December 31, 2011

Nilai seorang lelaki

Orang kata, untuk mencapai status 'sejati', seorang lelaki perlu mempunyai ciri-ciri berikut.

1. Pandai repair paip rosak.
2. Tak nangis bila tengok Ombak Rindu.
3. Suka boobs.
4. Makan meja bersepah.
5. Tak reti on kan microwave.
6. Suka boobs.
7. Tak pandai masak Semanis Anggur Semasam Cuka (sekadar memetik nama resipi melampau Masterchef Malaysia)
8. Jalan berkepak.
9. Gila benci Manhester United.
10. Suka boobs.

Tapi aku rasa untuk menjadi lelaki sejati, seseorang tu kena sayang mak dia dalam-dalam.

*irama jiwang berkeju berkumandang*

Boboi sayang mak! *hingus meleleh*


AKUBUKANSUPERMAN: Entry ini ditulis oleh lelaki sejati yang sangat macho

December 29, 2011

Story gigit kasut baru


Korang pernah dengar tak petua orang dulu-dulu pasal kasut baru? Kononnya kita kena gigit dulu kasut tu sebelum pakai untuk mengelakkan kasut tu gigit kita balik.

Tak sangka orang dulu-dulu sangat nakal dan boleh came out dengan petua yang sungguh kinky itu...

*senyum horny*

Nasib baik diorang tak suruh kita makan kasut tu sebelum kasut tu makan kita balik.

Sadis...

Actually orang kata renggangkan kasut tu sebelum pakai. Biar kasut tu lembut sikit dan tak buatkan kaki kita sakit kalau memakainya.

Bukannya gigit atau makan.

Kasut tu tak berdosa untuk digigit dan dimakan...

Kesian kasut tu tau...

AKUBUKANSUPERMAN: Kalau gigit kuat sangat dan kasut tu rosak, at least ada alasan nak beli baru kan? Kanak-kanak Dumex sungguh!

December 28, 2011

Kau rasa kau dj ker?


Semenjak dua menjak ni aku makin annoyed dengan spesis yang suka nak mainkan lagu kuat-kuat kat handphone diorang kat tempat awam.

Diorang rasa cool sangat ker kalau buat cam tu?

Walau pun aku rasa citarasa muzik aku up to date, aku tak akan mainkan lagu kuat-kuat kat iPhone4 aku.

Diulangi iPhone4 aku. *posing Maryamah Tijo*

Korang nak tau kenapa?

Pertama, aku percaya lain orang lain citarasanya. Aku tak confident orang lain akan suka dengan pilihan lagu aku. Aku peminat tegar lagu jiwang meleleh. Muka aku mungkin lagend, tapi dalam hati tetap ada taman.

Kedua, amalan mainkan lagu kat handphone kuat-kuat ni tak akan mendatangkan apa-apa faedah atau pun kupon pembelian percuma kat pasaraya-pasaraya terkemuka negara melainkan sumpah seranah orang yang annoyed macam aku dan yang paling penting, membazir bateri phone jer.

Ketiga... We don't need three reasons to know the thing we do is stupid.

Period!

AKUBUKANSUPERMAN: Diulangi iPhone4 aku...

December 25, 2011

Happy nu year kawan

Sikit jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru.

Melangkah ker?

Pffttt poyo...

Apa wish korang untuk tahun baru ni?

Wish-wish tahun lepas dah tercapai dah?

Wish tahun 2012 ni, aku merancang nak jadi Perdana Menteri.

So jangan lupa undi aku dalam PRU akan datang yer.

Boleh?

*posing sinchan*


AKUBUKANSUPERMAN: Happy xmas and a merry new year kengkawan.

December 22, 2011

Dd the funny

Look who I found in Lawas?

Tada...


She's Diana a.k.a Miss Brown who teaches English in some school in Kunak whom I known as Dd during my study in UiTM years ago.

Who knew after all these years, I will see her again here in Lawas. The first few words that jumped out of our mouths were, "Hey look at you!!!"

Pssstt...

She might be reading this, so I'm gonna continue to write in English.

Hang in there ya. I'll be back with my rojak penning in my next writes.

Anyway Dd spoke fluent English the last time, and now too. She's an English teacher duhh!!!

I use to wonder how such a little thing can stuff so much English in one sentence and that actually make her look cool. So one day, in my desperation to look as cool, I tried to communicate in English with her and I ended of saying INS.TERES.TINGS instead of INTERESTING.

Of course being Dd, she laughed just to add to the insults.

Owh did I told you she is a bad bad girl too? *read: naughty*

Hahahaha...

I love you Dd.

AKUBUKANSUPERMAN: Come and marry me already lah!

December 21, 2011

Aku di Lawas lagi


Pergh lama seh aku tak ke udara.

Korang rindu aku tak?

Gila malas aku nak update sejak dua menjak ni.

But hey, I'm here now. There there don't get teary on me. I ain't going anywhere.

Well literally speaking...

Aku sekarang ni tengah outstation, almost a month now in Borneo. Doing things that I'm very good at, bossing people around and looking good while doing it.

*posing Erman Manan*

Dua minggu lepas, aku kat Miri. Sekarang aku kat Lawas.

Memang tempat lawatan aku tak gempak.

Tunggu la company aku bukak estate kat Milan.

Time tu aku confirm mesti korang akan rasa OREN.


AKUBUKANSUPERMAN: The people of Lawas will call every visitors as Sir. Cool kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...