Dan aku rasa sekarang aku faham apa yang dia rasa bila aku kata macam tu dulu.
Mesti dia ingat, "Mati ker kalau tak ada Facebook?"
Masuk hari ni, dah seminggu aku delete Facebook aku. Aku rasa ringan semacam jer sebab banyak masa aku tak terbazir dengan benda alah tu. Menggentel handphone setiap saat semata-mata nak tau apa perkembangan terbaru kengkawan aku.
Apa yang aku dapat?
Bill telefon mencanak naik ujung bulan!!!
*Muzik rancak membakar semangat berkumandang*
Mulanya aku rasa macam tak yakin aku dapat hidup tanpa Facebook. Aku rasakan yang hidup aku akan menjadi sunyi sepi tanpa kehadiran update terkini kengkawan dan share-share sensasi semasa yang disokong dengan gambar-gambar monyet yang terbelah perutnya.
Kini aku rasakan hidup aku lebih bermakna.
Aku dah boleh buat benda-bendalain yang lebih berfaedah.
Aku lebih sihat!
Aku lebih bertenaga!
Aku lebih ceria!
Aku boleh luangkan lebih masa untuk Twitter!!!
*CD calar. Muzik rancak tiba-tiba terhenti*
Err...
Follow Twitter aku kat sini ek kengkawan.
Mekasih *tertunduk malu
AKUBUKANSUPERMAN: Follow jangan tak follow...