AKUBUKANSUPERMAN

August 29, 2011

Selamat hari raya


Bersempena dengan hari raya Aidilfitri ni, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua follower, bakal-bakal follower dan pembaca-pembaca senyap AKUBUKANSUPERMAN kat luar sana. I love you all and I will marry you all!

Kepada yang baru merancang nak balik kampung tu, jangan drive laju-laju. Bersopan santun la di atas jalan raya. Tapi aku tak ajar korang drive sambil bersimpuh!

Jangan rasa OREN tau di hari raya ni.

Kalau nak rasa OREN, panggil aku.

Aku balik kampung on the second day raya...

Waaaaaa!!! *jerit suara kepit

AKUBUKANSUPERMAN: Semoga korang kaya-raya dengan kutipan duit raya korang tu

August 28, 2011

*Posing Sinchan

Banyak kali jugak aku pakai phrase *posing Sinchan dalam entry aku. Mesti korang tanya camner rupa *posing Sinchan tu kan?

Finally hari ni aku nak tunjuk kat korang camner rupanya *posing Sinchan yang sebenarnya.

Nah hameeekkkk!


Tapi suka aku nak bagi amaran kat sini. Jangan buat depan boss atau depan bakal mertua korang. Tak pasal-pasal korang kena rejam kang.

Lepas tu siapa yang OREN?

Korang jugak kan?

Tapi kenapa *posing Sinchan? Kenapa tak posing Sailormoon jer?

Dengan kuasa bulan akan menghukum mu?

Sebab aku tak suka Sailormoon.

RIMAS!

Untuk korang yang pernah nonton kartun Sinchan, mesti korang tak akan ada masalah nak kaitkan *posing Sinchan dengan apa yang aku nak sampaikan. Berlawanan dengan rasa OREN, *posing Sinchan adalah untuk menggambarkan perasaan aku yang perasan best, bagus, comel dan handsome yang infiniti. Tapi sebenarnya SEDIH!

Rasanya ada potensi tak *posing Sinchan ni digunapakai semacam rasa OREN tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Moh *posing Sinchan

August 27, 2011

Pokcik kejam


Semalam aku pergi ke Jalan TAR untuk ber-last-minute shopping dengan Kash; penulis disebalik Darimejastabux. Actually aku dah kenal Kash 4 tahun dah. Ni first time aku jumpa dia. Dan siapa sangka pertemuan pertama aku dengan Kash akan berlaku kat Jalan TAR.

Orang kata first impression is important. Tapi aku tak la nak bergaya sakan. Karang orang ingat aku ni fake plak. Cukup sekadar t-shirt polos dengan seluar khaki. Walaupun simple, tapi aku rasa sangat handsome sekali *posing Ucop Bako

Disebabkan Jalan TAR terkenal dengan gridlock nya yang sangat epik, aku dah Kash bersetuju untuk naik tren jer. Rendezvous point, Stesen Masjid Jamek.

Aku sampai agak awal. Dan sementara menunggu Kash, aku mundar-mandir di stesen. Tapi tak lama lepas tu sorang adik yang aku kira dalam umur 20-an datang bertanya. "Pakcik, macamana nak ke Pudu eh?"

*petir*

Kalau nak ikutkan nak ajer aku bagi dia crash course pasal macamana nak mengenal antara pakcik-pakcik dan abang-abang. Tapi sebelum sempat aku nak rasa OREN tiba-tiba idea jahat aku datang.

"Awak kena amik LRT kat laluan Kelana Jaya." Kata aku dengan handsomenya.

Aku tersengih puas.

"Kaunter tiket kat depan tu yer." Aku menyambung.

Budak tu menurut jer.

Tak tau apa jadi kat budak tu. Sampai Kelana Jaya kot.

Ngee...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak jahat sebenarnya...

August 26, 2011

Oh kad raya

Tahun ni aku dapat paling banyak kad raya. Kalau aku tak macho, aku dah menangis suara kepit dah sebab terharu sangat. So nasib baiklah aku ni macho orangnya *posing S. Jibeng

Some of the cards are from manager-manager ladang yang aku visit sepanjang tahun ni. Ingat jugak diorang kat aku walaupun aku dah 'sembur' diorang cukup-cukup. Korang ingat lagi tak manager yang aku pernah marah sebab lambat jemput aku kat hotel masa aku kat Lawas tempohari? Klik sini untuk story lebih lanjut.

