March 30, 2011

First impression...


First impression...

Sangat penting yer kawan!

First impression tu orang akan bawa sampai bila-bila. Kalau ok, maka ok lah. Kalau tak ok, maka korang akan merasa OREN for the rest of your life.

Cuba tengok Usop Kebudayaan tu. Sampai la ni kita ingat keletah dia tu. "Siapa setuju angkat tangan..."

Ngeee...

Ok meh sini rapat-rapat aku nak story pasal cerita first impression aku.

Biasanya sebelum aku visit, aku akan buat courtesy call kepada manager yang aku nak visit untuk confirm yang aku ni nak datang. Macam biasa la kan. Kena la sopan kalau nak masuk tempat orang. Ditambah lagi dengan the fact yang aku ni memang sopan orangnya. *mendail telefon sambil duduk bersimpuh.

Mengambil kira dari faktor kesopanan aku tu, aku akan request driver estate jer yang jemput aku di hotel instead of manager. Tak mau la aku nak susahkan diorang. I’ve been a planter myself, so I know diorang tu memang banyak keje nak buat. Apa la gunanya diorang hire their drivers tu kalau tak pakai kan?

Nak dijadikan story, tempohari masa aku visit, aku dah buat pick-up appointment kat hotel pukul 8 pagi. Tapi driver tu buat hal plak. Kalau takat lambat a few minutes aku tak la kisah sangat. Aku pantang sangat kalau orang tu tak pandai tepati masa. Klik kat sini untuk bukti.

Finally selepas sejam orang tu sampai. Terkocoh-kocoh dia mintak maaf, "Sorry. Tadi terpaksa isi minyak kejap."

Huh! Too little too late! Isi minyak sampai sejam? Tersirap ok darah aku. 

Before he could said another sorry, aku dah taji dia cukup-cukup. Hasilnya driver tu diam jer sepanjang 45 minit journey dari hotel ke estate.

Once we both reached the estate’s office, driver tu terus masuk bilik manager. Nak ngadu la tu kan. Sungguh tak macho...

Sementara menunggu driver tu abis mengadu kat manager dia, aku mundar-mandir, tengok suasana office, until…

Aku ternampak carta organisasi estate.

The very person yang aku marah tadi tu is the freakin estate manager!

FREAKIN ESTATE MANAGER I say!!!

Apa korang rasa yang aku rasa?

Aku rasa OREN dowh!

Well of course aku cover line baeekk punya, "Semua orang perlu tepati masa. Tak kira la orang tu Madonna kah, Princess Diana kah."

AKUBUKANSUPERMAN: Taubat nasuha aku nak marah strangers lagi...

March 21, 2011

Hantu Kak Limah Horny Balik Rumah


Di dalam tren, koc yang paling belakang, kelihatan sepasang kekasih sedang bergurau senda, sesekali diselangi dengan aksi geletek-menggeletek dan disaksikan oleh seorang jejaka kacak lagi sopan-santun bernama Hidney. * Walaupun Hidney sangat sopan, dia tidak duduk bersimpuh di dalam tren.

Menyedari hanya tinggal tiga orang sahaja di koc tersebut, si girlfriend dengan confidentnya memberitahu si boyfriend, dalam bahasa mandarin, "Tunggu la sampai rumah nanti. I akan pastikan you tuuuut tuuuuuut tuut tut tuuut tut..." *skrip terpaksa disunting kerana mengandungi unsur lucah yang melampau.

Si boyfriend kelihatan sangat teruja. Tetapi dia cuba mengawal dirinya seraya berkata, "Awas sikit. Kat depan kita ni ada orang. Nanti dia dengar."

Si girlfriend gelak dan menjawab, "Tak mungkin la dia faham apa yang I cakap tadi. Dia kan melayu."

Aksi geletek-menggeletek bersambung. Sesekali si boyfriend tergelak besar.

"Kalau boleh I nak koyakkan baju you kat sini dan tuuuutt tuuut tut tut tuttt," sambung si girlfriend tu lagi. 

Kelihatan si boyfriend tak senang duduk. Mukanya bertukar kemerah-merahan.

Hidney berpura-pura tidak faham dan menyibuk-nyibukkan dirinya dengan menggentel-gentel... Blackberrynya. 

Kakinya disilang untuk menyembunyikan bukti.

Scene separa lucah itu berlanjutan sehingga mereka bertiga tiba di stesen terakhir.

