AKUBUKANSUPERMAN

January 28, 2011

Edisi BUMPER Sabah bah

I always being spell-bounded by Sabah, The Land Below The Wind as they say it, or perhaps The Land of Pirate Taxis and Bagang too.

Orang kata hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Rasa happy di negeri orang, rasa oren di negeri sendiri. Tapi kalau la diberi peluang, aku nak jadikan Sabah rumah kedua aku.

Boleh tak?

AKUBUKANSUPERMAN: Buli ba kalao kao!

January 24, 2011

Panggilan pulau

Kat KL ada pulau? Tak der kan?

Kat Gua Musang ada ker? Pun tak der kan?

Kat Bintulu?

Bintulu? Kat mana tu? Macam pernah dengar je nama tempat tu...

Ngee.

Ujung minggu lepas aku berpeluang berkunjung ke Semporna, which is like 1.5 hour drive dari Lahad Datu. Dari aku duduk memerap dalam bilik macam anak dara, elok aku pergi cuci mata kat mana-mana. Fortunately Semporna came into me mind.

Kalau cakap pasal Semporna, memang tak sah kalau tak jejak ke pulau-pulaunya yang sempurna tu. Banyak pulau-pulau yang boleh kita choose. Biasanya tourist, dan yang perasan tourist macam aku ni akan pilih Sipadan dan Mabul.

Tapi untuk kunjungan kali ni, aku pilih pulau Mabul. Nak ke Sipadan mahal sangat. Kalau gaji aku RM18 juta sebulan mungkin aku akan pilih Sipadan. Lagi pun, kalau nasib aku tak bagus, tak pasal-pasal korang akan nampak muka aku terpampang kat muka depan surat khabar korang.

"Auditor comel dicolek Abu Sayyaf di Sipadan."


AKUBUKANSUPERMAN: I love island!!! Jom gi Phuket b...

January 21, 2011

MH is Malaysian Hospitality


Korang tau tak MH dah tukar livery kapal diorang atau dalam bahasa orang kebanyakannya, diorang dah tukar cat kapal terbang diorang?

Imej baru tu actually sempena dengan purchase Boeing 737-800 diorang yang baharu.

Cukup belia tak penggunaan BAHARU aku tu?

Sekali sekalak mauk jadi beliak jugak bah... *cakap ikut pelat Sabah.

Untuk pengetahuan korang, semua fleet Boeing 737-300 diorang sebelum ni adalah yang second-hand jer. 

Diorang beli kapal tu dari datuk aku.

Ngeee...

Aku rasa about time jugak MH pakai kapal baru. Yer la, tiap-tiap tahun menang award gempak. Mesti banyak untung sebab keyakinan pengguna tinggi.

Tu secara teorinya...

Actually aku dah tau lama dah pasal hal ni tapi baru ni jer aku nampak kapal tu real depan mata masa aku transit kat airport KK semalam.

Ada orang cakap imej baru MH tu macam RapidKL.

Korang nilai sendiri...

Tapi aku rasa imej baru MH tu... SEXY!

AKUBUKANSUPERMAN: Mari naik kapal terbang!

January 20, 2011

Entry oren

"Baaa... Buli bah kalau kao!"

Basically aku dengar ayat ni average 15 juta kali sehari since aku sampai kat Lawas last week. Orang Lawas pun cakap macam orang Sabah.

Literally...

Now aku dah kat Lahad Datu.

So lagi la banyak la aku dengar ayat tu...

Jangan tanya aku kat mana Lahad Datu. Aku lempang jugak kang!

Tapi aku tak nafikan yang orang-orang Sabah ni comel-comel belaka. Kalau ikutkan rasa, nak jer aku angkut sorang dua jumpa parent aku.

Siyes!

Pasti diorang tak akan rasa oren dengan pilihan aku.

Ok kita lupakan isu Sabahan yang comel-comel tu. Sampai esok pun tak akan habis nak story.

Sekarang ni aku nak story pasal gunung Kinabalu plak.

Siapa yang pernah panjat gunung Kinabalu?

...

...

Ok ok maybe soalan aku agak ambitious.

Siapa yang pernah tengok gunung Kinabalu dekat-dekat dari ketinggian 11 ribu kaki dari paras laut?

Tak pernah?

Nah...

Ni antara shot yang sempat aku amik masa dalam flight dari KK ke Lahad Datu tadi.

AKUBUKANSUPERMAN: Rasa oren tak? Ngeee...

January 17, 2011

Why I love my job...

Korang suka tak keje korang?