At least now I know I am forgiven hahaha.

Tapi some of the cards really makes me laugh.


But seriously I am not feeling OREN though. Aku kena tulis I AM SINGLE kat dahi kot...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku dah start cuti raya. Korang?

August 25, 2011

Senggang masa jer

Pernak tak korang nampak peti ais atas highway?

Peti ais yang kita simpan sayur dan ikan tu la...

Seriously tak pernah?

Betul ni?

Nak tengok tak?

Nah...


Menarik kan?

Cuba tengok yang ni plak.

Ni versi yang up sikit.


Sama tak kawan-kawan?

AKUBUKANSUPERMAN: Nak panggil gobok pun boleh jugak...

August 24, 2011

I want that car


Amacam? OREN tak tengok aku posing? Tu aku namakan sebagai posing maut. Aku tak boleh letak gambar aku posing Sinchan sini. Nanti skrin komputer korang tebako.

Anyway entry lepas aku ada bercakap pasal kereta impian dan Getzy comel aku. Meh aku perkenalkan. Yang ni adalah Getzy aku.

Getzy... ni semua pembaca blog daddy. Cepat salam...

Anyway entry kali ni aku nak story pasal kereta pertama aku. It was a secondhand Red Kembara DVVT.

Kenapa merah?

Sebab aku suka warna merah.

Kenapa Kembara secondhand?

Sebab aku suka barang secondhand? Hahaha moh rapatkan saf!

It was 9th September 2007 dan aku ada ‘date’ dengan agen jual kereta yang aku dah contact a few days before that. Aku nak beli kereta tapi aku tak decide lagi kereta jenis apa yang aku nak. So I asked him to choose one for me.

Muda-muda dah jadi big boss kan!

Mengada-ngada...

Kat showroom, agen tu tunjuk kereta yang aku boleh pandu ke pasar-pasar tani untuk jual petai. Kalau nak lagi best, mungkin aku boleh hiaskan kereta tu dengan tulisan khat yang bertulis KERETA JENAZAH. Kalau korang, apa yang korang akan rasa?

Rasa OREN kan?

Agaknya dia lupa yang dia sedang berurusan dengan customer yang masih lagi muda…

… dan terlalu comel untuk memiliki kereta yang semacam tu…



*posing Jaafar Onn

“Ok Hidney let me ask you again. What do you have in mind?” Agen tu tanya aku.

Aku akan cepat rasa OREN kalau orang tanya aku soalan ulang-ulang. So dalam keORENan tu, aku dengan tak semena-menanya tunjuk kereta yang kebetulan parking kat luar showroom. I was hoping that he'll get the idea of what I want. “I want something like that!” I said firmly.

And it was a red Kembara.

Aku tak pasti samada aku silap cakap atau dia salah dengar, atau dia sajer nak perli aku. Dia terus pergi cari pemilik Kembara tu and actually succeeded in securing the car for me. Nasib baik la pulak ownernya memang ada plan nak jual Kembara tu. Kalau tak, tak pasal-pasal aku dituduh sebagai perampas.

Aww I tak sanggup! I bukan perampas! I bukan perampas!!! *jerit suara kepit

And so that was how aku stucked dengan kereta secondhand instead of kereta baru. Disebabkan yang pertama secondhand, yang kedua aku beli yang bukak bungkus punya huahahaha *gelak horny

Sekianlah story kali ini.

Selamat berpuasa!

AKUBUKANSUPERMAN: Be careful with what you wish for…

August 23, 2011

Kereta comel untuk pemandu comel

Some would say dalam kehidupan seorang lelaki ada 3 investments yang wajib dibuat; kereta, rumah dan bini. Tiga-tiga pun mahal terutamanya yang last tu. Tu pasal kita selalu jumpa lelaki yang dah ada kereta besar dan rumah besar tapi tak kawin-kawin lagi.

And no he’s not gay.

