November 27, 2011

Perihal FB yang sungguh jahat itu

Pernah dulu aku kata kat member aku, "Kau ni pelik la. Siapa yang tak ada Facebook sekarang ni? You should make one."

Dan aku rasa sekarang aku faham apa yang dia rasa bila aku kata macam tu dulu.

Mesti dia ingat, "Mati ker kalau tak ada Facebook?"

Masuk hari ni, dah seminggu aku delete Facebook aku. Aku rasa ringan semacam jer sebab banyak masa aku tak terbazir dengan benda alah tu. Menggentel handphone setiap saat semata-mata nak tau apa perkembangan terbaru kengkawan aku.

Apa yang aku dapat?

Bill telefon mencanak naik ujung bulan!!!

*Muzik rancak membakar semangat berkumandang*

Mulanya aku rasa macam tak yakin aku dapat hidup tanpa Facebook. Aku rasakan yang hidup aku akan menjadi sunyi sepi tanpa kehadiran update terkini kengkawan dan share-share sensasi semasa yang disokong dengan gambar-gambar monyet yang terbelah perutnya.

Kini aku rasakan hidup aku lebih bermakna.

Aku dah boleh buat benda-bendalain yang lebih berfaedah.

Aku lebih sihat!

Aku lebih bertenaga!

Aku lebih ceria!

Aku boleh luangkan lebih masa untuk Twitter!!!

*CD calar. Muzik rancak tiba-tiba terhenti*

Err...

Follow Twitter aku kat sini ek kengkawan.

Mekasih *tertunduk malu

AKUBUKANSUPERMAN: Follow jangan tak follow...

November 17, 2011

Bahasa jiwa bangsa


Setuju tak kalau aku cakap yang kadang-kadang ada benda yang kita susah nak cakap dalam bahasa melayu tapi lagi senang kalau cakap dalam english instead?

Orang kita, kalau salah cakap mula lah nak emo. Tapi kalau cakap berkias, diorang haram tak faham plak. Jadi english jadi jalan mudah untuk explain benda yang tak dapat di explain dalam bahasa melayu.

Contohnya...

"Kau ni mangkok lah!"

Menjadi...

"You are a bowl."

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: English SPM aku dapat 8. Harap maklum...

November 16, 2011

Hilang barang


Apa korang rasa every time kalau korang misplace or hilang barang?

Rasa OREN?

Rasa kaki?

Aku akan rasa OREN kalau aku lupa kat mana aku letak barang-barang aku. Walaupun barang aku berselerak, tapi aku tau kat mana aku letak. Tu sebabnya kalau orang kemas barang aku, aku akan kalut. Start la aku nak jerit suara kepit.

Tapi aku paling OREN kalau orang cadangkan, "Cuba kau try miss-call jer. Mana tau dapat jumpa balik."

Sedangkan dia tau sah-sah aku tengah cari remote control tv.

Arghhh!!!

AKUBUKANSUPERMAN: Walaupun aku ni comel, aku ni bukan le penyabar orangnya...

November 15, 2011

Nama oh nama

Selalu jugak aku berfikir, kenapa nama anak orang zaman sekarang mesti lebih dari 2 perkataan.

Cantik-cantik plak tu.

Contohnya...

Fathul Akhdan Isabella Nur Muriah binti Mamat.

Tak ker sedih nama bapak seketul cegitu jer?

Apa pun aku sangat bangga dengan nama yang ayah aku bagi kat aku walaupun kadang-kadang tergeliat orang nak sebut.

Ada yang sebut Hikni...

Ada yang sebut Hipni...

Ada yang sebut Hindi...

Tak kurang ada jugak yang sebut 'Hit me baby one more time'...

*posing Britney Spears

Thank you ayah.

Wo ai ni much much...

AKUBUKANSUPERMAN: Nama anak aku nanti tak boleh lagi glamour dari nama aku. Aku tanak kalah. Tidak!!!

November 14, 2011

Nama jalan pelik


Siapa nak namakan jalan sempena nama aku?

Siyes aku tak akan charge.

Sungguh ni aku tak akan charge.

Nak la... 

Nak la...

AKUBUKANSUPERMAN: Bagi la nama yang elok sikit. Ish ish ish...

Get well soon Naz

I have this friend, whom I know from Twitter. He called himself Sarawakianboy but I called him Naz instead. He is one hell of a twitter-addict and he tweets good. Good tweets will be followed by many and you can say he got himself followers the size of China.

Literally speaking...

But a few days back I came to know that he suffered a lung infection and currently warded in a intensive care unit. His condition is not good at all. His respiration stopped once for 10 minutes and they got him resuscitated.

I do not know much about hospital jargon but I know that sounds bad.

I don't have the info on the hospital though.

I wish I knew...

I've been praying for him ever since, but I can't do this on my own. He needs more prayers from all of us. Who care if we haven't met him in person or know what's his favorite muffin flavor. A friend is in need.

Lets do this guys.

