August 19, 2011

Tiket raya oh tiket raya


Makin dekat nak raya ni, makin hebat plak aku dengar lagu raya kat radio. Mula-mula tu memang le rasa macam best, tapi lama-lama aku rasa OREN plak considering tiket flight balik raya aku tak beli lagi.

Especially yang lagu Balik Kampung dan Dendang Perantau tu.

Rasa macam nak hempas-hempas jer radio tu sambil menjerit suara kepit.

Dulu-dulu when I was in my estate days, tiket penerbangan balik kampung aku akan ditanggung oleh company through annual passage provision. Disebabkan aku sentiasa sibuk (yer lah tu kan!) aku akan beli tiket last minute. Biasanya tiket aku akan confirm dapat walaupun harga tiket dah sama macam harga sebijik rumah.

Tapi sekarang bila aku dah keje kat HQ, aku kena beli sendiri sebab annual passage aku dah kena tarik. Malam tadi aku check harga, hampir je aku jerit suara kepit sebab harga tiket pergi balik dah sama dengan gaji sebulan aku.

Gaji aku RM300 jer.

I should have bought the ticket time harga still murah dulu. Balik naik tongkang la macam ni...

AKUBUKANSUPERMAN: Tahun depan aku nak beli sebijik A330 la. Senang kalau aku nak balik kampung and pergi outstation

9 ulasan:

ctek8 said...

my domestic tix and international tix sama harga..sbb yg international tu beli 6bulan awal, yg domestic tu beli last minit.. memang menjerit suara kepitlahhh

NUke_Rude said...

hukaloh... tu la. len kali bubuh kat kalendar awal2, beli tiket!

tapi, dah nak jadi, nak wat camner, better boleh blk beraya kan? daripada stranded kat tempat asing.?

Huhu.

Siti said...

oklah masih ade tiket utk pulang. kalo tak ada langsung lg haru. aku paham kenapa ko beli lewat sbb boss ko baru luluskan cuti kan?

sarawakianboy said...

Aiyo bro. Lain kali tiket book la awal-awal demi kesejahteraan di masa depan. Apo gilo tak balik Miri raya ni.

Kesiannya wei, kat family semua. Balik je ok orang kampung.

Btw, ye ye je gaji u rm 300 tu. Heh. Duit boleh dicari ganti, raya setahun sukar dicari ganti. Tag line celup curi ..

Kesimpulannya di sini, balik lah kampppppppungggg. Jangan menyesal di kemudian hari. Sekianlah bebelanku. I balik Selasa ni, so I tata you first la...hahaha

p/s: Panjang lagi komen. Hopefully ada hadiah untuk pengomen terpanjang, hopefullylah. :D

jejaka anggun said...

raya kat KL jer...

ADfeez said...

GAJI rm 300 jer???? * jerit suara kepit.

FaizalSulaiman said...

la awat tak buking awalnya cek?

mang kena raya KL la sambil menjerit2 suare kepit

W. Hidney said...

ctek8... hahaha moh le kita jerit suara kepit sama2 naaa

nuke... kalau nak ikutkan memang nak spend jer duit tu nak balik beraya. tapi risau lepas raya akan terus pokai. kalau duduk tempat sendiri tak per la jugak. ni keje kat tempat asing huhu

siti... hahaha pandaaaaaaai. boss i baik la. dia tak ada problem nak bagi cuti. tak baik kutuk boss i. sayaaaang bos ngeee *walaupun

naz... hadiah utk pengomen terpanjang akan difikirkan kemudian hahaha. selamat hari raya naz

shaz... sudikah anda beraya bersama saya?

adfeez... tak cayer ker? *jerit suara kepit jugak

faizal... nak baring atas jalan depan pavilion la on raya pertama. confirm lengang

jejaka anggun said...

saya tak tahu saya beraya di mana thn ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...