July 31, 2011

Story puasa dan air liur

Dulu masa aku kecik, parents aku galakkan kitorang adik-beradik berpuasa penuh dengan upah duit. Seringgit sehari. I guess dengan galakan semacam tu, aku dah start puasa penuh sebulan by the time aku masuk darjah tiga.

Tapi aku ada perception yang kalau kita puasa kita tak boleh telan air liur. Kalau telan, puasa akan batal. So from time to time aku akan buang air liur tu.

So nak dijadikan story, masa kat sekolah aku tak boleh la keluar kelas sesuka hati untuk meludah. Air liur tu akan terkumpul dalam mulut. Bila dah agak penuh, aku akan minta izin dengan cikgu untuk keluar kejap.

Bila dah berkali-kali aku keluar, cikgu pun jadi hairan. Dia tanya kenapa. Aku pun jawab nak meludah sebab aku tak nak puasa aku batal. Cikgu pun gelak besar dan cakap, "Siapa yang ajar awak telan air liur akan batal puasa?"

Well that was years before. Sekarang aku tak kumpul air liur dalam mulut lagi dan tak ada orang yang nak bagi upah kalau aku dapat puasa penuh. Tapi aku maintain puasa dengan handsomenya...

Salam Ramadhan people!

AKUBUKANSUPERMAN: Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna.

July 30, 2011

Adele

Sejak dua menjak ni, aku selalu nampak member FB post Youtube Adele. Siapakah Adele ni?

Turn out lagu si Adele ni tak kurang bestnya, especially yang Make You Feel My Love tu. Masyuk dowh I tell you. Boleh layan jiwang sambil duduk kat buaian dan kunyah kuaci.

Aku suka!

Aku suka!

But allow me to kupas isu ni lebih lanjut sikit. I know this might bore you guys but just hang in there for a while.

Orang barat boleh terima artis-artis seperti Adele ni, bertubuh gempal dengan wajah yang bukan dari breed Miss Universe. Sebab apa? Sebab diorang appreciate bakat lebih dari rupa. Actually kita pun ada artis yang macam ni. Adibah Noor, Adflin Shauki, just to name a few. Sejauh mana sokongan kita kat diorang?

Adibah pernah anjurkan satu konsert charity dulu kat KL, yang mana dia featurekan Zaiton Sameon as her surprise gig. Tapi sambutan dari orang-orang kita hambar. Jualan tiket sangat tak menggalakkan sampai Adibah terpaksa cover pakai duit dari poket sendiri.

Kita double standard...

AKUBUKANSUPERMAN: They appreciate veteran artiste as well. Cuba tengok award-award show diorang. Bukan macam kita, setakat featuring jer...

July 29, 2011

www.hidney.com


I've always wanted to have my own personnel domain; www.hidney.com instead of www.hidney.blogspot.com. Senang kalau nak sebut atau nak promote kat member sebab aku pakai domain nama aku sendiri. Nak ingat pun senang.

www.oren.com pun sedap gak.

But guess what? That actually is a reality now.

I am now on www.hidney.com baby!!!

Rasa OREN tak kalau aku cakap domain ni orang yang sponsorkan untuk aku?

OREN tak?

Thanks to Ameer Zach. It was a sudden and unexpected surprise and believe me Ameer I can't thank you enough. Siyes aku sendiri pun teruja lagi ni.

Hadiah belated birthday katanya.

Thank you Ameer bro. I am indeed touched.

To all my dear followers, you may change the link to my AKUBUKANSUPERMAN in your blog ya. Tapi kalau pakai link lama pun, it will redirect you to the new address. So no worries.

So ladies, gentleman and those who haven't decided yet, fasten your seat belt, seat upright and tray table stowed. On behalf of BergoyangAir, I wish you... Enjoy our flight of craziness!!!

Oh yeah baby!

AKUBUKANSUPERMAN: I've changed my domain, but still I am no superman. Just me...

July 28, 2011

Aku nak balik!


Masuk hari ni dah 26 hari aku keluar outstation. Maknanya dah 26 hari aku tak ada kat KL.

