AKUBUKANSUPERMAN

June 24, 2011

Overdressed kah?


To me, overdressed is like Gaga-overdressed. Or maybe Jaafar-Onn-like dalam rancangan memasak Jaguh Kampung tu.

So as long as I don't stuck high heels on my head or wear crazy floral shirt that shouts I-AM-GAY-AND-YOU-CAN'T-DO-ANYTHING-ABOUT-IT to office, I am still on the safe side.

But some people just don't understand that.

Bila pakai lawa sikit, diorang akan kata yang aku ni patut duduk kat CEO office. Kata aku nak lawan boss.

Apo?

There is a saying that quoted, "To be a successful person, you should dress like a successful person."

Then again if you want to be like Jaafar Onn, you don't have to wear like him lah.

Faham tak?

Paling aku tak boleh blah bila diorang kata, "Dia dulu keje ladang jer. Pakai cabuk jer. Now dah pindah HQ, dia jadi jakun la."

Ish ish ish. Sungguh jahat mereka itu.

Deep inside, I felt sorry for them.

... Of them and their fashion sense...

AKUBUKANSUPERMAN: Kalau awak pakai kain langsir ke office, don't talk about style with me ok sayang.

Huhu...


Huhu...

Sedih aku.

AKUBUKANSUPERMAN: Orang kata tu doa

June 23, 2011

Perihal nombor pendaftaran kereta

Suatu masa dulu, masa aku muda-muda la, aku pernah ternampak kereta Tiara Jacquelina parking kat Istana Budaya. Masa tu tengah hot tayangan R. Ramlee the musical.

At least I was told that was Tiara's car le.

Nombor pendaftaran TJ999... rasanya la.

Tapi memang TJ.

Kan best kalau aku pun ada nombor pendaftaran kereta dengan personal initial macam tu?

Biar unik...

Baru handsome...

"Negeri mana ek yang pakai nombor pendaftaran yang start dengan H? Aku nak daftarkan HW la..." Aku tanya kawan aku. Dia gelak jer.

Dia kata, "Kau bawak teksi ajer la. Boleh dapat nombor pendaftaran HW."

Terus aku rasa OREN dengan statement tu...

Macam tu la kawan.

Dengki...


AKUBUKANSUPERMAN: Suka tengok rancangan kuiz teksi Bob Lokman...

June 22, 2011

Aku, saya dan I

Hello!!! *sambil posing Sinchan

Dah lama tak bersiaran. Rindu aku tak?

Sebagai jejaka idaman mertua yang comel, sopan santun dan berbudi bahasa, aku suka membahasakan aku sebagai I kalau bercakap, walaupun kat sini aku tulis sebagai aku.

... sebab aku menulis, bukannya bercakap.

Faham tak?

At times, aku pakai SAYA. Tu pun kalau aku tiba-tiba rasa macam nak jadi belia. *sambil menunding ibu jari dan duduk bersimpuh.

Begitu...

Kenapa aku tak pakai AKU?

Bagi aku, AKU tu agak kasar. Seriau aku kalau orang ber-aku-engkau dengan aku. Bunyi macam nak gaduh jer. Aku akan rasa janggal kalau orang tu ber-aku-engkau dengan aku, sedangkan aku ber-I-I dan ber-you-you dengan dia. Dah jadi macam terhegeh-hegeh dah aku dibuatnya.

So untuk mengelakkan aku merasa OREN, aku akan cuba elakkan penggunaan ganti nama diri dalam perbualan.

Contoh...

"Kau pergi keje naik tren ker?"

Menjadi...

"Pergi keje naik tren ek?" *sambil pintal-pintal rambut

Atau...

"Aku rasa engkau kena submit benda ni cepat. Kalau tak, kau akan rasa OREN kalau kau kena marah dengan boss."

Menjadi...

"Rasanya benda ni kena di submit cepat. Kalau tak OREN nanti."

Kadang-kadang tu menjadi le jugak. Tapi kalau dah kucar-kacir, aku speaking LONDON jer.

Well, you know what I mean.

AKUBUKANSUPERMAN: Walaupun aku ni sopan, aku tak akan pakai AWAK dalam perbualan aku. RIMAS!!!

June 12, 2011

Kenapa?

Selalu tak korang nampak budak-budak pakai songkok or tudung, beroperasi kat stesen-stesen minyak, bawak some sort of resits dan minta sumbangan? Tapi pernah tak korang nampak diorang ni beroperasi kat masjid or surau-surau?

