February 28, 2011

YouTube sensation

I don’t know samada korang tau atau tak. Ramai yang tak puas hati pasal Justin Bieber tak dapat Grammy tahun ni sampai ada yang buat petisyen kat Facebook minta Grammy ‘dikembalikan’ kepada Bieber.

Kembalikan kepada yang berhak katanya.

Korek punya korek, aku baru tau yang Bieber ni telah 'dijumpai' oleh Usher dari YouTube. Mungkinkah Usher tengok video Bieber tengah makan gula-gula kapas sambil nyanyi ikan kekek mak iloi-iloi kat pondok bas sementara menunggu ride balik rumah selepas sekolah? 

Apakah?

Kot?

Actually sekarang ni macam dah jadi trend plak nama-nama besar industri muzik jumpa bakat-bakat baru dari YouTube. Contoh lain yang aku boleh bagi ialah Charice Pompeng-entah-apa-entah yang di co-jumpai oleh Ellen dan Oprah, dan Heather Russell oleh si Simon-baju-ketat-nampak-tetek Cowell.

Soalannya sekarang...

Ader ker young hopefuls dari Malaysia yang mengimpikan Cinderella story macam Bieber, Russell dan Charice yang mengimpikan they'll be the next YouTube sensation?

Jawapannya ada!

Rujuk video oleh adik Najwa Latif kat bawah ni.


Cantik...

Mesti mak aku berkenan.

Kalau yang berikut ni plak? 


Apa korang rasa?

Rasa OREN tak?

I know my lip-syncing is very menyedihkan...

Anyway...

Aku cadangkan artis-artis segera AF tu buat exactly that. Mana tau dapat gi Hollywood kan?

Mawi... apa lagi? Cepat nyanyi sekarang!

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak leh nyanyi. Tapi aku boleh mencarut 

February 25, 2011

AKU MENANG!

Seperti biasa, bila aku bangun pagi aku akan check message dan email kat inbox dulu. Tak sah kalau aku tak check. Mana la tau ada tawaran dari suger-sugermami kat luar sana untuk jadikan aku... err pembantu peribadi diorang.

Korang ni pun, jangan terus nak judge aku ek.

LOL...

Anyway pagi tadi aku terkejut monkey kejap sebab ada pengumuman yang kata aku menang pertandingan cipta logo untuk group Blogger Malaya yang aku join awal bulan ni tadi.

Klik sini.

Terus bersinar cahaya-bunga-api-letup-letup pagi aku dowh!

Walaupun its just a small contest, tapi aku rasa cukup bangga. Orang kata ada sense of achievement kat situ.

Tak sia-sia aku melekatkan muka aku kat screen laptop aku sepanjang hari untuk mendesignkan logo tu. At least ada jugak orang yang nak hargai semua tu.

Apa-apa pun, aku nak berterima kasih kat admin group Blogger Malaya sebab pilih logo ciptaan aku tu. I can't say enough thank yous to show you my appreciation.

Thanks...

AKUBUKANSUPERMAN: Bangga bukan tiket untuk menjadi riak yer kawan-kawan. Kena la bersederhana...

February 22, 2011

Entry leleh

Amr Diad, Amr Moustafa, Haytham Nabil, Ramy sabry dan Mohamed Hamaki…

Sekadar nak menyebut beberapa nama penyanyi timur tengah yang lagu diorang aku dok dengar 24 jam sekarang ni. Masyuk jugak bila dengar lagu-lagu ni especially kat dalam tren. Bunyik macam orang mengaji pun ada jugak.

"Kenapa kau tak dengar jer orang ngaji Yassin?" Tanya member aku one day.

Siyes aku tak dapat jawab.

Tapi deep down aku rasa sangat OREN dengan cadangannya yang hensem tu.

Anyway...

Aku dengan bermurah hatinya nak share beberapa lagu yang aku sukeeeeeeerrr sangat.



Meleleh dowh!

Maher zain?

Siapa tu?

AKUBUKANSUPERMAN: Best gak kalau dapat date dengan awek arab. Tapi aku kena pakai kasut platform le…

February 18, 2011

Kenapa OREN?

Aku tak ler famous mana kalau nak compare dengan Ben Ashaari atau Eqbal Zakaria. Tapi ramai jugak yang tanya aku apa makna RASA OREN tu.