Tapi ader ker yang merasai kehilangan aku?

Ramai jugak yang tanya apa aku rasa bila aku buat outstation sebulan penuh? Kalau korang ingat aku akan jawab OREN, korang sebenarnya salah.

Aku rasa penat.

Dan rindu...

Dan horny...

Ngeee...

Kenapa penat? Sebab aku penat buat reccomendation for compliance tapi yang buatnya boleh hitung pakai jari jer. Banyaknya yang degil dan berdolak dalih dengan pelbagai alasan. They nag about problem and their problems were only problems, not opportunities as I see it.

Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.

Ada jugak yang kata diorang tak tau macamana nak buat. Haaa tang tu memang aku akan tibai habis-habisan le sebab aku dah explain dari A sampai Z camner cara nak buat benda yang aku suruh tu during my previous visit.

Manager tak manager. Aku bantai sekor-sekor.

Ada executive yang hampir nak nangis bila kena titik dengan aku.

Degil!

Apa yang aku rindu plak? Aku rindu nak bayar toll on the way aku pergi keje. Rindu aku nak cakap terima kasih kat awek-awek toll tu. Duit syiling dah banyak aku kumpul untuk tujuan murni tu. Tak pun aku rindu nak pakai Touch N Go card aku. Dah bersawang dah dalam wallet ni ha.

Selain tu aku rindu dengan morning train ride aku. Aku rindu nak tengok gelagat warga KL dalam tren setiap pagi. Pastinya dah agak lama aku tak kena raba dalam tren. Rindu plak rasanya *posing Sinchan

Pasal horny tu aku tak mau komen. Karang tak pasal-pasal korang unfollow aku.

Dah le follower aku ni semua cun-cun belaka. Rasa macam nak bawak jer sorang dua jumpa mak ayah. Perkenalkan untuk jadi bakal menantu depa.

Mesti diorang approve nyer...

Confirm la tu...

AKUBUKANSUPERMAN: Tak sabarnya nak balik KL esok

July 26, 2011

Story Lawas

Dalam banyak-banyak kawasan yang aku lawat, aku akan mati kutu kalau aku melawat ke Lawas.

Kenapak? *kata orang Lawas dalam loghat Kedayan

Satu, aku kena naik Twin Otter kalau nak fly ke Lawas. Tau tak Twin Otter tu apa? Klik sini untuk detail lanjut. Aku paling tak suka kalau naik menatang ni. Gegaran sewaktu turbulance tu boleh membuatkan jantan macho menangis teresak-esak tau.

Siyes aku tak tipu!

Dua, aku tak tau nak buat apa kalau dah malam. Kedai-kedai kat Lawas akan tutup jam 8. Kalau ada kedai yang bukak pun cuma kedai-kedai hiburan yang tak perlu aku story kat sini. Seleksi penghiburnya tak best!

Lol.

Memang pekan Lawas ni akan lengang habis bila waktu malam. Kalau tiba-tiba aku nak lari tengah jalan sambil pakai dress merah dengan bunga besar kepit kat telinga dan nyanyi lagu Kisah Hati pun boleh. Cumanya aku kena cari pengganti Remy Ishak le untuk watak heronya...

Tiga, panas tengahari kat Lawas memang lebih panas dari tempat lain yang pernah aku pergi. Selalunya aku akan pakai simple kalau buat lawatan ke Lawas. Tak larat aku nak pakai kemeja office. Habis lencun baju kalau aku berpeluh. Tak plak aku terfikir nak buat perangai dengan berbogel masa buat lawatan. Aku tak cukup sexy...

Empat, estate-estate kitorang yang kat Lawas adalah antara estate yang paling bermasalah. So biasanya moral aku akan down kalau visit diorang. Tendencies untuk aku bad mood memang tinggi bila dah lagu tu. Tapi takat ni aku still able to contain myself sebab aku percaya tak ada benda yang tak boleh selesai.

Tak macho arr gaduh dalam estate sambil tarik-tarik rambut bro.

Tapi tak semua yang aku tak suka ada di Lawas.

Aku suka awek reception kat hotel yang biasa aku duduk tu.

