AKUBUKANSUPERMAN

September 7, 2011

Beraya

Ok dah gila lama aku tak update. Siyes aku sangat busy dengan raya di kampung dan yang paling mustahak, kat kampung aku tak ada internet.

Line tepon GPRS jer...

Sedih campur geram aku tau tak. Sikit jam lagi aku nak bako menara telko kat kampung aku tu, ratakan lotnya dan tanam cili. Siyes!

Ok aku tak emo.

Bila bercakap pasal raya jer, mesti akan timbul isu soalan-soalan cliche dari makcik-makcik kita yang kepoh tu. Whats new? So dengan tak-cliche-nya aku tak nak cerita pasal tu sebab tu aku tak suka benda-benda cliche. Aku nak story pasal benda lain yang out of the kotak.

Mari kita story pasal tips-tips raya ke rumah bakal keluarga mertua.

Jeng jeng jeng...

1. Pakai ler baju raya yang sopan. This is not the right time for you to show your muscles. Memang le penat workout kat gym but you will not impress your bakal mertua with your physic at this moment of time. Believe me.

2. Salam dan cium tangan bakal ayah dan mak mertua dengan sopan. Jangan jilat atau gigit tangan diorang. Salah tu...

3. Puji kuih yang dihidangkan walaupun korang tau kuih tu adalah kuih tunjuk jer. Anggap ler kuih tu bakal mak mertua korang yang buat sendiri. Tapi jangan bengap sangat dan puji kacang tanah plak. "Wow sedapnya! Makcik tanam sendiri ek?"

4. Bila ditanya korang keje apa, berceritalah sekadar perlu jer. Jangan cakap besar. Remember its not always about you. Kalau bakal mertua korang pernah pergi perang kat Vietnam, stick to that. They'll love you for that.

5. Menjamu tu biar sopan. Sopan tak bermakna korang perlu duduk bersimpuh atas sofa tapi memadai dengan megelakkan dari bercakap dengan mulut yang penuh. Kunyah sikit-sikit jer. Takyah makan sampai kenyang. Ni bukan restoren.

6. Kalau boleh bawak le buah tangan sikit. Buah tangan tak payah mahal. Cukup le kalau korang hadiahkan sebijik Ferarri atau kapal layar kat bakal mertua korang tu. Confirm diorang terus setuju!

AKUBUKANSUPERMAN: Raya ni memang penat senyum

8 ulasan:

sarawakianboy said...

Finally. Inilah saat2 yang I tunggu untuk datang singgah. Tak lah oren sangat bukak blog nampak Superman tu terbang dari muzium..zzzzzzz....

Well, line phone biasalah, memang tak boleh nak buat apa. Even line phone kat rumah kampung I tu selalu GPRS je memanjang di tambah pula dengan Ke-sos-an yang sungguh melampau..

Cakap pasal soalan cliche, I rasa makcik-makcik tu tak tau la nak kata pelupa or what. Sebab every year akan tanya soalan yang samaaaa.. Soalan kerja apa, belajar apa, dah kawen ke? Soalan paling femes sekali di hari raya...

Well, soalan-soalan macam tu, I akan jawab dengan berhemah dan bersopan santun sambil mengangguk tanda ya dan melemparkan secuit senyuman :D

Hari tu, makcik sorang ni tanya. "Hah, bila nak kawen?" And siap kenenkan me dengan sepupu yang setahun sekali jumpa tu. And yes! You the answer right dalam hati I. Haha!

Ok lah! Have fun after raya!

Perrghhhh, kemain panjang I mengoment entri raya ni Reel. You know me kan mengomen.

Ok. Babai dari Penanggggggg.

p/s: Btw, Ifail la you kalau pasemboq pun tak tau....

jejaka anggun said...

ada x tips bagi mengelakkan disimbah asid gara2 cemburu?

ADfeez said...

hahaahha.. tetibe ada entri mcmana nk beraya die rumah mertua.. hahah mmg out of kotak btul...

jejaka angun : hahahha... lol!!!!

Siti said...

tips2 yg diberi tu berdasarkan pengalaman ke?

tips no 5 tu pernah terjd kpd seseorg. dia duduk bersimpuh atas sofa bkn pasal terlalu sopan-santun tp kes geli ngan anak kucing yg berkeliaran ketika berkunjung ke rumah aweks yg bakal diangkat jd bini.:D

fail la weh...

FaizalSulaiman said...

soalan paling tipikal

'bila kau nak kahwin ni?'

with all friends yg sebaya dah tunang..malas aku nak jawab..seriously. tompang gembira sudaa.hahahaha

insyaAllah sampai masa.

W. Hidney said...

naz... kalau ada award utk pemgomen terpanjang, i bagi jer kat u naz. hands down hahaha. makcik2 tu bukannya pelupa, tapi sajer nak bikin topik perbualan. diorg bukannya tau kalau nak bercakap pasal playstation ker, pasal harry potter ker. tu je la modal diorang. logik tak?

shaz... hahaha tu kena tanya kat dr masitah

adfeez... kena selalu berfikiran diluar kotak hahaha

siti... aiyooo apa barang takut dengan kucing? memang fail hahaha

faizal... yang penting senyum dan buat bodo jer

amn said...

"4. Bila ditanya korang keje apa, berceritalah sekadar perlu jer. Jangan cakap besar. Remember its not always about you. Kalau bakal mertua korang pernah pergi perang kat Vietnam, stick to that. They'll love you for that."

HAHA.. Yang nombor 4 ini siyes kelakar!

owh, i baru kat sini.. baru jumpa blog ini hari ini :-)

W. Hidney said...

amn... hehe welcome on board!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...