Trunk Yong Tau Foo kat Kampung Pasir Pinji dan Restoren Lou Wong Tauge Ayam kat Jalan Yau Tet Shin. Tak pernah aku makan sekenyang masa aku kat Ipoh. Klik sini dan sini untuk kenyang bersama-sama.

Ipoh is actually not a very good place to visit untuk korang yang serious nak jaga body.

Aku ni lain la sebab body dah lawa…

*pengsan 17 saat* 

Well that basically sum it all up, lawatan aku ke Ipoh. Bandaraya yang cukup intriguing dengan unsur-unsur lama dan baru. Perjalanan 2 jam meninggalkan stesen Ipoh ke Kuala Lumpur benar-benar membuatkan aku lebih mengagumi bandaraya tu.

Of the old charm and serious food experience.

I shall return...

AKUBUKANSUPERMAN: Siapa kata melancong dalam negeri tak best?

August 23, 2012

Cerita mercun

Suatu masa dulu, aku suka main mercun. Hari raya jer aku akan main mercun. Bila ada mercun jer terus hari raya.

Err...

Tapi aku main mercun yang biasa-biasa jer tau. Bukan jenis yang boleh tumbangkan bangunan tu.

Tu pun aku akan nyalakan sumbu mercun dengan ubat nyamuk yang aku dah siap ikat kat ujung batang penyapu.

Giler sopan aku main mercun. Nasib baik aku tak nyalakan sumbu sambil duduk bersimpuh.

Tapi aku bertukar jadi orang yang bencikan mercun lepas suatu insiden di malam raya. That was back in the late 80's...

Bapak tua dah aku kan?

Huhu.

Anyway, time tu mak aku pesan aku beli something kat kedai. Forgot what it was cos its not that important anyway.

So aku pun dengan handsomenya menapak ke kedai yang cuma a few metres dari rumah kitorang. Kebetulan ada a few budak sedang seronok bermain mercun kat depan rumah.

Dengan niat untuk mengekalkan keharmonian hidup berjiran aku dengan machonya menegur, "Hey dawg how its going? Having fun there over there?"

They were like, "Hey hey dawg. We're on heaven dawg. Why don't you come over and join us." Sambil buat gaya ghetto.

Kampung aku kat Bronx you see. So kitorang memang custom dengan cakap ala-ala ghetto ni. Dan untuk pengetahuan korang, Jennifer Lopez tu jiran aku. Kitorang jalan pimpin tangan ke sekolah.

Anyway berbalik kepada budak-budak yang main mercun tadi. Kalau nak ikutkan memang aku nak join sekaki. Tapi tanggungjawab yang dah diamanahkan oleh mak aku lebih penting.

So to the kedai I went.

Tapi tak lama lepas tu, aku rasa tetiber macam ada bunyi mercun yang sangat dekat dan kaki aku macam kena gigit. Bukan gigitan manja yer. Tapi gigitan yang sangat menyakitkan.

Lepas menjerit macho, aku pandang bawah. Tau-tau ada seekor anjing sedang enak menggigit betis aku. Buntang matanya tak berkelip. Mukanya fobia macam lepas tengok Azwan Ali.


Budak-budak tu? Diorang dah lari lintang-pukang. Mungkin sebab diorang takut aku audit diorang dan tulis benda yang teruk-teruk dalam finding report aku kot.

Of course later that day aku difahamkan budak-budak tadi tu sajer nak pranked kan anjing tu dan I was totally at the wrong place at the wrong time.

Kesian aku kan?

Instead of membenci budak-budak dan anjing tu, aku pilih untuk membenci mercun.

Budak-budak tu tak berpeluang untuk dididik menyayangi hidupan lain dan anjing tu... well dia cuma seekor anjing yang akan buat apa yang anjing-anjing lain akan buat kalau diorang kena prank.

Mercun perlu dipersalahkan.

So kengkawan, mungkin tak terlalu lewat untuk aku nasihatkan korang supaya jangan main mercun. We can have an eventful raya without a single mercun pun. Kalau tak cayer, cuba try.

Tapi kalau nak main mercun jugak, pergi main kat tempat yang luas, jauh dari anjing dan budak yang nak pergi kedai.