Comel...

Eeeee geram!

AKUBUKANSUPERMAN: Oh Lawas...

July 25, 2011

Of petua dan rasionalnya

"Jangan pakai payung dalam rumah!"

Antara petua yang biasa sangat aku dengar time aku kecik-kecik dulu. Alasannya? Takut rumah jadi panas dan rezeki tak akan lekat.

Walhal kalau buka payung dalam rumah, takut nanti akan tercucuk mata.

Bila dah tercucuk mata, tak ker rasa OREN lepas tu?

Tapi pernah tak korang fikir yang actually petua-petua ni adalah satu cara bijak orang lama-lama bagi nasihat? It is very indirect and somehow open for our interpretation.

Orang kita kata, cakap berlapik.

Sebab rata-rata orang kita tak dapat terima nasihat directly. Bila kena sound directly, mula la nak sentap. Makan hati dan tarik muka panjang. Putus kawan dan main belakang.

So petua-petua ni dicipta untuk menjaga hati semua orang.

Tapi ada jugak orang kita yang tak makan saman. Cakap berlapik macam mana pun depa tak faham-faham. Bila kena perli pun buat muka dono jer. Melopong sambil korek idong.

Camner nak nasihatkan orang yang macam ni ek? Ada tips tak?


AKUBUKANSUPERMAN: Jangan menyanyi time makan. Nanti kawin dengan orang tua

July 24, 2011

Speaking London


Pulanglah sebelumku run away,
Aku menanti kamu everyday,
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday,
Tak ingin tak perlu...

Pernah dengar tak lagu ni? Catchy kan?

Aku suka.

Tapi ada gak yang tak suka. Katanya merosak bahasa bagai. Kalau kita dok fikir benda-benda remeh macam ni sampai bila kita nak maju? Memang le bahasa ni penting. Tapi tu pun nak ralat kah?

Orang dah sampai bulan, kita still sibuk gaduh pasal lagu.

Ok aku tak nak emo.

Actually aku nak story pasal sorang pekerja hotel yang aku kenal sepanjang 12 hari aku menginap kat hotel di Miri minggu lepas. Namanya Simon Siga, berbangsa Iban, kulit putih dan beperwatakan menarik.

No no no. Aku tak nak story pasal perwatakannya. Tapi aku nak story pasal kepetahannya bercakap in English.

Sumpah aku ingat dia ni study kat England the first time aku jumpa dia sebab English nya memang CNN punya level. Lengkap dengan nahu dan lenggoknya. Kalau dia bercakap kat telefon, mesti korang akan ingat dia ni orang putih.

Siyes!

So one day, aku yang kebosanan kacau dia kat reception. Aku tanya le, mana dia belajar dulu. Dia kata dia belajar kat Kanowit. Satu pekan kecik kat bahagian Sibu, 4 jam kalau naik bot laju.

Ok I was amazed. "How do you learn to talk like that?" I asked considering Kanowit is just a small town. There goes my theory of him studying in Wales atau Northern Ireland.

He told me, he once had a grandpa yang pernah bekerja kat kapal laut yang berlayar jauh. Everytime his grandpa balik, dia akan bawak macam-macam benda pelik. One of the benda pelik was a cassette.

Korang tau kan cassette tu apa?

Turn out it was a cassette of an old English love song. He thought the language was weird but interesting rather. He listened to it day in day out sampai dia hafal setiap lagu dalam cassette tu.

"Wait wait wait. You learn all this just by listening to some English song?" I was stupified.

"Of course no la sir. The cassette was the trigger. I learn my English when I studied in University. Amazingly I didn't understand the meaning of the songs until I learn English." He laughed, showing his neatly lined white teeth.

"You could be somebody in TV you know." I said.

"Perhaps I can give you an autograph one day."

Well kawan-kawan, what I'm trying to coin is, we can't be too fanatic dalam bab merosak bahasa ni. Mana tau ada anak-anak kita yang start berjinak belajar English dengan lagu yang cegini.

Aku sayang bahasa kita. Tapi aku praktikal untuk kemajuan.