Sebaik sahaja tren berhenti, pasangan kekasih tersebut terkocoh-kocoh keluar dari tren dan terus menghilang disebalik penumpang yang lain.

Hidney masih duduk di tempatnya...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku faham bahasa mandarin... 

March 19, 2011

Kawin

Wait seminit!

Bukan aku yang kawin ok. So ladies don't cry yet.

Ngee...

Tadi aku menghadiri majlis kawin cousin aku kat Kamunting Perak. Sangat le meriah majlisnya. Tambah meriah lagi dengan kehadiran mak ayah aku dari Sarawak.

Lama beno aku tak jumpa diorang.

Well of course, dalam mana-mana majlis family, aku akan dibedil dengan soalan-soalan cliche yang kemudiannya akan menjurus kepada jawapan cliche jugak, "Tunggu la mak ayah kenyang dulu."

Berhemah tak jawapan aku? Kalau ikutkan hati nak jer aku jawab, "Apa kau nak kisah?"

Tapi aku tak sejahat tu. Senyum tetap senyum, tapi hati hanya tuhan yang tahu. Sesungguhnya orang yang banyak bersabar itu comel dan banyak kelebihannya. 

Ingat tu yer kawan-kawan!

Pernah jugak aku terfikir, next time kalau ada majlis kawin family, aku nak anjurkan contest SIAPA NAK DATE DENGAN HIDNEY. Alasannya, kalau aku pergi ke majlis kawin tu dengan awek, tak akan ada yang bertanya soalan cepu emas tu lagi.

Paling-paling orang akan cakap, "Dah ada calon tu. Tak lama lagi la tu kot."


Masalahnya ader ker yang sertai contest aku tu?

Tapi apa-apa pun, congrats kat cousin aku tu. Semoga berbahagia hingga ke anak cicit. Hadiah kau aku tak bawak hari tu sebab besar sangat. Aku dah upah lori 10 tayar untuk buat delivery. Sorry ler kalau lambat sampai.

Gi marah kat driver lori tu...

AKUBUKANSUPERMAN: Contest hanyalah olok-olok dan gurauan semata-mata. Tiada hadiah yang dipertaruhkan. Harap maklum... Ngeee

March 17, 2011

RM10


Kenapa RM10?

Tu lah jumlah duit yang budak-budak sekolah zaman sekarang bawak pergi sekolah.

Beza RM2 jer dengan pekerja-pekerja gaji hari kat estate.

Siyes!

Pekerja-pekerja tu penat membanting tulang, cangkul sana, cangkul sini. Kena marah dengan boss yang garang (tapi comel) lagi. Memang susah.

Budak-budak ni cuma bangun awal pagi, mengigil sikit dalam bilik mandi dan duduk dalam kelas sepanjang hari. Paling-paling berpeluh time PJ jer, tapi dapat gaji RM10 sehari.

Seronok kan?

Tapi bila difikirkan balik, RM10 tu memang ngam-ngam untuk belanja diorang gi sekolah. Buktinya?

Meh kira-kira...

Trip pergi balik tren = RM4.70

Nasik lemak = RM2

Air sirap = RM1

Belanja budak bertocang yang duduk sebelah meja = RM2

Baki RM0.30 tu boleh beli gula-gula 6 bijik, untuk dinyonyot time balik sekolah.

Tak ker ngam-ngam tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Aku bekal doposen jer dulu... 

March 16, 2011

Superman yang OREN?


Satu benda yang best pasal public transport ni ialah kita akan jumpa ramai orang. Dan mungkin dalam ramai-ramai tu ada yang kenal kita.

Ceritanya macam ni...

I was on my way to work, macam biasa naik LRT. Disebabkan aku naik dari Kelana Jaya, aku akan dapat tempat duduk sebab tren kosong. Tapi tren akan mula penuh lepas Sentral.

Di Sentral, sorang kakak masuk dan berdiri depan aku. Aku perasan ada bump kat perut dia.

She's pregnant.

"Duduk kak." Selfish person is a selfish jerk you see. So aku bagi le tempat duduk aku. Bukannya mati pun kalau nak berdiri kejap. Sah-sah ada signage yang dictate kerusi merah adalah kerusi untuk orang tua, mengandung dan kurang upaya. Lagi nak pura-pura tak nak faham kan!

Dia senyum dan, "Terima kasih dik. Adik ni Superman ek?"