Before aku explain lebih jauh lagi, aku nak confess yang sebenarnya comparing myself with those big names dengan niat aku nak explain pengertian OREN tu memang tak releven langsung.

Aku sajer jer. Dengan memasukkan nama-nama besar tu, secara tak langsung traffic blog aku akan naik.

Keji tak aku?

Hahaha...

Anyway berbalik kepada soalan tadi. Apa makna RASA OREN tu? Kenapa mesti OREN? Bukan kelapa atau tembikai?

Actually aku benci OREN. Aku tak boleh hadam buah yang bernama OREN. Jus OREN aku boleh maafkan. Tapi OREN yang OREN memang aku tak boleh blah.

So on that note, aku terjemahkan apa-apa rasa yang tak best, rasa benci, rasa sendu dan yang sewaktu dengannya kepada RASA OREN.

Senang. Tak payah aku nak elaborate panjang-panjang perasaan aku.

Tu la maknanya RASA OREN tu.

Faham tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak pernah rasa aku ni famous. Tapi pernah beberapa kali orang tegur dan tanya aku, "Awak ni Encik Superman ker?" Korang rasa OREN tak dengan statement aku ni?

February 15, 2011

Tutti Frutti

Nama macam pelik but I must assure you guys, menatang yang nama Tutti Frutti ni memang best giler ok!

Tapi jangan la jadi giler dulu. Not now at least. Kejap lagi aku story kenapa.

Outlet ni berkonsepkan yogurt sejuk yang bermacam perisa yang korang boleh letak dalam cup medium atau cup besar dan korang boleh letak topping yang giler banyak dan timbang sebelum bayar.

Tu la konsepnya...

Seronok bukan?

Bayaran untuk semua keseronokan tu hanyalah RM0.53 setiap 10 gram... Jer...

Tapi kalau korang tiba-tiba giler meroyan dan amik macam tak ingat dunia disebabkan oleh kejakunan yang melampau, maka dengan automatic nya korang akan terpaksa membayar RM18 juta untuk yogurt sejuk yang korang amik tu.

Tak ker terus merasa oren korang lepas tu?

Sekian.


AKUBUKANSUPERMAN: Aku bercakap melalui pengalaman. Aku dah terkena RM36 untuk satu cup penuh dengan 5 perisa Tutti Frutti. Menyesal tak sudah aku lepas tu tau tak!

February 13, 2011

Blogger Malaya

I came across pasal group ni kat blog si Cuha X. Macam menarik jer group ni. Di samping tambah kenalan, aku boleh buat blog hoping dengan senangnya sambil bernyanyi riang.

Ngeee...

Group Blogger Malaya sekarang ni tengah buat contest untuk mendesign logo diorang. Ni antara logo yang sempat aku design.

Amacam? 

Yang tak membuatkan kora rasa oren bila menengoknyer.
AKUBUKANSUPERMAN: Undi jangan tak undi. Bukan habuan yang aku cari, cuma peluang untuk lebih dikenali. Apakah?

February 12, 2011

Buang baby

Ok sudah sudah le dengan story bercuti kat pulau-pulau indah, dengan air laut yang jernih dan langit yang membiru. Kang ada plak yang rasa oren dan terus tak nak masuk blog ni sebab sakit hati kat aku. You know who you are darling. *cakap sambil melentikkan jari.

Ngee...

Anyway semenjak dua menjak ni, kes buang baby makin menjadi-jadi. Tak habis-habis dengan story sedih orang jumpa baby reput kat tepi sungai dan depan hospital. Paling yang aku tak boleh blah, ada pulak couple ni berlakon terjumpa baby somewhere dan buat laporan polis, walhal baby tu diorang yang punya. Klik sini untuk story lebih lanjut.

Sedih la lakonan korang!

Binatang pun tak buang baby diorang.

*kuss semangat


My blood go upstairs already you know.

AKUBUKANSUPERMAN: Ok ok cool down. Tak elok marah-marah.

February 1, 2011

Cam-whoring di Langkawi

Cam-whore...

Apa yang korang rasa?

Oren?

Stoberi?

Untuk menambahkan lagi rasa oren korang tu, nah aku sajikan aksi-aksi cam-whore aku kat Langkawi ujung minggu lepas.


AKUBUKANSUPERMAN: Korang rasa macam nak lempang aku tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...