Aku suka rumah besar dan aku suka bini besar. Tapi kereta impian aku tak payah ler besar. Lagi compact lagi bagus. It doesn’t have to shout “Hey look. I have so much money that I have to spend it on this car.” Kereta tu biarlah nampak cool macam Volkswagen Golf GTI ni. Best kalau aku nak laram kat Asian Heritage Row during the weekends sambil pasang lagu Lenggang Kangkung kuat-kuat.


Design pulak tak payah ler yang melampau. Cukup ler yang sleek macam Mazdaspeed3 ni. Kalau sangkut dalam jem pun aku tak kisah sangat sebab aku tau akan ada orang yang akan admire kereta comel aku. Pemandunya memang sah-sah ler orang akan admire kan? Korang ni pun... *posing hantu susu


Kereta idaman aku tu tak perlu dari jenama yang hebat. Cukup ler kalau jenama kereta aku boleh buatkan lidah orang kita tergeliat, macam Peugeot 308 ni. Macamana nak sebut tu? Pujut? Pejot? That will keep all my makciks busy dan buatkan mereka lupa dengan soalan-soalan cliche diorang tu.


But my ultimate dream car would be this Smart Fortwo. Dua pintu dan sangat comel kalau aku bawak ke Max Value beli Milo. Disebabkan saiznya yang sama besar dengan shopping trolley tu, aku tak payah keluar kereta pun. Aku drive-tru jer. Tak ker senang kalau macam tu?


Tapi orang kata kereta dua pintu ni adalah kereta orang hipokrit. Aku kata lantak aku la. Duit aku…

So now you know apa kereta yang aku suka. Boleh ler masukkan dalam to do list korang untuk hari jadi aku tahun depan hahaha.

AKUBUKANSUPERMAN: Kereta aku namanya Getzy. Getzy sangat comel. Rasa macam nak cubit-cubit jer...

August 22, 2011

Iftar


"Wow kuih akok!"

"Eh kuih Puteri Berendam lah!"

"Mak aih Taik Itik!!!"

"Aduhai ayam percik!"

"Comelnya rojak Singapore tu!!!"

"Arrghh cekitiau goreng!!!"

"Rangka ayam!" *Jerit suara kepit

"Cendol oh cendol!"

"Pergh comelnya awek jual karipap tu. I mean sedapnya karipap tu..."

"Awww kuih jala!!! Kuih jala!!!" *Meroyan macam orang gila

"Wuiihhh tepung pelita!"

Dan azan pun berbunyi tanda dah masuk waktu berbuka. Air sirap diminum seperti esok tiada lagi...

"Burrrpp alhamdulillah. Kenyang air la plak. Later-later la makan semua juadah ni..." *posing Mariamah Tijo

AKUBUKANSUPERMAN: Membazir tu amalan benda yang bertanduk tu. Kau ada tanduk kah?

August 21, 2011

Beli baju raya


Baju biru potongan klasik atau baju ijau cekak musang?

Dua-dua pun cantik.

"Kalau awak, awak pilih yang mana?" Aku tanya dengan handsomenya kat mamat salesperson tu, sekadar nak beramah mesra. Orang kata customer yang kekwat adalah seburuk-buruk customer.

"Potongan klasik ni lawa. Cutting unisex. Kalau pakai dengan kain pelikat labuh boleh double jadi baju kurung. Dapat dua baju dengan harga satu." Jawabnya dengan sungguh konfidennya.

Eh eh budak ni. Aku ni ada iras-iras makcik ker nak beli baju kurung? Ada jugak yang kena sumbat dalam lubang jamban kang.

"Sesuai kalau awak yang pakai kot. Jangan lupa pakai tudung ek. Sejuk mata kalau tengok." Aku memperli dengan penuh adap kemelayuan.

Nasib baik aku tak perli dia sambil duduk bersimpuh...

Mamat tu tarik muka panjang.

OREN la tu...

AKUBUKANSUPERMAN: Orang kata kalau dah cantik pakai kain guni pun tetap lawa ngeee

August 20, 2011

Baju raya


Korang semua dah buat baju raya? Mesti glamer baju raya korang kan? Yer la dah penat puasa sebulan, raya kena la hebat.

Tak gitu Senah? *ajuk suara Chef Wan.