Rasa macam nak jatuh jantung aku dengan soalan kakak tu. Tapi aku tetap nak coverline. Takut nanti aku tersilap perkiraan dan perasan fames plak. Tak ker terus OREN aku lepas tu.

"Tak sampai ke tahap tu lagi kak. Pertolongan kecik jer." Jawab aku dengan hensemnya.

Kakak tu senyum jer...

Kat stesen Masjid Jamek dia turun dan cakap, "Terima kasih dik. Kalau tak memang akak akan rasa OREN tadi."

Gulp...

Aku speechless sangat. Tak tau samada aku nak bertempik kegembiraan atau nak bagi jer tandatangan aku kat kakak tu. "From me to you with love. The very famous, Superman."

Tapi yang pasti, aku rasa happy giler sebab ada jugak orang nak guna-pakai trademark aku.

Kalau Beyonce dah perkenalkan BOOTYLICIOUS, yang sekarang dah masuk kamus Oxford, aku nak perkenalkan RASA OREN plak.

Masuk kamus DBP pun jadi lah. Tak ada royalti pun tak per...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku cuma warga yang bertanggungjawab

March 15, 2011

Cabut gigi lagi


Dah seminggu aku menahan sakit, baru semalam aku berpeluang nak cabut gigi geraham aku tu.

Puas hati aku.

Cincang cincang cincang!!!

Masuk ni dah 4 kali aku cabut gigi. Nasib baik yang kena cabut tu semua gigi belakang. Kalau tak, merasa OREN la aku every time nak senyum.

Rongak!

Anyway, the last time aku cabut di klinik pakar. Sakit sikit jer tapi bayar mahal giler. I'm talking about RM600 per treatment!

Now aku buat kat klinik kerajaan, kat Dato Keramat tu, bayar seringgit jer. Harga-harga rakyat kata orang.

Member-member semua kata dentist-dentist klinik kerajaan semuanya ganas-ganas belako. Diorang ni buat keje selekeh sebab bayaran sikit jer.

You pay peanut, you get monkey...

Terus aku rasa OREN dengan statement tu.

Tapi sahih ker dakwaan tu?

Based on my experience, cabut gigi kat mana-mana pun mesti akan sakit sikit. Tak ada beza antara klinik pakar atau klinik kerajaan.

Kalau tak nak sakit, GOSOK GIGI!

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: Gembiranya rasa hati!

March 13, 2011

Suck-it gigi!!!

Berapa kali dalam life kita perlu sakit gigi?

Kalau in previous years korang dok makan gula-gula dari pagi membawak ke malam, sampai gula dalam balang pun korang bedal, dan tak reti-reti nak gosok gigi sebelum tido, jawapannya...

SELALU!

Malangnya aku adalah orang itu.

*Musik OREN berkumandang sayu...

Gigi geraham aku dah sakit since last week lagi, well actually gigi tu dah berlubang since as long as I can remember. 

And it decided to be the pain in my arse... err actually gum on my outstation day, which was last week, to Sibu, just reached home yesterday, it was rainy, tsunami hits Japan, in tv, people died, my gigi still aches...

Everyone were asking, "What's with the long face?" And of course I was just too lazy to answer and decided to put on a longer face. Dagu dah terseret kat lantai dah.

Wush wush wush...

Appointment aku dah buat untuk cabut gigi aku tu on Monday ni kat Klinik Pergigian Dato Keramat. Bayar seringgit jer. Tak sabar aku. 

*Musik seram berkumandang...

Bila doktor tu dah cabut gigi geraham tu, aku akan mintak doktor tu serahkan gigi tu kat aku. 

Lepas tu aku akan potong tujuh gigi tu... 

Letak dalam tong dram...

Tanam kat belakang rumah dan simenkan!

Kejam tak aku?

AKUBUKANSUPERMAN: Dalam kesakitan, tak lupa aku berdoa untuk orang-orang kat Jepun...

March 7, 2011

Mo-joh


Dear diary,

As I was perusing through my former entries and I was flabbergasted on how much puzzling English I’ve inked to evince my kinks. Those twisted voluminous words I was using, distorting something so it seems to mean something it was not intended to mean.

That was way back then…

But now I can’t even write a decent letter epigraming “You are dumb but I am dumber” without making me look dumb.

I have to agree with Shaz, I felt closer to my subject whenever I write in Bahasa.

Writing in Bahasa is fun but I need my squandered mojo back.


Yours unfeigned,

The-OREN-feeling-me... 

March 2, 2011

Bayangkan...

