AKUBUKANSUPERMAN

April 30, 2011

Cerita visit dan lokomotif

Minggu lepas aku buat observation visit kat ladang kitorang kat Mukah and I was informed yang ladang tu adalah satu-satunya ladang kitorang yang ada servis lokomotif untuk mengangkut buah-buah sawit ke kilang.

Interesting yes?

I bet it is...


Aku berpeluang untuk merasai experience menaiki lokomotif tu dan pusing keliling ladang dengan diiringi oleh dayang-dayang dan inang-inang yang sentiasa bersedia untuk melayani kerenah aku yang kadang-kadang agak keterlaluan.

Sebelum perjalanan dimulakan, seorang wakil ladang membuat safety announcement macam yang kita tengok dalam flight tu. For a second I thought it was funny and a bit pretentious, but hey, who am I to question the importance of safety kan?


After all, I was there to observe their safety and such.

"Penggunaan telefon bimbit dibenarkan tak? Tak mengganggu sistem lokomotif ker?" Aku sekadar bertanya.

But of course I got laugh for my answer...

AKUBUKANSUPERMAN: Seronots!!!

April 29, 2011

The blue blood and the not


Today all eyes will be fixed on the tv set, witnessing Prince Will marrying Kate who no longer wait. For the past few days, series of documentaries were showed, exhibiting their glamorous life while depicting ours are not.

Anyway congrats Kate for making it. I bet every single ladies out there are crying, hoping that they were in Kate's shoes.

Long live the Queen Mother *tetiber

AKUBUKANSUPERMAN: We should declare 29th April as the OREN day...

April 26, 2011

Gaduh


Kalau di Kelantan phrase 'nak gaduh' bermaksud 'nak cepat'. Tapi di tempat lain ianya dilihat, definitely and figuratively sebagai nak cari pasal atau nak buat hal.

Tarik-tarik rambut sambil berpukulan dengan kasut tumit di dalam kolam renang is a very good example to this.

Banyak benda yang boleh menyebabkan pergaduhan berlaku. Berebut jantan, anak ikan dan member celah bedah adalah faktor yang dilihat sebagai amat biasa berlaku dikalangan anak-anak muda yang melodramatic alaf ini.

Well sorta... 

Apa-apa pun, kalau nak gaduh pun, biar ada sebab yang berasas. Jangan disebabkan benda remeh jer, terus nak bako rumah member tu dan ratakan lotnya buat tanam cili.

Tak salah kalau mengalah dalam pergaduhan. Memang le geram sebab ego tinggi menggunung. Mengalah tak bermakna kita akan kalah. Mengalah bermakna kita lebih matang menilai mana yang berbaloi untuk di gaduhkan dengan yang membazir masa dan tenaga.

Err aku rasa aku perlu stop kat sini sebab aku rasa entry kali ni sangat belia.

Seram!

AKUBUKANSUPERMAN: Tak elok gaduh-gaduh ni. Tuhan marah!

April 25, 2011

Story belacan

Siapa suka sambal belacan angkat tangan!

Well untuk individu kat luar tu yang baru merancang nak tackle aku dan menyimpan impian nak ajak aku dating, ni aku nak bagi satu tip.

Meh dok rapat-rapat...

Aku ni hantu sambal belacan.

Bukan hantu yang mengilai dan terbang dari pokok ke pokok tu lah! Aku ni suka gila makan sambal belacan. Lagi pedas lagi bagus. Lebih syiok kalau makan dengan nasik panas.

Perrgghh terangkat dowh!!!


Anyway, ahad lepas aku balik ke kampung halaman aku di Mukah. You can Google-Map kat mana tempat yang nama Mukah tu, tapi aku doubt it yang korang boleh cari rumah aku hahaha!

Biasanya kalau aku balik kampung bercuti, aku akan bangkit tido lewat. Sebabnya aku seronok tido kat kampung. Tambah lagi rumah parents aku letaknya kat tepi pantai. 

Tapi pagi tu aku tak senang tido sebab ayah aku bising menumbuk belacan kat luar rumah.

Yes people, we make our own belacan. Fresh from South China Sea into our kuali and onto our nasi. I tell you, no belacan in this world can beat our belacan. Well of course kesedapan hakiki tu di enhance-kan lagi dengan ramuan rahsia keluarga aku. 

I'll tell you about the secret ingredient later.

Macam syiok plak aku tengok ayah aku menumbuk belacan tu. So aku dengan handsomenya meng-offerkan diri untuk tolong. Mula-mula rasa macam biasa-biasa jer. Tapi lepas beberapa round, tangan aku mula rasa lenguh. Rasa macam buat weight training kat gym plak. *sambil flexing biceps

I bet semua gadis Gucci dan lelaki Prada kat luar tu tak tau macamana rupa belacan ditumbuk, betul tak?

Mula-mula masukkan belacan dalam lesung penumbuk...

