May 29, 2011

3 series


Nak dijadikan cerita, dulu aku pernah makan biskut mengikut bilangan umur aku. I was 16. Halfway through, masa makan biskut yang ke 8, aku rasa macam muak sebab aku rasa dah makan banyak and yet ada banyak lagi yang tak makan.

Then I started to think...

"Wow I am old."

Yesterday I've reached the age of 30, another different place in the all-too-biasa state-your-age column dalam mana-mana borang kita akan isi.

I now ancient!

Anyway nothing that I can do about it. Sekarang ni tak boleh la nak main-main macam dulu-dulu. Or I will like rasa OREN-ner when I'm 50!

AKUBUKANSUPERMAN: Bila aku nak kawin?

May 27, 2011

Awak...


Awak. Awak nak tau tak? The best thing that ever happened to me selepas saya di pindahkan ke KL, apart from my daily train ride is you awak. Gila minat saya kat awak. Hari-hari on the way ke tempat kerja saya akan singgah kat Cold Storage KLCC, semata-mata nak berjumpa dengan awak.

Awak comel, wangi, kulit kuning langsat...

Siapa-siapa jer yang tengok mesti akan tergoda awak.

Siyes!

Tapi kan awak, beberapa minggu lepas, saya perasan yang awak tak ada kat tempat biasa awak. Terkial-kial jugak saya mencari awak. Mana la tau awak dipindahkan ke tempat lain. Saya pergi tanya kat kakak sales-person yang biasa tu, dia kata awak dah tak ada. Tak pulak dia cakap kenapa.

Terus saya rasa OREN awak. Saya rasa OREN sebab awak tinggalkan saya macam tu jer. Bukannya awak nak tepon saya pun. Paling-paling hantar la sms kat saya. Time tu, tuhan jer yang tau hati dan perasaan saya. Awak kejam...

Now dah sebulan lebih saya tak jumpa awak. Makan tak nyenyak, tido tak basah saya dibuatnya. Selalu jugak saya bermimpi pergi bercuti dengan awak ke New York, berkelah kat Pangkor Laut, bermain layang-layang kat Gombak, jatuh guling-guling kat Broga Hill dan menonton wayang kat The Gardens. Kadang-kadang saya akan memanggil-manggil nama awak dalam tido.

Disebabkan rindu yang teramat sangat, pagi tadi saya decided nak singgah kat Cold Storage tu, tempat saya mula-mula jumpa dengan awak dulu. Tapi dengan unsangkarablenya saya ternampak awak, kat tempat biasa. Saya happy sangat awak. Tak pernah saya rasa happy macam tu. Tak sangka saya akan jumpa lagi dengan awak.

Awak makin comel, makin wangi, walaupun kulit awak still kuning langsat. Rasa cinta terus berputik macam masa kita mula-mula jumpa dulu.

Awak... awak jangan tinggalkan saya lagi tau. 

Awak jahat tapi saya sayang awak.


Yang benar,

Saya yang mencintai Wanton.

May 24, 2011

Cerita Hong Kong dan taman tema ngeri

Tau tak Hong Kong tu letak kat mana?

Yang pastinya bukan kat Puchong yer kawan.

13 Mei lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke Hong Kong. Trip aku bermula dari KL dan transit ke Singapura before fly ke Hong Kong naik Singapore Airlines. Definitely an upgrade dari experience aku naik Batavia Air dulu. Those Singapore Girls in their tight Sarong Kebaya really are an aye-pleaser.

Rasa macam nak tapau sorang dua balik rumah jer.

Quota pun katanya 4 kan?


Banyak tempat yang aku pergi. Just to name a few, aku pergi ke Ocean Park, Lady's market, Victoria Habour dan The Peak. Memang tak akan cukup masa nak lawat semua, but Hong Kong is blessed with impressive public transportation. Beli jer Octopus card sewaktu ketibaan, and you're good to explore. Octopus card tu sama la macam kad Touch N Go kita.

Jangan tanya aku kenapa namanya Octopus. Aku tak tau...

Untuk korang yang baru merancang nak pergi, aku cuma nak nasihatkan satu benda jer. Jangan pergi ke Ocean Park dan naik menatang kapal bergoyang macam kat picture bawah ni. I wonder why do they need to have that scary thing in a supposedly HAPPY park in a first place. Aku rasa macam death sentence jer naik benda tu.


Taubat aku tak naik lagi...

Oh lagi satu, bawak duit banyak sikit sebab makan kat sana mahal. Harga semangkuk mee sama macam harga rumah!

Tak yah ceciter panjang-panjang naa. Jom tengok gambar. Semua gambar berikut disnap-snap menggunakan iPhone 4. Cantik kan?


Rasa OREN tak?