Aku?

Aku sangat suka keje aku.

Sebab apa?


AKUBUKANSUPERMAN: Tu la sebabnya...

January 16, 2011

Lawas oh Lawas

Miri berhujan sejak 2 hari lepas. Dalam diam aku wish hujan berhenti before flight aku ke Lawas petang tadi sebab aku dah maklum yang aku akan naik Twin Otter. Twin Otter and rain is definitely not a good combo.

I just hate turbulence!

Tapi maybe today was not my lucky day after all. Langit masih gelap bila aku check in kat airport Miri pukul 2.45 petang tadi. Tak nampak macam hujan akan berhenti any time soon.

"Be a man!" Kata sms yang aku terima.

Hanjing!


MH3516 yang aku naik bergerak perlahan-lahan kat atas tarmac dan kemudiannya memecut membelah hujan. How I wish they have a larger aircraft to Lawas.

I do...

It was actually a short 45 minutes flight to Lawas, but it felt like forever bila Twin Otter tu melambung ke kiri dan ke kanan. Sesekali terdengar orang menjerit "Oh God!"

But eventually aku selamat juga sampai ke airport Lawas pada pukul 3.30 petang tadi.

Esok aku nak try arrange bas dengan office KL untuk trip Lawas-Kinabalu aku 20 hari bulan ni. I'm not going to fly with that thing again!


AKUBUKANSUPERMAN: Seriau aku dengan kilat kat atas tu...

Cat rumah

Lepas abis jer visit audit aku semalam, aku spent masa sehari dengan sibling aku, buat-buat dono dan buat-buat bodo kat rumah barunya kat Permyjaya Miri.

Well aku tak la sejahat tu.

Sebagai seorang abang yang macho dan comel, aku menawarkan diri untuk mengecat dinding ruang tamunya dengan upah pujian dan sanjungan... Jer...

Boleh tahan jugak hasil keje aku actually.

Bangga la jugak aku...


So bagi korang kat luar sana yang memerlukan tukang cat, korang bolehlah tulis alamat korang dan bila korang perlukan khidmat aku kat ruang komen kat bawah.

Upah boleh runding.

Sekian terima kasih.

AKUBUKANSUPERMAN: Pening aku dengan bau cat

January 15, 2011

Tepati masa

"Apakah kepentingan menepati masa? Kenapa kita perlu menepati masa? Mari tuan-tuan dan puan-puan, kita bersama mengupas isu ini di ruang Sembang Wara bersama saya, Professor Superman. Zasss..."

*Sound effect murah berkumandang...

Bila kita lambat, orang akan ingat kita ni tidak berdisiplin. Apakah anda orang yang tidak berdisiplin?

Bila kita lambat, orang akan ingat kita tidak serius dengan apa yang kita nak buat. Apakah anda jenis yang main-main?

Bila kita lambat, orang akan kutuk dan perbodohkan kita, samada dalam diam atau dalam terang. Apakah anda seorang yang bodoh? Adakah anda akan merasa oren?

Bila kita dah lambat dan kita menyedarinya, kita akan tergesa-gesa. Bila dah tergesa-gesa, kita akan memandu macam pelesit. Apakah anda sudah bosan dengan hidup anda dan membahayakan nyawa orang lain dalam masa yang sama?

"Sekian dahulu perbincangan kita pada hari ini. Kita jumpa lagi di ruang Sembang Wara di minggu depan, ditempat sama tetapi di waktu yang berbeza. Saya Professor Superman mengucapkan... Zass!"

*Sound effect murah berkumandang...

AKUBUKANSUPERMAN: Susah sangat ker nak tepati masa?

January 7, 2011

Mass produced goods


Bukan aku nak buat-buat kekwat or anything. Salah dari sisi undang-undang dan melanggar Clause 4¼ Konvensyen Geneva tu. Tapi mass-produced goods ni sometime boleh mendatangkan kemaluan kat kita sebab semua orang beli dan pakai benda yang sama. 

Baju ler terutamanya...

Tak faham apa tu mass-produced goods? Cuba try Google yer kawan-kawan.

Aku ada my share of story untuk isu mass-produced goods ni. Meh sini dok rapat-rapat aku nak story. 

Rapatkan saf!

Every morning aku akan naik tren dari stesen Kelana Jaya untuk ke tempat kerja. Stesen tu adalah stesen yang paling ujung dan biasanya tak susah untuk aku dapat tempat duduk kosong sebab penumpang pun tak berapa ramai.