Sekian terima kasih.

AKUBUKANSUPERMAN: Come let us speak London

July 22, 2011

Chipsmore vs Rushmore

We were sitting in a coffee house, enjoying our creamy latte. We talked about being rich and stuff.

Very serious discussion.

"When I'm rich," he said. "I want to have my face carved on a mountain like those in Mount Chipsmore somewhere in the US."

I spilt my latte as I laughed my lungs out.

Confident nya manager ni.

Its actually called Mount Rushmore lah sir...

AKUBUKANSUPERMAN: Hidup biar confident!

July 20, 2011

Amelia Earhart


I wrote one entry about me being a pilot the other day and Shaz was commenting and jokingly comparing me with Amelia Earhart. That actually left me with questions.

Who is this girl?

Is she beautiful?

Is she smart?

She work in a plantation as well?

Funny that I didn't bothered to Google about her, considering that I'm a kind of person who would Google everything.

Everything I say...

Finally I got my answer when I watched A Night In A Museum and Amelia on Star Movie when I was in Lahad Datu.

It was definitely an aahhhh moment...

After watching the two movies, it is fair if I can conclude that she was one hell of a lady. She was free spirited, charming, easy going, quirky, cuckoo and she was a thinker.

So Shaz, I guess I am afterall not like her although I do have to admit I have a bit of her cuckoo-ness.

Just a bit...

AKUBUKANSUPERMAN: I dream to fly...

July 19, 2011

Of lagu asli

Terkejut tak kalau aku cakap yang aku suka dengar lagu asli? Lagi asli lagi bagus...

Scroll through my song list, you'll know what I mean.

Lagu ni biasanya comprises of pantuns and poems. Tak kompleks kalau nak dengar especially kalau stuck dalam jem. Pernah jugak ada awek toll yang buat muka toya bila dia dengar aku pasang lagu Pasir Roboh masa aku nak buat pembayaran.

Tau tak lagu Pasir Roboh?

Aku start minat dengan lagu-lagu asli ni masa aku kat universiti lagi. Aku dulu penari UiTM *posing sinchan

Ok you can laugh...

Mula-mula aku just membuang tebiat join malam ekspresi seni dan mewakili kolej. Tau-tau kitorang menang. Sedikit story of all that aku dah postkan kat entry ni. Klik jangan tak klik.

Lepas tu aku jadi seronok and join badan kebudayaan universiti plak. Ngajat iban is my niche.

Jangan memain...

Ah yes, all that makes me a good podium dancer too.

LOL!


AKUBUKANSUPERMAN: Aku suka lagu-lagu Rahim Jantan sebab suaranya memang jantan.

July 18, 2011

In-flight bloopers 3

This was my very first experience pasal how garang a cabin crew can be. Despite all that welcome-aboard-sir rhapsody, don't be fooled thinking that they will not tell you to-fuck-your-face-off when they are angry.

This male passenger came in with an I-don't-give-a-fucking-care-about-you-face and started to play with his handphone once he seated. Sewaktu announcement sarankan penumpang untuk padamkan alat elektronik, nada dering smsnya still kedengaran.

Degil nak mampus penumpang ni.

"Sir please. No handphone. We are about to depart." Kata sorang lady crew dengan sopannya. But of course he just ignored her and continue with his love affair with the gizmo.

As the crews performed their safety briefing ritual, all of a sudden handphone penumpang ni tadi berbunyi. That actually stopped the lady crew tadi in her track but continued with her safety briefing.

And guess what happen next?

The lady crew went to this stubborn passenger and shouted, "For the last time sir, no handphone allowed. You may claim your handphone once we landed!"

She took the handphone and left the passenger in confusion.

Padan muka!

Rasa OREN la tu...

AKUBUKANSUPERMAN: Sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya...

July 17, 2011

In-flight bloopers 2

Ok welcome to the second round of in-flight blooper-ness. Untuk korang yang terlepas the first story, klik kat sini untuk ulang tayang.

Macam astro plak aku rasa.