Sekian kisah dan tauladan untuk kali ini. Kita jumpa lagi di lain ruang dan peluang.

*betulkan cermin mata besar dan libas-libas ekor tupai*

AKUBUKANSUPERMAN: Actually kampung aku kat Bintulu.

August 17, 2012

Dendang perantau


AKUBUKANSUPERMAN: Tayangan perdana di hari raya pertama. Mari saksikan beramai-ramai di pawagam berhampiran dengan anda

August 16, 2012

I love you Rozita Che Wan


Bila bercerita pasal raya, mesti semua orang akan terbayang nak pakai baju apa tahun ni. Nak padankan dengan tudung apa. Nak kasut jenama apa. Bila nak beli tiket balik kampung.

Dan yang pasti macamana nak jawab kalau pakcik makcik suddenly hilang ingatan, tanya balik soalan tahun lepas…

Macam-macam lah.

Tapi dalam banyak-banyak benda tu, kita sentiasa kena beringat. Walaupun puasa epic sebulan, sambutan raya tak semestinya epic jugak.

Segalanya nak mahal belaka. Kalau tak baru tak sah. Konsepnya nak glamer mengalahkan Rozita Che Wan.

Ustaz internet kata bersederhanalah, sebab orang yang membazir tu saudara syaiton-nirrajim *enam harakah*

Duit dah perabih nak bergaya sakan. Pakainya cuma sehari dua jer. Dah tu nak makan apa?

Biskut raya?

Tak ker OREN lepas tu?

So bersempena dengan ketibaan Aidilfitri ni, aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat hari raya kat korang semua yang sudi follow blog ni. Giler terharu aku.

Mohon maaf dari ujung kasut BATA aku ke hujung rambut aku yang bersyampukan sabun buku Zaitun.

Untuk korang yang tak berkesempatan balik raya tu, jangan la sesedih. Jom la kita baring kat tengah jalan depan Pavilion tu.

Tak pun kita planking ramai-ramai kat tengah landasan ketapi.

Mesti syiok!

AKUBUKANSUPERMAN: Tajuk entry yang sedikit merapu. Maafkan saya...

August 15, 2012

Tips menjawab soalan cepumas

Jangan nak over excited dulu. Entry ni bukan untuk bagi tips camner nak jawab soalan cliche hari raya untuk korang yang bujang.

Bukan.

Tapi soalan cepumas yang aku maksudkan kat sini adalah soalan yang orang tanya tapi sebenarnya dia dah tau jawapan kepada soalan tu.

Contohnya kalau korang tengah cari minyak rambut kat Tesco. Tetiba sorang minah salesgirl datang dan tanya, "Cari apa encik?"

Apa korang jawab?

Cuba jawapan ni sambil buat muka toya. "Cari tayar tayar motor. Saya nak 5. Ader tak?"

Atau mungkin bila korang tengah cuci kereta, tetiber orang datang tanya, "Boowat apew tew?" sambil pulas-pulas tangan gedik.

Mungkin korang boleh jawab, "Tengah noreh getah ni ha."

Aku cukup suka kalau orang tanya soalan cepumas kat aku.

Memang akan OREN orang yang tanya soalan tu lepas tu. Priceless bila tengok muka diorang hahaha.

Ada hari tu housemate aku tanya, "Dah nak tido ker?" bila dia nampak aku nak masuk bilik tido. Aku jawab, "Tak la. Nak gi membajak kejap."

Aku suker sangat!

Sukeeeeeeer sangat!

Berikut adalah contoh lain tapi dalam konsep yang berlainan yang aku gunapakai dalam penulisan aku.


Panjang sungguh story. Mesti korang nak tau mana tips nya kan?

Tips nya korang fikirlah sendiri.

Kui kui kui kui...

AKUBUKANSUPERMAN: Ada beran? Hahaha...

August 14, 2012

Story zakat dan Ras Adiba dimana jua anda berada

Siapa dah bayar zakat angkat mouse!

Siapa yang tak bayar zakat lagi tu cepat-cepat la pergi ke mana-mana kiosk bayaran zakat yang terdekat. Ada satu kat KLCC. Betul-betul tepi Uniqlo.