Untuk pengetahuan semua peminat, aku tak ada baju raya lagi *posing Zaiton Sameon. Kalau nak tempah mungkin tak sempat kot. Malahan tailor tu akan rejam aku dengan gunting sebab buat lawak tempah baju last minit. I know for the fact that tailors tak akan tido dalam minggu-minggu terakhir nak raya ni sebab nak siapkan tempahan.

Mak aku tailor. So aku faham le.

Mak aku banyak ambik tempahan. Biasanya orang akan start tempah 2 bulan sebelum raya. Apart from baju tempahan, baju kitorang adik beradik pun dia buat jugak. Dalam keghairahan nak cari duit lebih tu, biasanya baju kitorang akan tolak belakang dulu.

Konsepnya duit didahulukan, keuntungan diutamakan.

So nak dijadikan story, aku pernah beraya dengan seluar raya jer sebab baju tak siap lagi. Takkan nak semayang raya topless kan? Lain arr kalau badan aku ketul-ketul macam Salman Khan atau at least seseksi Jared Leto. So jawabnya kena main mix match ler dengan baju raya tahun yang sudah-sudah. Merajuk punya pasal, aku matchkan seluar ijau, baju merah dan kain samping kuning.

Tapi cuba bayangkan kalau aku pakai camtu kat KL, sekarang, bila aku dah besar panjang. Confirm orang akan cakap aku 'salah bual' atau akan cop aku ting tong.

Tapi yang penting confident.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku sayang mak aku

August 19, 2011

Tiket raya oh tiket raya


Makin dekat nak raya ni, makin hebat plak aku dengar lagu raya kat radio. Mula-mula tu memang le rasa macam best, tapi lama-lama aku rasa OREN plak considering tiket flight balik raya aku tak beli lagi.

Especially yang lagu Balik Kampung dan Dendang Perantau tu.

Rasa macam nak hempas-hempas jer radio tu sambil menjerit suara kepit.

Dulu-dulu when I was in my estate days, tiket penerbangan balik kampung aku akan ditanggung oleh company through annual passage provision. Disebabkan aku sentiasa sibuk (yer lah tu kan!) aku akan beli tiket last minute. Biasanya tiket aku akan confirm dapat walaupun harga tiket dah sama macam harga sebijik rumah.

Tapi sekarang bila aku dah keje kat HQ, aku kena beli sendiri sebab annual passage aku dah kena tarik. Malam tadi aku check harga, hampir je aku jerit suara kepit sebab harga tiket pergi balik dah sama dengan gaji sebulan aku.

Gaji aku RM300 jer.

I should have bought the ticket time harga still murah dulu. Balik naik tongkang la macam ni...

AKUBUKANSUPERMAN: Tahun depan aku nak beli sebijik A330 la. Senang kalau aku nak balik kampung and pergi outstation

August 17, 2011

Story rokok


"Kau tak merokok ker beb?" Tanya member aku. Aku menggeleng jer. Handsome seperti biasa.

"Kau ni tak macho la."

Celah mana plak macho dikaitkan dengan rokok ni? Tetiba aku rasa OREN. Tapi aku cool jer sebab dah penat aku puasa seharian sambil posing Sinchan.

Kenapa aku tak merokok? Meh sini aku nak story.

Rapatkan saf!!!

Dulu bapak aku kuat gila merokok. Berkotak-kotak habiskan dalam sehari. Pernah jugak la dia gaduh dengan mak aku yang concernkan pasal his health. So nak dijadikan story, one day, aku buang semua rokok bapak aku tu. Yeah, one will probably asked, "What was I thinking?"

Naik jugak le tangan bapak aku. That was the first time aku tau betapa OREN nya kalau kena lempang. Tapi aku rasa OREN kejap jer sebab lepas tu bapak aku kurangkan habit merokoknya. Now he barely smoke.

So lemme ask you one question. Should I smoke too?

Kalau aku merokok jugak, tak ker dah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus?

... Walaupun aku ni bukan ketam dan aku tak ada anak ketam...

Who came out with that peribahasa anyway?

Hmmm...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku gila benci kalau orang merokok dan hembus asap depan aku

August 13, 2011

Barang lama jadi trend baru


Pernah tak kita fikir yang sekarang ni, we are all looking back at things that we used to have in our previous lives. And now barang-barang lama tu suddenly making a come-back and puff they became the trendiest thing ever.