Anyway cerita ni berlaku beberapa tahun lepas. Masa tu aku fly dari Bintulu ke KL naik kapal merah yang everyone can fly tu. Walaupun flight tak penuh, aku dapat rasakan yang penumpang-penumpangnya tak selesa sebab ada sorang budak kecik ni, dok terjerit-jerit dan maknya plak can't seem to have a control over it.

As we all now syarikat penerbangan tu ada menyediakan perkhidmatan menjual cenderamata dan makanan dalam kabin. So dalam usaha si emak untuk menenangkan anaknya yang ting tong tu, dia belikan anaknya tu crayon.

Budak tu menjerit, "I want paper! I want paper!"

Spoil brat!

Dengan terkocoh-kocohnya mak budak tu minta paper dari kabin krew. Kabin krew tu plak aku rasa macam dah fed-up and they took their sweet time nak dapatkan budak tu paper.

And can you guess what will happen to a panic mother, screaky spoil brat, a new set of crayon, no paper and a pristine white cabin wall?

A picasso of course!

That was epic funny to see how that mother continuously praised the lord and those jaw-to-the-knee cabin crews. Surprisingly budak tu berhenti menjerit after all that.

Habis la OREN cleaner nak bersihkan semua tu.

AKUBUKANSUPERMAN: Now everyone can conteng!

July 14, 2011

In-flight bloopers 1

I bet semua cabin crew out there ada experience yang sama macam yang aku nak ceritakan dalam entry ni sebab diorang fly day in day out. Aku ni terbang month in month out jer.

Ngee...

In the next 3 entries, aku nak kongsi my top 3 in-flight bloopers yang aku experience selama aku terbang month in month out ni. This entry will stretch over 3 entries tau. So stay tune...

Zasss *musik tema murahan berkumandang...

Untuk blooper pertama ni aku nak story pasal seorang pakcik yang aku rasa first time fly. Pakcik tu duduk seat 20C dan aku 20D dalam flight BTU-KUL.

He was accompanied by a young lady, his daughter I presumed. 

Agak comel.

Nasib baik sepanjang flight tu turbulance. Kalau tak aku dah borak-borak mesra dengan pakcik tu. Orang kata bapak dirapat, anak didapat.

Hahaha...

Macam biasa sebelum mendarat, pengumuman tegakkan tempat duduk akan dibuat. Cabin crew akan bergerak turun naik kabin untuk pastikan arahan ni dituruti oleh setiap penumpang.

Seat pakcik ni tadi direclinekan sikit, mungkin memudahkan dia untuk tido. As he was new or maybe dia tak dengar pengumuman tadi tu, dia tak tegakkan seat dia.

So this cabin crew came, "Pakcik tolong tegakkan kerusi yer," katanya sambil menepuk manja bahu pakcik tu.

Pakcik tu macam blur sikit dan terus tegakkan badannya while kerusi masih in reclining position.

Cabin crew tu macam tahan gelak tapi dia memang pro, cover line sambil tersenyum.

"Macam ni yer pakcik," katanya sambil menekan reclining button kerusi pakcik tu.

Anak pakcik tadi pun satu. Patut dia tolong la bapaknya. Tak ker dah diORENkan depan passanger lain. 

Tapi memang aku tak nafikan dia memang comel.

AKUBUKANSUPERMAN: Terus hilang nervous aku lepas 2 jam bertarung turbulance...

July 13, 2011

OREN


OK aku promise entry kali ni bukan yang bertemakan melankoli. Sekali sekala boleh le. Kalau selalu sangat kang, korang akan rasa OREN plak.

Betul tak?

Bercakap tentang OREN, aku perasan makin ramai yang dah pandai pakai phrase OREN ni. Bukan takat kat dalam blog jer, kat Tweeter pun aku nampak diorang pakai OREN.

Encounter aku dengan kakak pregnant dalam train tempohari pun still terbayang-bayang lagi. Sangat bijak dia mengaplikasikan penggunaan OREN dalam pujiannya.

Dan yang paling penting housemate aku pun dah start pakai OREN dalam perbualan harian diorang.

Bangga la jugak sebab OREN dah boleh diterimapakai.