AKUBUKANSUPERMAN我愛香港... maknanya aku suka makan nasi. Ngeee...

May 23, 2011

Hidneyography


Baru-baru ni, aku beli iPhone 4 dowh! *posing Sinchan

Rasa OREN tak?

Aku suka giler iPhone 4 tu sebab kemampuannya untuk menangkap picture yang berkualiti DSLR. Ditambah lagi dengan pelbagai application yang aku boleh di download dari internet untuk menambahbaik kualiti gambar yang aku amik.

So to celebrate all the pictures yang aku dah amik pakai iPhone 4 aku tu, aku wujudkan hidneyography. Kat situ aku boleh expresskan photography creativity aku. Nak simpan-simpan buat apa pun kan nyer pun? *Kalau takut dilambung ombak, serahkan anak perempuanmu kepada ku, jangan berumah ditepi pantai!

Tapi tu tak bermakna aku dah tak sayangkan AKUBUKANSUPERMAN. Tanpa blog ni korang tak akan tau apa tu rasa OREN kan?

Betul tak?

Ada member yang pernah suruh aku banyakkan picture dan kurangkan perkataan. Hidneyography is all about that. You know what they say about picture speaks a thousand words right?

Kat situ jugak aku akan bagi a few tips pasal macamana korang boleh edit gambar-gambar yang korang amik dengan application iPhone 4. Untuk korang yang dah ada iPhone 4 tu, korang boleh le try tips aku tu. Aku bukan le pandai sangat pun. Boleh le kalau takat nak buat Bob Ku2 tu kurus macam Saiful Apek.

Untuk korang yang tak ada iPhone 4 plak, korang boleh le post komen-komen korang. Tapi aku rasa lagi molek kalau korang beli sebijik iPhone 4 tu. Boleh kita berjimba together-gether.

Cepat beli sekarang!!!

So dengan humble nya aku nak jemput korang klik kat link chomel kat sebelah ni untuk ke hidneyography walaupun korang tak ada iPhone 4. Lagi ramai lagi bagus. Boleh aku masuk pertandingan blog popular tahun depan.

Anyway, dalam entry yang berikutnya, aku akan ceritakan pasal pengembaraan aku di Hong Kong. Tunggu...

AKUBUKANSUPERMAN: Bye bye Blackberry boo...

May 18, 2011

Cikgu

“Hidney, stand up and read out loud paragraph three,” arah Madam Angela.

Ah sudah, aku start kalut macam kucing mati anak. Korang boleh suruh aku berdiri atas meja sambil tarik telinga atau suruh aku berdiri kat sudut bilik kelas, aku akan buat.

No hal punya.

Tapi jangan suruh baca nyaring atau bercakap depan kelas. Memang aku akan panik sebab aku ni maha pemalu.

Dulu la...

“Hidney!” Madam Angela menjerit.

Aku berdiri dan mengangkat buku rapat-rapat kat muka. Mulut aku terkumat-kumit, tapi suara aku tak kedengaran.

“Louder Hidney!” Madam Angela bertempik lagi. 

Tanganku menggigil. 

Bukan sebab aku sejuk, tapi aku gementar. Member sekelas aku dah start sengih-sengih, tau sangat perangai aku yang satu tu. Aku tak pernah confident nak bercakap depan orang banyak. Mungkin sebab aku tak lawa.

Lain la kalau aku ni ada rupa macam Prince William...

Apa-apa pun, aku tetap bersyukur sebab aku sampai ke tahap sekarang atas sumbangan cikgu-cikgu aku dulu yang mengajar aku. Mungkin ada diantara diorang yang tak suka aku (sebab aku sangat pasif), tapi aku tak pernah rasa OREN.

Sebab aku sayang cikgu-cikgu aku.

Selamat hari cikgu, cikgu...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pernah dipaksa baca sajak sempena hari guru…

May 5, 2011

There was one time...

There was one time when I asked, "What is that thing on your lips?" We both knew it was a mole and that was the day we both became best friend.

There was one time in art class. You drew Ziana Zain's face and I had my best laugh. You were funny and everyone knew that well.

There was one time when your dad bought you a mountain bike, I asked the same from my dad but I never had mine. You've gladly shared your new bike with me and I had a blast.

There was one time when they opened the first fast food outlet in our small town and we went there to savor the food. We had to share one small burger as we only have RM1.00 in hand. It was a plain burger but we were satisfied.

There was one time when we were on our first day in university. We promised each other we will study hard and graduated with flying colors. But you had to leave and wrote me a letter. I somehow missed your presence but your letter made me feel that I will never lost you.

There was one time when you told me you will marry the love of your life. You were so happy and you knew I was happy for you too. It was a glorious wedding and you looked stunning in your golde suit.