Kemudian tumbuklah seperti esok tiada lagi.


Tu jer.

AKUBUKANSUPERMAN: Buat belacan ni kena la penuh dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Tu la ramuan rahsianya. Rasa OREN tak?

April 22, 2011

Kougar: The review


Perkataan Kougar actually teradaptasi dari cougar, yang kalau ditafsirkan bermaksud Puma betina. Tapi penulisnya Shaz Johar secara jelas dan terang menyatakan Kougar bukanlah seekor mamalia ganas di hutan rimba, tetapi seorang wanita yang agak berusia yang menggemari lelaki yang jauh lebih muda atau dalam linggo urban... 

ANAK IKAN.

Kougar digarapkan dalam bahasa yang agak mudah untuk dihadam, tanpa perlu ada akrobatik atau silat kata yang melampau, selaras dengan matlamat penerbitan FIXI yang mahukan karya yang santai dan 'muda'. 

Untuk korang yang dah biasa dengan karya antarabangsa, yang feeling-feeling jadi member Oprah Book Club dan baru nak berjinak-jinak dengan novel tempatan tu, Kougar is your right and almost true answer.

Story bermula dengan adegan dalam komuter, aku agak mungkin KTM, membuatkannya terus dekat dihati memandangkan aku ni day in day out naik tren ke tempat keje. I can almost imagined yang si Azril tu secomel dan semacho aku dalam persalinan merah jambunya, sambil diusha-usha oleh awek-awek cun dan cougars.

Right...

Ok you can puke now.

From there, penceritaan dilanjutkan dengan kisah Rakisha atau 'aku' dengan girlfriendnya Suraya, Big Boss tua yang tak suka pekerja yang unproductive, Abang Mike yang punya dua anutan (perhaps), Emir yang sukakan fun, Kumar yang emosi, Mei Hua yang ting tong, Razif yang hipokrit, Yusri yang aku rasa adorable, rakan-rakan sekolah Rakisha yang aku rasakan kurang memberikan impak atau mungkin tidak terlalu penting, Fiqri the easy-going supir dan akhir sekali the available-35-years-old-photographer yang sanggup menunggu Rakisha selama 5 tahun, which I think ada potensi untuk disambung kisahnya.

...

Kuss semangat!

Aku rasa aku dah sinopsiskan hampir keseluruhan story, and I strongly believe I should probably stop right now. Kalau tak, hilang la surprise korang.

Oh wait till you read about plot perlarian Rakisha dari kampung ke KL.

All and all, aku rasa Kougar boleh diperbaiki lagi especially endingnya yang aku rasa agak half-baked, hanging dan agak rushing untuk ditamatkan. Atau mungkin Shaz punya rencana lain untuk Kougar 2?

We never know right?

AKUBUKANSUPERMAN: Aku khatam Kougar in just 2 days yer kawan!

April 21, 2011

Kougar

Tempohari aku berkesempatan untuk pergi ke soft launching novel Kougar oleh non other than Jejaka Anggun kita a.k.a Shaz Johar kat Annexe Gallery.

Actually aku dah kenal Shaz ni dah lama dah, cuma tak pernah jumpa face to face jer until malam soft launching tu. I'll say, the name lived up to the expectation. 

He really is one anggun guy. Siyes! 

Anyway, aku tumpang bangga for Shaz's achievement melahirkan novel sulungnya. Bukan calang-calang orang ek yang boleh buat tulis novel ni. Its the combination of tears and sweat I guess.

Bangga tu bangga jugak. Kalau tak beli senaskah, maka bangga tu tinggal omong kosong jer. So dengan bangganya aku beli la senaskah walaupun Shaz bagitau aku kalau aku beli lima naskah, aku akan dapat satu percuma.

Tempting...

Berikut adalah picture-picture yang sempat aku amik pada majlis malam tu.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku juga berpeluang untuk berkenalan dengan Zed Amir, another amazing writer

April 15, 2011

Story kandang

Apasal tajuk entry kali ni macam ni? 

Kenapa mesti kandang? 

Lama dah tak update, tiba-tiba story pasal kandang plak?

Ceciter ceciter...

Orang kata, bila kita masuk kandang kambing kita mengembek. Bila masuk kandang harimau...

Kita cabut lah!

Lagi mau tunggu kan?

Anyway, mesti korang tau apa yang aku maksudkan. Kalau tak faham gak, tekan F5 yer kawan-kawan!

Sebagai manusia yang morally sound, mulia pekerti dan bersopan santun, korang mesti tau etika-etika yang patut korang amalkan bila korang masuk rumah orang kan? 

Mula-mula kena la bagi salam atau at least say hello. Tak perlu la korang duduk bersimpuh kat muka pintu time bagi salam tu untuk membuktikan yang korang tu sopan. 

Aku tak ajar korang buat semua tu.