Tapi lagi best kalau OREN digunakan dalam Buletin Utama. "Datuk Seri Najib Tun Razak merasa OREN dengan sambutan yang diterimanya sekitar lawatan beliau ke South Sudan bersempena dengan deklarasi kemerdekaan negara baru itu."

Atau OREN digunakan untuk slogan PKR yang macam tiru slogan kerajaan tu, "Demi OREN."

Atau mungkin digunakan dalam iklan Honda, "The power of OREN."

Atau suddenly Dato' Siti terfikir nak tukar nama produk kecantikannya menjadi SimplyOREN.

Korang rasa ada possibility tak OREN akan dimasukkan dalam Kamus Dewan?

Anyway untuk korang yang still tak tau lagi apa makna OREN ni, korang boleh klik sini untuk definisinya.

AKUBUKANSUPERMAN: Jom promotekan OREN dalam blog korang. Tinggalkan link so that aku boleh tengok. Sewonoknyer!!!

July 12, 2011

Kadang kadang


Kadang-kadang orang kata kita ni memandai-mandai sedangkan memang kita tau benda yang kita cakapkan tu. Tapi kalau suatu hari tu benda yang kita cakap tu terbukti betul, diorang akhirnya sedar, tapi maintain tak nak terima kenyataan kita sebenarnya betul.

Tu kerugian diorang sebab tak nak dengar...

Kadang-kadang orang tak faham intention kita. Kata kita saja nak menyusahkan orang lain. Walhal kita buat benda tu untuk kesenangan diorang jugak.

Tu kerugian diorang sebab tak nak faham...

Kadang-kadang orang tak peduli kita terasa atau tak dengan tindakan diorang sebab kita ni tak pernah pun penting dalam hidup diorang. Tapi bila one day kita jadi lebih berjaya dari diorang, time tu la baru nak member-member. Baru nak kamceng-kamceng.

Tu kerugian diorang sebab tak nak hargai orang lain...

Kadang-kadang kita tak nak hargai apa yang kita dah dapat sedangkan orang lain kat luar sana saling berbunuhan nak dapat apa yang kita dapat. Gadai maruah segala.

Tu kerugian kita sebenarnya sebab kita tak nak nampak...

Ok I should stop right here before you guys fikir aku ni nak sebarkan agenda orang lain yang merasa OREN dengan KUNING dan MERAH.

AKUBUKANSUPERMAN: Entry melankoli ini sekadar cerita dongeng jer yer kawan. Aku ok jer...

July 11, 2011

Kantoi


We are no saint. So once in a while kita akan buat silap. Cuma yang membezakan antara kita dengan makhluk bertanduk tu ialah kita boleh belajar dari kesilapan dan boleh bertekad tak buat lagi.

Tapi kan, benda yang salah ni la yang sedap nak buat betul tak? I guess dari situ la orang dapat term GUILTY PLEASURE.

The pleasure of being guilty...

So I can't blame those sinners.

So what is my point?

My point is, kalau nak buat jahat tu jangan la sampai terkantoi.

Nescaya akan OREN kalau nanti kantoi.

Sekian terima kasih.

AKUBUKANSUPERMAN: Jom buat jahat

July 10, 2011

Our mellow moment


I always been someone who know how powerful a king can be. But nowadays not that many people think the same way like I do.

When I was young I enjoyed watching bangsawan melayu. In fact the whole family did especially that of the late Tan Sri P. Ramlee. That was when I learnt the king is the leader and his daulat is something to be reckoned with.

I still believe in that as I grow older and wiser, not like some people.

The first time I set foot in semenanjung, which was in Shah Alam back then, I asked my companion, "Do I need to see the sultan for coming here?"

"What are you? Like the Queen Mother of England or something?" he replied.

Of course I was naive as I don't live in a state with a king as a ruler. And yes I was too young to think that I was obliged to see the king for I wish to roam his territory in peace. But that doesn't mean I am wrong about the power of a king.

This is supposedly a funny story but with all that is happening now, I rather not laugh.

Where are we going from here? After marching down the street in yellow and shout reformation? Whats the point? What are we getting?