Cepat! *jerit kepit*

Sekarang ni mudah sangat kalau nak bayar zakat. Tak macam dulu. Kena naik kapal tiga hari tiga malam semata-mata nak ke pejabat pungutan zakat. Tambah lagi kalau korang duduk atas Gunung Ledang.

So tak ada alasan korang nak bayar zakat sekarang ok!

Untuk korang yang kemut nak mampus, baik korang peluk jamban sekarang.

RM7 jer pun.

Kalau belanja beli kasut Todds yang ribu-ribu tu boleh pulak kan?

*pose OREN*

Korang tau tak Celcom ada menyediakan khidmat Zakat by SMS?

Tau ker tak?

Kalau tak tau, moh rapatkan saf dan tumpukan perhatian.

p/s: jangan tanya aku pasal Digi atau Maxis. Aku tak tau. Sekian iklan.

Caranya cegini.


Korang taip ZAKAT ke 21999 kat handphone korang. Jangan taip kat typewritter plak. Aku tenyeh dengan taik idong jugak kang.

Untuk korang yang duduk kat negeri yang tak tersenarai dalam perkhidmatan ni, korang masih boleh naik kapal tiga hari tiga malam untuk ke pejabat pungutan zakat.

Atau korang boleh posing cantik kat meja komputer korang jer dan pergi ke portal bayaran zakat. Klik kat sini.

Lepas tu ikut arahan yang akan diberikan.


Tup tap tup tap, korang boleh print out resit yang korang akan dapat lepas tu untuk pengecualian cukai.

Senang kan?

Jom berzakat. Semoga hidup kita akan diberkati. Amin...

*pose imam muda*

AKUBUKANSUPERMAN: Picture-picture ni aku dapat kat Google. Sengaja di-blur-kan maklumat untuk menjaga identiti pemilik asal. Pelik dia tak buat awal-awal sebelum letak gambar ni kat internet. Ish ish ish cuai...

August 12, 2012

Jauh...

"Welcome to Kingsford Smith International Airport. The local time now is 9.15 am and the temperature is 10 degree celcius."

Mampus...

Aku tak tahan sejuk. Suhu 16 degree di pejabat sudah cukup membuatkan aku BIRU. Inikan pula 10 degree.

Persalinan 'winter' yang aku bawa cuma layak dipakai ke Genting Highland.

"Jaga diri baik-baik dinegara orang hidung tinggi." Nasihat mak. Tak pasti apa yang dia maksudkan dengan hidung tinggi.

Hidung tinggi = Bongkak.

Atau...

Hidung tinggi = Nicole Kidman.

Aku agak yang kedua kerana aku lihat warga Sydney atau lebih manja digelar Sydney-siders sangat ramah... Dan cantik.

Juruwang di setiap kaunter pembayaran akan mengucapkan "Hello. How are you today?" kepada setiap pembeli. Kenal atau tidak tolak tepi.

Pengguna tren akan menunggu sehingga pengguna lain keluar dari tren sebelum menaikinya. Berbaris menunggu giliran.

Di Malaysia?

Tak perlu aku beri ulasan.

Kita semua tahu dimana letaknya kesopanan yang kita agung-agungkan tu.

Pernah aku melihat seorang pakcik gelandangan diberi makanan percuma di kedai makanan segera. Siap ditanya mau perasa apa. Salt or chicken salt.

Perlu melihat sendiri untuk percaya.

Kita masih jauh dibelakang.

AKUBUKANSUPERMAN: Jauh...

August 10, 2012

Edisi bumper Hidney di Sydney


Mungkin ada yang dah dapat mengagak apa story yang aku nak canangkan kali ni.

Ya aku di Sydney.

Dulu-dulu selalu jugak aku ditanya, kenapa nama aku seakan-akan Sydney.

Hidney + Sydney = Handsome!

*pose Aaron Aziz*


Tapi aku cukup bangga sebab ayah aku kreatif.

"I always wanted to be there." Sms dari ayah yang aku terima sebaik saja aku mendarat di Kingsford Smith International.

One day dad.

One day...


AKUBUKANSUPERMAN: Agak skema lenggok tulisan aku kali ini. Semuanya gara-gara Hasbullah Awang. Oooohh canteeeekkkkk!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...