Bayangkan...

Korang kat dalam LRT, nak ke tempat keje. Fikiran korang masih kat katil lagi, membayangkan korang tengah nyenyak tido berselimutkan duvet kapas kepuk yang hangat. Di dodoikan plak oleh kipas yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Nikmat…

Tapi korang terpaksa ke office sebab due date report dah dekat. Baru jer berkira-kira nak suruh housemate korang usung korang ke klinik, pakai stretcher, mengharapkan MC sehari dua.

Tiba-tiba mata korang ternampak graffiti-grafitti lawa kat tebingan sungai Klang. Terus mata korang terbeliak dengan nilai estetika yang cuba dipamerkan oleh pelukisnya yang divinely creative tu.

Menarik…

Warna vibrant tu terus buatkan korang bersemangat nak gi keje. Korang berjaya siapkan report korang dalam masa lima minit jer. Tak cukup dengan tu, korang merayu plak nak siapkan report kawan-kawan korang yang dah lama tertunggak.


Bayangkan…

Korang kat dalam LRT nak balik rumah. Korang tengah di usha oleh seseorang yang berbaju pink kat depan tren. Matanya menjeling sambil memberikan senyuman yang bisa buatkan hati korang lunyai.

Merembes luar kawalan...

Time tu korang wish korang ada cermin compact kat dalam beg korang, nak tengok kot-kot ada lagi tak serpihan kangkung yang dari tadi tersekat kat gigi korang. Korang nak senyum, tapi keadaan tak mengizinkan. 

Tapi dah tu korang fikir, celah mana machonya jantan simpan compact mirror dalam beg?

“Cepat la tren. Aku nak ke tandas ni, nak check cermin kejap.” Korang bermonolog dalam hati.

Sampai jer kat tandas awam, korang nampak tulisan berdakwat merah kat dinding tepi cermin.

“Terima lah hakikat yang kau sebenarnya hodoh. Herman benci Ibrahim... I hecthu!!!”

Terus korang tak ada mood nak melaram cantik sebab korang rasa terperli dengan tulisan tu.

Bayangkan…


AKUBUKANSUPERMAN: Vandalisma adalah kerja orang sewel. Grafitti sungai Klang best!

March 1, 2011

Touch N Go

Memandangkan aku hari-hari pakai menatang Touch N Go ni, kali ni aku nak story pasal pengalaman pertama aku pakai Touch N Go plak.

Menarik?

Meh rapatkan saf...

Ceritanya cegini. 

Lepas beberapa hari aku transfer ke semenanjung, aku plan nak merafak sembah adik aku kat Shah Alam. Ye le kalau aku tak gi jumpa dia kang, tak pasal-pasal aku kena titik. Kena tuduh buang saudara lepas jadi 'orang semenanjung'. 

Dakyah tu. 

So aku pergi le. 

Lagipun tu la peluang aku nak melaram kereta plat Sarawak aku keliling KL dan kawasan yang sewaktu dengannya. Banyak jugak kereta-kereta dari Sarawak yang aku tengok kat atas jalan KL. Nak jer aku lambai sekor-sekor dan berkenalan dengan diorang.

Aku ni peramah orang nya.

Ngeee...

Kat Plaza Toll Shah Alam, aku wind down cermin kereta dan sengih secukupnya kat kakak jaga toll tu. Kalau dia orang Sarawak, mungkin aku akan terus keluar kereta dan duduk sekali dalam booth toll tu.

"Selamat pagi. Berapa ek?" Tanya aku.

"Pagi. %$$*&@#!% sepuluh sen dik." Kata kakak tu. Kurang jelas apa yang dia sebut sebab bising. Aku cuma dengar sepuluh sen jer. 

Mungkin betul la kot sepuluh sen jer?

Aku pun macam, "Wow murahnyer!"

Dalam hati la tapi...

So aku pun dengan hensemnyer bagi sepuluh sen kat kakak tu.

Kakak tu tenung aku semacam jer dan cakap, "Masuk tandas pun doposen dik. Tolong bayar seringgit sepuluh sen yer. Terima kasih."

Aisemen macamana aku boleh tersilap ni? Bikin malu jer. 

Lepas aku bayar aku terus blah. Mesti kakak tu ingat aku ni jakun yang baru first time bawak kete.

Malunya hingga menjilat jari yer kawan-kawan!

AKUBUKANSUPERMAN: Memang aku rasa OREN 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...