None!

Oh by the way, those who wore red whom was led by that low life monkey is equally stupid.

Enough said.

AKUBUKANSUPERMAN: I'm not on either side

July 7, 2011

Calon bini

Every time kalau makcik-makcik kepohchi aku tanya kenapa tak kawin lagi, aku akan jawab, "Tak ada calon lagi. Tolong carikan la..."

Tu pun kalau aku ada mood nak bermuka-muka. Kalau tak, aku bo layan jer.

Korek idong sambil nganga...

Tapi kalau nak difikirkan, aku tak pernah senarai-panjangkan apa kriteria yang aku cari kalau aku nak cari bini.

Berikut adalah perinciannya:

1. Kena pandai masak. Orang kata hati suami tu sebenarnya letak kat perut. Bini yang bijak akan tawan hati suaminya dengan masakan.

2. Kena hormat mak bapak. Aku tak kisah kalau dia jenis yang 'YO BROTHER' dengan bapak dia. Tapi kena la tau mana hadnya. Aku pernah nampak sorang anak ni suapkan maknya masa makan kat food court. Sejuk hati aku tengok.

3. Kena pandai dengan budak-budak. Aku tak biasa dengan budak. Tak pandai aku nak cakap bubbly atau manja-manja. So bini aku kena la amik peranan manja-manja dengan anak-anak aku nanti. "Daddy bagi duit belanja je. Nak manja-manja pergi kat mummy!"

4. Kena pandai jaga badan. I marry you cos I adore you and your body. Tak syok le lepas kawin bini tak jaga badan. Alasan... "Alah, mak dah berlaki nok. Buat apa nak jaga body. Bukannya mak nak cari lain." I'll say, "Kalau you tak start jaga body, I akan cari lain uols!" *sambil petik-petik jari

5. Kena faham belanjawan. Lain la kalau aku buat kilang duit. My ayah don't carry a Datuk in his name. The only Datuk he got is his grandfather.

6. Kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan atau dalam linggo KL, FLEXIBLE. Keutamaan akan diberikan kepada gymnast-gymnast negara. Wakakaka!

7. Last sekali, kena pandai jaga hati aku. Walaupun aku ni nampak garang, tapi dalam hati ada taman.

Tapi bak kata orang, beggars can't be choosers.

Aku redha seadanya...

AKUBUKANSUPERMAN: Ada siapa berminat?

July 5, 2011

Offer BAIK punya

First of all allow me to thank you guys yang dah follow AKUBUKANSUPERMAN. Dah bertambah-tambah dah pengikut aku tengok. I can't thank you enough. *posing sinchan

Moving on...

Sepanjang 15 tahun aku hidup (chuckle), aku tak pernah actually jejak ke town Sandakan. Banyak yang aku dengar pasal grooviness bandar ni dengan unsur art deko nya yang melambak.

Tak tau apa tu art deko?

Bayangkan Concorde Hotel KL.

Anyway, last weekend aku kat Sandakan untuk visit trip aku. Besar jugak. Dengan jakunnya aku terus ronda-ronda lepas check-in.

Destinasi?

Sandakan Bay.

On the way ke SB, aku singgah kat convenience store, membeli gula-gula barang sebijik dua untuk dinyonyot. Dengan tiba-tibanya aku terasa ada tangan yang meraba belakang, bergerak perlahan-lahan ke bahu dan last sekali ke lengan aku.

It was amazing yang aku actually let the tangan do all that without a slight detestation. Aku membayangkan orang yang meraba aku tu berwajah Fasha Sandha atau at least Sharon Stone.

Walhal?

Ayam berwajah bisa yang tersengih dan berkata, "Abang hensem mahu servis?"

Tak tau samada aku nak rasa OREN atau teruja dengan offer tu.

Tapi dia kata aku hensem dowh!

AKUBUKANSUPERMAN: Of cos aku kata no sebab aku budak baik *sambil duduk bersimpuh dan menunduk malu

July 3, 2011

I am a PILOT... Sort of...