Bukalah matamu,
Kita bersama masih muda masih mentah,
Ku harap kau masih percaya...

AKUBUKANSUPERMAN: Get well soon Naz

November 13, 2011

Dulu hot sekarang tidak lagi


Dulu aku pernah satu class dengan awek ni. Dia memang lah hot sangat *siyes aku tak tipu...

Selumrahnya orang hot ni tend to be kekwat dan snobby. Suka buli insan lain yang lemah dan tidak berdaya.

Biasa la tu kan?

Tapi aku tak cakap semua.

Aku cakap selumrahnya. Harap maklum.

So this girl, dia ni memang hot dan semua girl nak jadi macam dia dan guys wanted to date her.

Me included...

Tapi dia ni tak le kekwat. Cuma dia tak pernah nak setuju bila aku nak bawak dia dating ke Mekdi dulu sebab aku tak lawa. Kurus sekeping jer plak tu...

Tu cerita lama. Aku pun dah lupa siapa nama dia. Tapi tatau camner, hari tu aku terserempak dengan dia kat KLCC.

Actually aku tak kenal dia, tapi dia yang tegur aku. "Eh kitak Hidney nak?"

Mula-mula aku ingat she was like another fan. *Banyak sangat le fan kau kan!!! Aku senyum sehandsomenya dan tanya dia siapa. Lepas dia explain baru la aku ingat she was that hot girl.

But she is no longger as hot lah!

Sorry for being judgemental, tapi aku pernah dengar orang kata, hot people time sekolah-sekolah dulu tend to think they will forever be bold and beautiful. And that they don't think they need to anything else to maintain their hot-ness. They eat poorly. They don't workout. They don't even groom!

"Lain nar rupa kitak. Sik kedak dolok. Kacak kitak. Nasib bait kamek dapat cam. Kitak dah kawin?" Dia tanya.

Kenapa soalan kawin yang dia perlu tanya dulu? Aku geleng jer. Tapi nasib baik aku tak pose Sinchan kat situ.

Tapi seriously. She look different. Mungkin teori bold and beautiful tu betul kot?

Sebab aku dulu huduh. Sekarang dia kata aku kacak dowh! *Posing Zaiton Sameon

Krik krik krik...

Krik krik...

Krik...

Ok aku perlu stop menulis kat sini.

Karang ada orang lempang aku pakai terompah plak.

AKUBUKANSUPERMAN: All the time spent in gym is so worthy...

November 12, 2011

Selipar tido?

Masih berkenaan dengan kasut, sebab aku suka kasut. Tapi kasut-kasut yang aku suka bukan le yang memahal macam sesetengah orang tu.

Aku bukan dari high society...

Makan kedai mamak jer.

Dalam banyak-banyak kasut yang aku ada sekarang, Camper Wabi ni adalah favourite aku. Memang selesa kalau dipakai especially kalau nak gi dating atau makan-makan kat Mekdi atau bawak jalan-jalan kat Singapore.

Klik sini untuk contoh.

Rupa Camper Wabi memang macam selipar tido sikit and people will tend to get confused, "Kau keluar pakai selipar tido ni kenapa? Ting tong ek?"

Jangan gusar. Bila orang ajukan soalan camtu kat korang, korang cuma perlu cakap, "So? Kau ader?" *sambil posing Accapan.

Sekian...

AKUBUKANSUPERMAN: Camper ada satu kedai jer kat Malaysia. Ada kat The Gardens Mid Valley. Cekidaut!!!

November 10, 2011

Macam kaki ayam lah!

Semalam aku lari-lari comel kat taman KLCC. *sambil pintal-pintal rambut

Macam biasa la kan. Orang comel kena la lari dengan comelnya.

...

...

...

Ok kita teruskan...

Tengah aku lari-lari tu kan, aku nampak sorang mat salleh ni lari pakai kasut yang nampak macam stoking jari yang kita biasa tengok tu.

Tak pernah tengok stoking tu camner?

Siyes?

Nah!


So aku fikir takkan ler dia lari pakai stoking jer kot. Gilo apo? Sengkek sangat ker sampai tak mampu nak beli kasut?

Jadi untuk tengok dengan lebih dekat, aku cuba le mengekor belakang mat salleh tu. Mat salleh tu pulak lari laju macam haram.

Mengah ok!

Tapi berjaya jugak le aku tengok kasut tu. Siyesli aku jadi FELDA kejap sebab aku tak pernah nampak kasut yang pelik sangat macam tu.

Pelik tapi macam best giler. Mesti rasa macam kaki ayam jer kalau lari pakai kasut tu kan?


Nak beli la sepasang lepas dapat gaji nanti.

Tak pedulik!!!

Cuba try Google Vibram Five Fingers untuk maklumat lanjut pasal kasut tu.

Jangan tanya aku Google tu apa.

Aku bantai kang!

AKUBUKANSUPERMAN: Bulan lepas aku susut 3 kilo. Susut bukan sebab tak makan. Susut sebab aku selalu joging. Faham tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...