Aku ni memang jarang nak ke masjid or surau, tapi seingat aku tak pernah plak aku nampak.

Ironik tak?

Sedih ok aku tengok budak-budak ni. Dalam umur-umur yang semuda tu, elok kalau diorang gi kelas tuition ker, kelas karate ker, kelas golf ker.

Korang rasa siapa yang silap kat sini?

Jabatan agama Islam negeri kah?

Jabatan kebajikan masyarakat kah?

Atau individu yang cetek fikiranya yang nak cari jalan mudah untuk dapatkan dana?

Kenapa jabatan-jabatan ni tak nak ambil tindakan untuk memantau pergerakan rumah-rumah kebajikan ni? Kenapa sampai ke tahap terpaksa menggunakan tenaga budak-budak ni untuk meraih sumbangan kat tempat yang aku rasa sangat salah?

Atau mungkin orang kita tak cukup prihatin untuk membantu rumah-rumah kebajikan ni sampai diorang terpaksa menggunakan kaedah ni?

Aku rasa banyak lagi cara lain yang lebih 'mulia' untuk mendapatkan sumbangan. Deep inside aku rasa sedikit malu dengan kedangkalan akal sesetengah pemimpin yang sepatutnya membela nasib anak-anak muda ni.

AKUBUKANSUPERMAN: Agak berat isu kali ni. Tapi aku tergaru nak komen...

June 8, 2011

Aku dah tua; postlude

Pejam celik pejam dan celik balik, rupanya dah cecah 30 umur aku. Dah tak bergetah macam dulu dah.

Menggelebeh sana sini.

Tapi jiwa aku tetap muda.

Aku ingat esok nak pakai baju Gaban gi office.

Jiwa muda kan? *Posing Sinchan

Anyway berikut adalah a few pictures yang kurang tak senonoh bersempena dengan sambutan harijadi aku last month. Tak pernah orang surprisekan aku dengan kek sambil nyanyi lagu harijadi dowh.

Nampak sangat aku ni tak popular.

AKUBUKANSUPERMAN: 30 and proud! (sebenarnya rasa OREN)



June 7, 2011

Email lama


Dah lama tak update naa? Korang rindu aku tak?

Anyway pagi tadi aku membuang tebiat dengan membuang email-email lama since aku muda bergetah dulu. Sajer nak clear inbox sebab aku dah agak lama tak bukak email yang satu ni. 

Email aku bersepah.

Aku lupa password.

Bengap punya pasal.

Dalam banyak-banyak email yang aku buang tu, aku terbaca email-email lama antara aku dengan scandal-scandal aku. Pergh aku rasa macam becak balik dowh. Merembes luar kawalan dengan ayat-ayat kuntum yang aku karang. Tak sangka aku agak buaya jugak.

Kemain lagi...

Dalam tak sedar tu aku dapat menyimpulkan satu konklusi yang mana bila dah lama bercinta everything will slowly fall apart. nampak la semua celanya couple kita tu. Time tu la nak banding-bandingkan dia dengan masa mula-mula bercinta dulu.

"Dulu awak macho. La ni awak hanco."

"Dulu kentut I pun awak kata wangi."

Pijak semut confirm tak mati.

Sekarang ni tak pijak pun semut tu akan mati.

Penyek.

Mampus.

So bila dah jadi cam tu, sedikit inspirasi dari benda-benda nostalgik (macam email-email meleleh) mungkin boleh mengurangkan keruh hubungan tu.

AKUBUKANSUPERMAN: I miss that moment when you came from underneath my blankie and said "good morning love"... *weep

June 1, 2011

TBB dan JK

Maknanya TAK BOLEH BLAH!

Apa korang rasa kalau korang tiba-tiba orang yang korang tak kenal hantar jemputan untuk mengundi diorang sebagai penulis blog fames untuk satu online award yang you know what?

Bukan sekali...

Tapi berkali-kali yer kawan-kawan.

Rasa OREN tak?

I will vote you if my mom knows you atau isi blog engkau yang memang terbukti gempak best. Ni alih-alih entry lirik lagu yang engkau copy paste dari Google dan tunjuk gambar cam-whore engkau dalam pelbagai posisi.

Sedih!

Kalau aku la, I will just accept the fact that I am not that famous.

Get a life and stop harassing people with your silly invites.

That award is for a much deserving blogger.

AKUBUKANSUPERMAN: JK = Jiwa Kacau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...