Tempohari aku jalan-jalan kat Pavilion. Aku ternampak kole besi yang aku pernah pakai masa kat kolej dulu. Korang tau kan kole besi tu? Kalau kat rumah, kole tu kita tolak-tolak pakai kaki jer.

Sombong...

Disebabkan duit tak banyak masa study, benda-benda yang murah macam kole besi ni le yang kita beli. Tapi tetap jugak nak berlagak ni. Kita tipu bukan kita yang beli kole tu. Tak pasal-pasal tuduh parent yang belikan dan paksa kita pakai. Tak mudah pecah kalau jatuh. Jimat duit...

Betul tak?

Jangan nak tipu. Aku tau...

Betul kan?

Kena lagi dengan roommate yang feeling-feeling anak some Datuk walaupun bapak keje gomen jer. "Eeeuuww aku tak boleh la pakai benda-benda murah ni. Terus kudis aku nanti tau tak?"

So untuk mengelakkan dari kena kutuk dengan roommate yang delusional tu, kita terpaksa sembunyikan kepala dalam almari setiap kali kita nak minum dari kole tu. Takut roommate tu nampak.

Dulu-dulu kole besi tu harga RM2 jer sebijik. Can you imagine how much that would cost us now?

RM64!!!

Dah masuk hi-end market dah kau kan kole?

Tetiber aku rasa OREN...

Nak beli la satu!

AKUBUKANSUPERMAN: Kemas almari jumpa baju lama. Nak pakai atau tak?

August 12, 2011

Cerita kad raya dan being popular


Kad raya orang kata, dihantar sebagai pengganti diri. Kad raya tu jugak merupakan ekspresi si penghantarnya. Kalau mat kuntum punya kad raya, mesti akan ada motif bunga-bunga dan ucapan manis berkeju. Siap spray minyak wangi lagi.

Kalau dari mat skema plak, kadnya akan berbunyi,

"Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada anda sekeluarga. Pecah kaca pecah gelas. Lepas baca harap balas. Sekian."

Tau sangat...

Tapi zaman canggih dan penuh dengan riot sekarang ni, orang suka hantar email jer. Tak pun hantar MMS. Murah belanja dan tak payah bayar setem.

Agak-agaknya korang tau lagi tak pejabat pos tu apa?

Setem tau tak?

Sampul surat?

Anyway, masa aku muda-muda dulu, kad raya tu dianggap ukuran kepada kepopularan seseorang tu. Aku dan kakak aku selalu bersaing, siapa yang akan dapat kad raya paling banyak. Selalunya kakak aku le yang akan menang.

Nampak sangat aku tak popular.

Sedih...

Aku tunggu jer orang majalah tu call aku untuk bersesi fotografi kat tepi kolam, tayang puting dan gigit bibir mungel aku...

*petir!

AKUBUKANSUPERMAN: Agak-agaknya cuti raya aku approve tak kalau aku nyanyi lagu Dendang Perantau sambil kuis-kuis manja dagu boss?

August 11, 2011

500 and going strong

I know what you might think. That this is just another excuse for me to write a lame entry, but I believe it is a damn good excuse to do so.

I have posted my 500 entry ya'll!!!

I know 500 is puny, comparing to the other well-seasoned well-followed bloggers out there. But considering I am a kind of person who will always stop midways, 500 is a good number.

Well, I am looking forward for the next 500.

I Hope you guys too...

AKUBUKANSUPERMAN: Reminiscing my first entry...

August 9, 2011

The rise of the planet of the apes


I seldom do movie review unless the movie sucks big time or really really good. But this apes movie is one very exceptional one. Watching it left me with kaleidoscope of reactions but disturbing is how I can best describe the movie.

Perhaps you have watched the previous movie, Planet Of The Apes, featuring woman's heart throbe and I'm afraid some man too, Mark Wahlberg. Well this movie is actually the prequel of that.

The movie depict the effort of one very high spirited scientist (and a damn good looking one) who has created cure for alzheimer which he has tested on some chimp. Yada yada the chimp became amazingly clever and went berserk and killed in action while trying to protect her new born cute-like-button baby chimp.

