So lepas waktu pejabat, aku dengan girangnya naik tren dari KLCC menuju ke Kelana Jaya. Memang kalau boleh, aku nak melompat-lompat manja sambil pintal-pintal rambut all the way ke stesen. Tapi aku risau nanti orang kata aku biul plak.
So macam biasa aku jalan dengan handsomenya...
Kat dalam tren aku tengok banyak seat kosong sebab penumpang tak ramai. Tapi aku tetap nak berdiri dan bersandar kat tiang sambil posing comel. Dengan lagu Nobody But You dari Wonder Girls kat iPod, sesekali aku mengelip mata perlahan-lahan dan flipped my imaginary hair macam kat dalam slo-mo movie tu.
Macho kan?
Agaknya disebabkan aku terlalu kontrol macho, aku tak sedar yang tren tu berhenti. Untuk korang yang biasa naik tren, tentu korang akan dapat expect pergerakan tren yang kadang-kadang berhenti mengejut tu. Kalau korang bernasib baik, korang dapat pegang handrails, pintu, tiang, kerusi atau makcik kat sebelah korang untuk mengelakkan adegan golek-golek dalam tren.
Aku on the other hand tak bernasib baik. Drama jatuh terduduk kat KLCC berulang lagi. Klik sini untuk korang yang tak baca lagi.
Nampak sangat aku ni kampung. Aku rasa macam nak sumbat jer muka aku dalam beg sebab terlalu OREN.
Nasib baik kejadian ni berlaku kat KL. Orang-orang KL dah immune dengan benda-benda macam ni. Kalau kat Kokdiang, mungkin aku dah masuk front-page dah.
AKUBUKANSUPERMAN: Moral of the story, jakun and control macho doesn't go well together...


7 ulasan:
Hihi, biasalah kalau jatuh dalam train kalau bergerak tiba-tiba. I pun pernah terjatuh kena kepala betul-betul terkena handrails tu, hasrat di hati nak jatuh dalam dakapan org yang menarik. *kelip-kelip mata* Dalam hati hanya tuhan je yang tau, betapa tak machonyaaaaaaa, kepala kena kat handrails tu. The best part was ada la sorang akak ni, sungguh tak pandai nak mencoverkan diri tahan gelak tengok I. Oren sungguh rasa, rasa nak buka pintu train and terus terjun. -___-
naz... amboi nak jatuh dalam dakapan org yg menarik sajer u kan? masa i jatuh tu pun ada yg tahan2 gelak. tapi tu tak buatkan i rasa oren sangat sebab i tau i bukan sorang jer yg pernah jatuh dalam tren. mesti ramai yg dah kena. apa2 pun i tetap love my train ride hehehe
jatuh dlm tren perkara biasa... apatah lagi jatuh cinta dlm tren...
shaz... emmm macam pernah baca jer situasi tu. esok nak pakai baju pink la. basah2kan sikit baju tu dan buat2 dengar lagu kat ipod. confirm akan ada yg jatuh cinta dengan i hehehe
kalau jatuh, bangun cepat2 sambil maki
"woii!! sape tolak aku?"
hahaha
aku telah tersungkur ke bwh
gelak berguling-guling
(gaya hina kaw kaw)
*Sila oren!hahahah
yusuf... hahaha bagus idea tu bro. lain kali i buat
bk... OREN! lol
Post a Comment