Bila dah dalam rumah orang tu, bercakap lah dengan lemah-lembut dan sebutir-sebutir. Kalau korang decided nak cakap lemah gemalai sambil menggoyang-goyangkan tangan macam Usop Wilcha, aku sarankan korang timbang balik. Tak sesuai! Kang tak pasal-pasal korang kena lempang dengan talam air tuan rumah.

Merasa OREN la korang lepas tu.

Walaupun korang ni serba boleh dan serba tahu, jangan plak korang buat hal nak komen kain langsir rumah tu atau kutuk sofa tuan rumah yang tak berapa nak matching dengan coffee tablenya.

Simpan apa-apa komen korang yang tak elok dalam hati jer. Jangan nak jadi bengap nak start tunjuk pandai atau berlagak superior.

Ok gurau tu gurau jugak. Siyes tetap siyes ok.

Hidup cuma sekali, pendek plak tu. Jangan biarkan orang lain pendekkan lagi umur korang tu disebabkan perangai 'macam bagus', korang tu.

Renung-renungkan...

AKUBUKANSUPERMAN: Ini bukan entry maki hamun...

April 6, 2011

Say what?

Ni kisah benar yang berlaku hari ni. Aku malu ok sampai tak tau nak letak muka aku kat mana. 

Kali ni aku tak leh pakai rasa OREN sebab kemaluan yang aku tanggung tadi was beyond OREN.

Citernya cam ni...

Tadi aku plan nak makan sihat untuk lunch. So aku pergi la menapak ke Pavilion untuk makan Subway. Badan tak tahan dowh kalau hari-hari pekena nasik campur dengan ikan keli. 

Aku dah le tak sesolid dulu. Flabby flabby dah ni...

Anyway, kalau kita makan kat tempat yang feeling-feeling mat salleh ni, kena la speaking London yer dak? Baru la syok. 

So aku pun speakinglah London walaupun aku sedar yang English aku dah tahap meraban sejak dua menjak ni.

Confident tu penting yer kawan.

Mamat Subway: Hello and welcome to Subway sir.

Aku: Ya hello. Give me Parmesan Oregano please. Menu 12 ya.

*Sebutan parmesan aku terkucil sikit tapi aku confident mamat tu tak perasan sangat sebab masa tu agak bising.

Mamat Subway: How bout the condiments sir?

Aku: Everything except for the olives.

*Nampak sangat tamak kan? Tapi aku bayar pakai duit aku per...

Mamat Subway: Sauce?

Aku: Give me mayo and KICAP please.

Mamat Subway: Mayo and what sir?

*Aisehmen aku terkucil lagi. Muka mamat tu macam tahan-tahan gelak. Tapi kali ni aku sebut kuat-kuat.

Aku: You heard me. I want mayo and KETCHUP please.

Siyes aku malu. Aku rasa macam nak sembunyi bawah meja jer lepas tu.

Tapi aku cool jer.

Confident tu kan sangat penting?

AKUBUKANSUPERMAN: You speaking London? I speaking London too...

April 4, 2011

Private jet

Pernah tak korang naik private jet, menuju ke destinasi impian, tak ada orang lain dalam jet tu kecuali korang?

Pernah tak?

Aku pernah, tempohari. Twin otter la tapi, kapal terbang berkapasiti 19 penumpang tu.

Klik sini untuk yang tak pernah nampak kapal yang namanya Twin Otter tu.

Bukan jet, tapi at least la kan...

Aku sorang jer dalam kapal tu, dengan 2 pilot dan 15 pramugari comel.

Apa korang rasa?

Ngeee...

Masa tu aku dalam perjalanan dari Lawas ke Kota Kinabalu.

Aku rasa macam Madonna dowh naik flight sorang-sorang.


AKUBUKANSUPERMAN: Nasib baik aku tak bawak sabun. Kalau tak, aku dah main buih sabun dengan pramugari-pramugari tu. Ngeee...

April 1, 2011

Orang kita

Orang kata orang kita selalu tak tepati masa. Kalau tak masakan orang sebut "janji melayu." Tapi orang kita jugak yang start pakai perumpamaan tu...

Orang kata orang kita kerek. Berapa ramai yang akan ucap terima kasih kalau ada yang tolong bukakan pintu? Kena bayar kah kalau cakap thank you?

Orang kata orang kita cepat nak berlagak. Cuba bandingkan penumpang kita dengan penumpang mat salleh yang boarding kapal terbang. Tengok muka siapa yang paling ketat?

Orang kata orang kita mudah lupa diri. Disebabkan dia pakai uniform ketat pramugari, walaupun pada dasarnya dia cuma duduk kat counter check-in jer, dia nak tunjuk glamer dan attitude.

Orang kita...

Bukan niat nak kutuk.

But yeah, truth hurts...

AKUBUKANSUPERMAN: Selamat mengundi orang-orang Sarawak. Jangan timbang-timbang. fikir bulat-bulat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...