Ok breath in breath out...

This baby chimp later named Ceaser inherit his mother's brain and became Ketua Pemuda for San Francisco chimp party.

Figuratively...

So where is the disturbing part?

Not the Ketua Pemuda part but get this, you will see the chimps being in captivity, treated uncannily bad beyond their will for some research and in the name of humanity. Thats very disturbing with capital D. Watching it required solid discretion and I would suggest you to leave your brains outside the cinema and just enjoy all the furs.

Its not a bad movie really. I am rating the movie 9 out of 10.

Go and watch it.

NOW!

AKUBUKANSUPERMAN: Kesian aku tengok mawas-mawas tu kena kurung engkau...

August 8, 2011

Seksi

Korang rasa loghat utara seksi tak?

Aku rasa sangat seksi.

Diulangi SANGAT seksi!

Aku gila suka dengar orang cakap utara. Macam best giler. Kalau kecek klate tu penuh kelembutan, loghat utara is the opposite of that. Tapi memang seksi. Macam Fasha Sandha kalau marah. Cantik dan seksi...

Err mungkin kaitannya tak berapa nak nampak...

Tapi kenapa ek? Mungkin aku pernah skandel dengan ramai orang utara sebelum ni kot.

Maybe. Jap aku nak kira balik... 1... 4... 9...

AKUBUKANSUPERMAN: Sangat suka tengok citer Mami Jarum

August 5, 2011

Aku nak kurus


Statement yang paling cliche dalam bulan puasa ni adalah, "Saya nak try kurus."

Dan statement tu akan jadi lagi cliche kalau dibuat oleh orang yang pukul dua petang dah terpacak kat bazaar Ramadhan.

Untuk beli juadah berbuka...

Juadah plak dibeli macam nak dimakan orang sekampung...

Dan dia berjaya makan semuanya...

Natijahnya badan naik lapan belas kilo dan terpaksa pulak tempah baju raya baru sebab dah tak muat. Lepas tu memang le confirm OREN sebab impian kurus tak tercapai.

Memang temptation nak memborong sangat tinggi bila membeli juadah kat bazaar Ramadhan. Ditambah lagi dengan perut yang sedia kosong dan menjerit minta diisi. Benda-benda yang kita tak suka makan pun kita akan beli. Tak sampai pun gerai terakhir, tangan dah penuh dengan plastik juadah. Bukan sebelah tangan, tapi dua-dua belah!

Apa tak tips untuk mengelakkan pembelian yang berlebihan dan merealisasikan impian kurus dalam bulan puasa?

I can think of one suggestion.

Bekal dua ringgit jer dalam dompet.

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: Jom pakat bawak shopping beg sendiri ke bazaar. Less plastic, greener earth...

August 4, 2011

Suspense

Time tu aku balik keje macam biasa, lalu jalan biasa dan stuck kat jem macam biasa. Tapi yang tak biasanya, aku ternampak sorang awek cun berdiri kat traffic light. Pakai blouse putih dengan skirt singkat merah. Kasut tumit merah dan bersolek nipis.

Disebabkan dia perasan aku pandang dia, aku pun senyum le. Dia balas senyum aku tu balik.

Pergh I tell you, aku tiba-tiba rasa butterfly dalam perut. Tak sangka plak aku boleh jadi berani nak senyum kat dia. Selalunya kalau aku pandang orang dan orang tu perasan, aku akan toleh tempat lain dan buat-buat tak tau.

Biasa la tu kan. Aku rasa korang pun akan buat benda yang sama. Jangan nak tipu...

Perhaps its something about that girl yang membuatkan aku berani.

Nak dijadikan story, dia datang dekat kat kereta aku. Aik? It is something about me jugak ker yang membuatkan dia jadi berani? Aku pun turunkan cermin tingkap kereta sikit. Tak banyak sebab aku still kena berhati-hati. Mana la tau tiba-tiba dia nak kidnap aku ker. Orang yang kena kidnap biasanya comel-comel. Sah-sah la aku tergolong dalam kategori tu kan. *posing Sinchan

"Hello abang." Dia membuka bicara. Memang confirm awek tu perempuan dan bukan yang sebaliknya.