Dan biasanya jugak, aku akan tunggu sampai tren 4 koc sampai. Untuk pengetahuan korang, aku suka benda-benda yang panjang ni. Lagi panjang lagi bagus. 

Err... Jangan fikir kotor ok. Aku lempang jugak kang!

So anyway, dari pintu koc yang paling depan, aku nampak sorang mamat yang baru masuk. Aku dengan segera terperasan yang dia pakai baju yang sejibik macam yang aku pakai; hitam dengan stripes putih. Diam-diam aku wish dia amik tempat duduk yang jauh dari aku.

Malu dowh orang nampak pakai baju sama.

Tapi dalam banyak-banyak tempat kosong tu kan, dia nak duduk tepi aku jugak ni.

What the fish!

Aku nak lari takut dia rasa offended plak. Bukannya apa. Aku ni sangat baik orangnya. Berbudi bahasa, sopan santun dan sangatlah tinggi pekertinya. *posing sinchan

Karang dia rasa offended siapa yang akan susah? 

Aku jugak...

Tapi memang aku tak nafikan yang aku merasa oren sepanjang journey tu. Mesti orang ingat aku dan mamat tu pasangan kekasih, pakai baju sama untuk show yang we both belong to each other.

Cinta di akhir garisan naa...

Eeeuuuwww! 

AKUBUKANSUPERMAN: Kongsi le story korang kalau korang pernah experience benda yang sama.

Perfume story

Aku ada sorang boss kat department aku ni. Razak namanya. He's cool, he's hip and he got style.

Tapi tak der la dia pakai baju kuning dengan cardigan merah jambu. Korang ni pun. Agak-agak la kan...

Orang kata sedap mata memandang.

Dan dengan tak malunya aku ngaku, he smell good too.

Tapi lepas sebulan aku masuk department ni, dia pindah company for a better offer katanya. Agak sedih la jugak sebab aku dah start nak selesa keje kat bawah dia.

Tak sempat-sempat aku nak tanya perfume apa yang dia pakai. 

Orang kata, we should emulate someone who is successful to be a successful person ourselves. That itself is an on-going process yer kawan-kawan. Memang leceh... I know. 

Tapi kalau nak success cepat, mungkin kaedah menjilat punggong boss boleh dipraktikkan.

Tapi lepas dia pergi tu kan, aku finally dapat tau jugak minyak wangi apa yang dia pakai. Tu pun lepas kitorang kemas bilik dia.

Korang nak tau tak?

Betul ni?

Nah...


Rupa-rupanya air freshener jer dowh. Baunya kuat sampai lekat kat baju. Tipah tertipu kat situ.

AKUBUKANSUPERMAN: Semalam aku beli air freshener tu 2 bijik. Satu letak kat rumah, satu letak kat work-station aku. Harap-harap cepat le aku naik pangkat sebab aku tak mau jilat punggong boss. JIJIK!

January 6, 2011

Kasut baru dan...

Glam dan fame...

Dua benda yang biasanya orang akan pilih over duit dan kekenyangan. Tak cayer? Cuba tengok kat tv tu. Orang sanggup buat apa jer untuk dapatkan dua benda ni termasuk nyanyi suara kepit kat national tv.

Kadang-kadang kita tanak pun famous tapi famous tu datang dengan sendirinya. Untungkan? Kau rasa?

Oren?

Ok. Cuba bayangkan korang baru jer beli kasut baru yang cantik giler cun meletop hebat terbaik WOOOW! Dengan bangganya korang jalan kucing kat KLCC, kat tengah-tengah orang ramai yang busy buat purchase terakhir sempena krismas dan sale hujung tahun.

Tiba-tiba, dengan tak semena-mena dan tak glamernya...

...korang jatuh terduduk dan jerit "OOOWW!"

For a few short second korang terdengar bunyik cengkerik. 

Krik krik krik...

Then semua orang, dengan serentak, menoleh tapi tak plak tergerak nak tolong korang sebab tangan diorang dah penuh dengan shopping bag. Diorang tenung jer korang dengan renungan penuh simpati. 

Sorang anak mat-salleh menarik-narik baju mak dia dan tanya, "Mommy mommy. Why is that old man sitting on the floor?"

Kalau boleh korang nak pura-pura pengsan and get away with that sudden drop of water face. Tapi korang fikir balik, mana ada orang pengsan jerit "OOOWW!"

Tyra Banks pernah cakap, "Kalau korang jatuh kat runway, segara bangun dan buat-buat dono jer. Jangan lupa senyum yer kawan-kawan."