There was one time when I visited you when you were sick. You were in pain and can't hardly speak and I can't barely contained my tears. You took your meds well and you came back stronger.

There was one time when you told me that you'll be a daddy and I told you that you'll be a super great daddy. You were so happy that you can't stop talking about it.

There was one time when I received a call saying that you were no longer here and I knew exactly what it really mean. I had to cry as I'll never get to see you again. I'm sorry I can't be there when you might need me and for that I can't forgive myself. I'm so sorry...


You were a good man, a loving brother and a passionate companion. Above all, you were my best friend. Rest in peace now my dear.

I miss you...

Abdul Hamid Mohammad
1981-2011

May 4, 2011

Cantik or canteek?


CANTIK...

Masing-masing ada definisi sendiri. Lain orang lain taste. Kadang-kadang orang kata yang CANTIK tu macam Kate Middleton. Ada yang kata CANTIK tu macam Jihan Maharaja Lawak. Apa-apa pun masing-masing ada pendapat sendiri. Konsepnya, lain padang lain belalang yer kawan.

Bagi aku, Kate or Jihan, dua-dua pun CANTIK. Tapi tak tau la pulak yang mana lagi CANTIK hatinya kan?

Macamana pulak dengan CANTEEK ni?

Apa bezanya CANTIK dan CANTEEK?

Meh sini aku nak story.

Walaupun cara sebutannya sama, tapi perbezaannya letak pada harakat dan tasykilnya. Sebagai contoh, cuba korang baca dua dialog kat bawah ni kuat-kuat.

Ayat 1: "Fulamak awek tu. CANTIK nyer!"

Dan...

Ayat 2: "Kau rasa kau CANTEEK?"

Korang nampak tak perbezaannya? Lagi best kalau korang baca ayat nombor 2 dengan meletakkan tangan korang ke dada dan mata melihat ke atas.

Contoh lain yang menunjukkan perbezaan CANTIK dan CANTEEK...

Sorang awek, dalam tren, pakai baju kurung kuning Kamdar, rambut pendek dengan pin rambut Pokemon. Berdiri dengan sopan dan malu-malu bila dia perasan korang curi-curi pandang kat dia. Sesekali dia menjeling. CANTIK ok tu. Sangat sesuai kalau korang bawa balik jumpa mak ayah untuk dijadikan bini dan dapatkan cukup zuriat untuk buat satu team bola.

Cuba bezakan dengan situasi ni plak. Seorang awek dengan BFFnya, bergurau senda dalam tren, terkinja-kinja macam cimpanzi, pakai baju Monique Lhuillier, rambut panjang berkilat macam kat iklan syampu tu dan gelak lagi besar bila dia perasan yang korang curi-curi pandang kat dia. Bagi aku tu adalah CANTEEK-lah sangat. *sambil meletakkan tangan di dada dan mata melihat ke atas

Apa-apa pun, macam yang aku cakap tadi la. Cantik tu letak kat mata masing-masing. Tapi biarlah cantik luaran dan dalaman. Muka macam runway model tapi hati macam hantu Kak Limah pun tak guna jugak.

Selamat beramal...

AKUBUKANSUPERMAN: Faham tak?

May 2, 2011

Cakap siang pandang-pandang

Pernah tak korang dalam situasi seperti yang berikut...

Korang tengah dinner masa waktu puncak kat Sushi King Sunway Pyramid, dekat bar jer, sebab semua private cubicle dah penuh. Waktu puncak kan? Mesti la orang ramai.

Tiba-tiba...

"Kring kring..." Blackberry korang berbunyi. Dihujung talian ialah member korang yang sangat rapat dan korang akan kongsikan semuanya dengan kawan korang tu, well of course seluar dalam bukanlah sebahagian darinya.

Korang pun story dan meluah rasa, masalah korang yang korang tak akan cakap kat siapa-siapa waima mak korang sekali pun. Korang bercakap dalam bahasa Sarawak tanpa memperdulikan customer sebelah menyebelah sebab korang anggap diorang tak akan faham apa yang korang cakap.

Mana la orang KL faham cakap Sarawak kan?

Korang terus meluahkan rasa. Sesekali tangan korang naik turun macam Karam Sigh Walia selalu buat. 

Korang rasa macam ringan dari masalah yang korang tanggung lepas korang selesai berstory. Korang sambung balik makan dan acted seperti tiada apa yang berlaku.

Tiba-tiba tepon customer sebelah berbunyi, ringtone Justin Bieber.

Jeng jeng jeng...

Customer tu cakap Sarawak, dengan lancarnya. Sesekali menoleh ke arah korang.

Korang rasa OREN dan tak tau nak sembunyikan muka korang kat mana.

Pernah tak?

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...