Belum apa-apa dia dah panggil aku abang dowh. Sah le sangat mujarab senyuman aku tadi tu. "Hello." Aku membalas dengan sehensem-hensemnya.

"Abang. Saya ni dari syarikat insurans something something (identiti syarikat disembunyikan). Boleh saya masuk dan bincang dengan abang sekejap?"

Alamak orang jual insurans rupanya. Padan la mesra semacam. But I must praise her, kat dalam jem pun dia boleh buat bisnis.

"Sorry cik adik. Saya dah ada insurans. Thanks for your offer yer." Actually aku tak pernah ada insurans. Aku tipu jer. Lebih baik macam tu kot. Takkan aku nak freak out dan halau dia. Hilang la kemachoan aku. Aku naikkan cermin tingkap dan melambai gagah. Dia maintain berdiri kat tepi kereta dan melambai balik.

Sorang member pernah cakap kat aku dulu. Nak jadi promoter kena pandai buat muka tebal dan terima rejection from time to time. Dan dan aku setuju dengan member aku tu.

Tapi kan, kalau dia tak terus jump into business dan ayat aku untuk gi dating, aku akan ajak dia masuk kereta.

Boleh aku bawak dia dating kat mekdi...

AKUBUKANSUPERMAN: Jahat tak aku?

August 2, 2011

Story sahur

Amacam hari-hari terawal Ramadhan ni? Harap-harap tak pancit la yer. Marilah kita pakat puasa penuh sebulan yer kawan-kawan.

Siapa tak puasa tak boleh raya!

Sebagai langkah keselamatan, pergi tampal selotep kat paip-paip yang berkedudukan 'strategik' tu siap-siap. Takut nanti terbuka puasa plak.

Hehe...

Kali ni aku nak story pasal sahur plak. Ada orang akan sahur tengah malam dan ada yang sahur pagi. Story orang yang tak bersahur tu kita kupas dalam lain entry naa. Sebab ada orang tu kata kalau dah pakai domain sendiri ni kena post entry bertubi-tubi. So dengan itu, aku sekarang dah tak leh kupas tiga story dalam satu entry dah. Takut tak cukup idea untuk entry bertubi-tubi *posing Sinchan

Tapi kalau korang tanya aku, aku akan sahur waktu pagi.

Sebab kalau tengah malam tu supper namanya.

Aku memang tak dapat nafikan sahur waktu pagi lebih berat dari sahur tengah malam sebab mata tengah ngantok lagi ni. Tambah-tambah lagi kalau menu sahur tu adalah baki dari waktu berbuka malam sebelumnya.

Juadah dah kejung dan sejuk...

Time tu la kita tengok orang-orang bersahur tu muka macam lembu. Mengunyah pun macam lembu. Oggy Ahmad Daud kata tak ada feel.

Kan best kalau ada yang tolong panaskan balik makanan-makanan tu...

Susun pinggan kat atas meja...

Sambil senyum dan kenyit-kenyit mata...

Dan suapkan sekali...

Dan kemas meja lepas sahur...

Oh bestnya kalau ada bini...

AKUBUKANSUPERMAN: Nafsu sahur dan nafsu berbuka sangat tak sama.

August 1, 2011

Silap sms

Biasa tak korang terima sms ucapan selamat berpuasa dari member on the nights of early Ramadhan?

Biasa la tu kan.

Tapi pernah tak korang terima sms ucapan selamat hari raya on the second day of puasa?

Semangat ni...

Aku pernah dapat sms raya dari member yang tersilap hantar sms yang dia dah siap karang dan intend to spread it out on the final days of Ramadhan.

Rasa macam hilang ingatan aku lepas baca sms tu.

Sms ni kalau tersilap hantar padah akibatnya yer kawan-kawan. Kalau akibatnya bukan perang, paling-paling pun akan menyebabkan rasa OREN yang berlarutan.

Especially kalau sms yang berbunyi, "Sayang buat apa tu? Meh le temankan I kat sini. Kesian I sorang-sorang. Sejuk plak tu."

Dan sms tu dihantar kat boss...

AKUBUKANSUPERMAN: Bila terlepas cakap people tend to forgive and forget. Tapi bila terlepas sms people tend to forgive and keep. Bukti nak mengORENkan orang balik tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...