Dari kecik memang aku gila dengan kapal terbang. Tapi tak pernah plak aku masuk wad sakit jiwa disebabkan kegilaan aku ni. Aku jugak pernah menyimpan cita-cita nak jadi encik pilot. Tapi apakan daya.

Aku rabun ayam...

Tapi tu tak pernah buatkan aku rasa OREN sebab aku gila benci turbulence dan aku suka keje aku sekarang. Kerja visit estate orang tak payah bertarung turbulence. Rujuk story kebencian aku terhadap turbulence kat sini, sini dan sini.

Ngeee...

Tapi tipu la kan (nye pun adoi) kalau aku cakap yang aku tak pernah terdetik hati nak merasa jadi encik pilot kalau aku diberi peluang.


So semalam aku berpeluang untuk merasai semua tu. Thanks to OXBOLD yang dah menyediakan pakej One Day Pilot yang tujuannya memberi peluang kepada orang-orang yang SEDIH dan kuat berangan macam aku.

The whole programme took me approximately 20 minutes. Dalam tempoh tu aku didedahkan dengan prosedur penerbangan ringkas macam take-off, landing dan radiotelephony. Dan yang paling penting, aku berpeluang 'menerbangkan' Cessna tu sendiri. Tapi aku terus surrender lepas 2 minit sebab tiba-tiba Cessna tu dilambung turbulence.

Nasib baik aku tak jerit suara kepit.

Oh yer, I bawak Cessna tu betul-betul depan KLCC.

Korang rasa OREN tak?

AKUBUKANSUPERMAN: It was somehow the best 20 minutes of my life...

July 1, 2011

Tetek dan FB


Aku nak tanya, berapa kerat kawan korang dalam FB?

10?

50?

200?

Atau 2 juta?

Apa rahsianya dapat kawan sampai 2 juta? Mungkin apa yang aku akan sampaikan sini akan bagi korang idea.

Sejak dua menjak ni aku perasan makin ramai yang tunjuk tetek kat FB. Memang le cantik kan. Kalau tak cantik orang tak akan klik dan befriend. Tapi kalau dah terlalu banyak tu, makin menyemak plak aku tengok tetek-tetek tu.

Kenapa ek?

Kawan FB aku cuma 100 lebih jer sebab aku letak gambar muka kucing aku kat profile.

Apakah aku perlu menetek untuk dapat lebih ramai kawan?

Mungkin aku perlu tayang tetek untuk dapat lebih ramai follower kot?

Wawawawa...

JIJIK!

AKUBUKANSUPERMAN: Aku maju dalam acuan sendiri...

Lip gloss

Ayah aku paling tak suka kalau anak lelakinya buat benda-benda yang girly. Mesti akan kena barang sedas-dua. Ayat-ayat yang dibekalkan agak pedas jugak.

Cukup untuk bekalan dua keturunan.

Sebagai lelaki comel dan metro (so I was told), aku terdedah dengan benda-benda macam minyak wangi, oil blotting sheets dan lip gloss. Pun begitu, aku tak akan buat semua tu kat depan dia. Hormat punya pasal.

Tapi one day, entah macamana aku boleh terpakai lip gloss kat depan dia. Aiseymen... berdesing jugak telinga aku kena tiau.

Lesson learnt.

A few years after that, ayah aku berpeluang mengerjakan haji. Syukur aku sebab akhirnya dapat jugak dia jejakkan kaki ke tanah suci. He's been talking about it since as long as I can remember lah.

As it was an important family affair, the whole extended family were at the airport when he came back. I was there too. But to my surprise, I saw my ayah were fixing a lip gloss... on his lips (where else!) when he finally appeared at the arrival hall.

Kantoi!

"Ni pakai lip gloss ni nak jadi perempuan eh?" I asked. Sungguh durhaka soalan aku. I know I know. Supposedly aku tanya how is he doing, or how was the flight. But I can't help myself to take advantage of that kantoi-ness.

"Err tanah suci cuaca kering..." He replied.

"I know. Sorry ayah. Was so unappropriate of me."

"It's ok son."

"Welcome home ayah..."

AKUBUKANSUPERMAN: I love my ayah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...