AKUBUKANSUPERMAN

September 19, 2011

Dasar pandang ke timur?

Tanpa kita sedar kita sentiasa mengagung-agungkan orang barat dari orang timur.

Betul tak?

Cepat ngaku sekarang!!!

Contoh terbaik, orang kita langsung tak malu kalau pakai suit lengkap on friday. Biar la berpeluh macam haram. No hal punya. Tapi cuba try suruh diorang pakai baju melayu lengkap dengan kain samping dan songkok plak. Confirm akan ada suara sumbang yang cakap diorang tu either YB, pengantin, on the way ke majlis rumah terbuka company atau...

GILA...

Sama jugak dengan kes baju batik kita. Jarang sangat kalau kita tengok orang gi office pakai batik. Unless orang-orang kerajaan. Tu pun terpaksa sebab dah protokol. Cuba tengok orang Indonesia. Diorang bangga aper pakai baju batik diorang ke pejabat.

Contoh lain, mat salleh yang pakai selipar jamban jalan kat Pavilion kita puji elok. Nampak cantik. Nampak santai. Stylo la gamaknya. 

Cuba kalau si Maimunah yang pakai. Mesti kita kata Maimunah dah nampak macam Felda instead of ranggi.

Sebab apa?

Sebab kita rasa orang barat tu lagi superior dari kita.

Renung-renungkan la ek.

Aku tak emo...

Selamat hari Malaysia.

AKUBUKANSUPERMAN: Siyes aku tak emo...

9 ulasan:

bukankosong said...

bangsa kita ngh plahan2 cr identiti tu

jgn oren tau...

sbb ko pun sama! ha..ha..

W. Hidney said...

bk... eh eh? aku? sama tang mana? hahahaha

Anonymous said...

Well, nak buat macam mana, itu lah nama dia mentaliti org kita. I ok je pakai selipar jamban pergi pavilion,ok je. Tak kisahlah org nak ckp apa janji kita perasan yg kita ni stylo cukuplah. Eh. Kalau muka tu dah melayu Reel, pakai apa pun yg sama ngn org brt mesti dicop macam ugh, u knw la kan, melainkan kalau muka melayu dilahirkan hensem kalau pakai apa pun ttp stylo n cantik even brg tu fake or not. Well, I think sbb mentalitli org kita la Reel. Another example is group kpop malaysia, menari mmg la ya ampun hancur tapi org kita kutuk2 je, sbb muka melayu kan. Apa pun kalau wat tak boleh,kalau org korea menari hancur mana pun mesti dia org pujaaaa. Nampak sgt mentaliti org kita ni tak boleh ke mana. Hihi. Kalau org kita pakai cap ke belakang or ke tepi mesti kena cop bbnu, budak-budak baru nak up, tp kalau org barat pakai stylo nak habis walau muka pecah rumah. Hihi!

Lama tak bertapak sini! Hihi!

Yang benar dan tak oren- Naz! (Cannot sign in using phone) -____-

jejaka anggun said...

kalo i pakai sipar nampak cam felda ker?

Siti said...

org kita memang gitu. yang jauh nampak cantik. dijulang2 bagai nak rak. yg dekat dikeji2. diletak cop mohor di dahi dasar felda dan pprt. mmg jenis tak sedo diri. tak sedo makin lama makin hilang identiti.

Maria James said...

kalau si Maimunah guna selipar jamban memang serius felda. Mungkin sebab dia Maimunah kot. But if I use selipar jamban, I lagi stylo dari mat/minah sallehansss sebab I Maria James. HAHAHAHA

mungkin, ada benar juga. i dah renungkan. kahkahkah.

rugi je nescafe I tersembur.

W. Hidney said...

Naz... Dalam my previous entry pun i pernah sentuh. Kita makin lupa dgn jati diri kita. Terkejar sgt kemajuan sampai mengabaikan acuan sendiri. Tu yg jadi melayu tak ngaku melayu. Cina tak ngaku cina dan india tak ngaku india. Alasannya diorg warga dunia, warga global. Tapi? Habuk tarak. Nak pandang sgt org barat. Tau ker anyam ketupat palas?

W. Hidney said...

Shaz... U pakai apa pun tetap lawa. U dah dalam kategori award winning writer. Enggang dengan enggang. Mana boleh terbang sama dengan i yg merak ni hahaha. P/s: nak naskah free TABU please hehe

Siti... Hahaha Betul tu. Tapi kawal emosi anda. Bak kata pepatah kita, kera dihutan disusukan. Anak dirumah mati kelaparan hehe

W. Hidney said...

Maria... I couldnt agree more sebab u maria james. The one and only maria james. Meh sini i belanja u minum nescafe. Pakai ganti yg u tersembur tu hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...