Ok aku lupa nak pesan. Actually Tyra Banks cakap semua tu dalam English yer.

Korang bangun dan sapu-sapu ponggong sikit. Tersengih kat orang ramai yang lalu lalang dan jalan terus ke hadapan. Dalam hati, korang tak putus-putus menyumpah kasut yang korang baru beli tu.

Bayangkan...

Dapat tak?

Ok bagus.

Now cuba bayangkan aku dalam situasi tu. Siyes! Bayangkan aku dalam situasi tu. 


AKUBUKANSUPERMAN: My 2010 ended in style lah 

January 4, 2011

Hello!

Semalam kat office dan tengah aku duduk-duduk borak dengan Admin Manager, kakak Engineering Department tiba-tiba lalu dan bagi salam kat manager tu. Kat aku, dia ucap hello instead.

Aku dah biasa sangat dengan hello instead of salam so aku hello kan balik.

"Eh? Kenapa hello kat dia?" Tanya manager tu. Confuse macam biasa...

"I ingat dia non-muslim sebab nama dia pelik. Lagipun tak pernah nampak dia pergi solat jumaat pun." Jawab kakak engineering tu.

Aku rasa sangat oren, tapi aku sengih jer.

Memang aku ngaku. Kadang-kadang aku 'ponteng' jugak solat jumaat dan pergi dating kat Pavilion.

Lepas ni aku kena pakai serban la kot ke office. Serban dengan cardigan kuning dan tie merah jambu. Baru stylo sikit yer dak?

AKUBUKANSUPERMAN: Tapi aku bangga dengan nama aku...

January 3, 2011

Story bosan


Selamat tahun baru people!

So amacam celebration new year korang? Rasa oren? Rasa betik? Aku celebrate kat rumah jer. Tak macam tahun-tahun lepas, memang aku merancang nak celebrate new year dengan pengisian rohani dan maimunah kat rumah jer, tanak berasak-asak dengan orang ramai yang ghairah nak tengok bunga api new year (jer!) dan sangkut dalam jem berjam-jam.

Walhal aku boleh tengok show bunga api yang sama dari tingkap rumah jer... sambil peluk bantal busuk aku.

Cantik show bunga api tahun ni...

Sejak cuti 27 Disember tahun lepas, aku dah tak sabar-sabar nak masuk office balik.

Ok ok... aku tau memang korang ingat aku ni poyo, tapi memang aku tak sabar masuk office balik sebab kat rumah aku tak tau nak buat apa. 

Siyes!

For your info, selama tempoh aku bekerjaya ni, aku tak pernah dapat cuti lama. Dulu every time aku nak bercuti panjang, bos aku akan cakap "Buah sawit tak tunggu kau kalau dia nak masak!"

Tak ker terus aku rasa oren lepas tu?

Tu sebabnya aku tak pernah dapat cuti lebih dari 4 hari.

Hari tu aku risau jugak masa aku nak apply cuti kat bos aku ni. Takut dia pun akan pakai alasan yang sama. Tapi dia tak cakap apa pun. Dia sain jer borang application aku tu. So tak jadi la aku bakar office aku tu kalau dia dah approve cuti aku.

Sebelum aku bercuti, dah macam-macam plan yang aku buat. Nak pergi situ la, nak lawat sana la, nak main golf la. Tapi bila aku dah start cuti, satu hapa pun aku tak buat. Rasa sayang plak nak bazirkan cuti tu dengan aktiviti yang buat aku penat. Bila aku penat, aku akan start nak rimas. Bila aku dah rimas, ada pulak orang yang rasa oren. So aku prefer untuk spend cuti aku dengan tido sampai lebam.

But one can never sleep too much. Mula la aku rasa bosan yang maha kat rumah. Nak memasak aku tak reti. Nak buat tiang rumah, aku rasa tiang kat rumah tu dah cukup dah. Nak download porn, porn yang ada dah melambak-lambak. Cukup untuk bekalan 3 generasi...

Aku start nak kira countdown untuk hari aku masuk keje balik. Untuk menaikkan semangat, aku iron baju-baju office yang aku ada. Kalau boleh seluar 'kecik' yang aku nak pakai ke pejabat pun aku nak iron sekali.

And finally, hari ini tanggal 3 Januari 2011, aku dah kembali bertugas. Rindu giler aku dengan work-station aku. Tak lupa train ride yang aku naik setiap pagi tu.

Seronok dowh!


Esok aku nak angkut tilam la ke office...

AKUBUKANSUPERMAN: Full steam ahead. Woot woot!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...