August 4, 2011

Suspense

Time tu aku balik keje macam biasa, lalu jalan biasa dan stuck kat jem macam biasa. Tapi yang tak biasanya, aku ternampak sorang awek cun berdiri kat traffic light. Pakai blouse putih dengan skirt singkat merah. Kasut tumit merah dan bersolek nipis.

Disebabkan dia perasan aku pandang dia, aku pun senyum le. Dia balas senyum aku tu balik.

Pergh I tell you, aku tiba-tiba rasa butterfly dalam perut. Tak sangka plak aku boleh jadi berani nak senyum kat dia. Selalunya kalau aku pandang orang dan orang tu perasan, aku akan toleh tempat lain dan buat-buat tak tau.

Biasa la tu kan. Aku rasa korang pun akan buat benda yang sama. Jangan nak tipu...

Perhaps its something about that girl yang membuatkan aku berani.

Nak dijadikan story, dia datang dekat kat kereta aku. Aik? It is something about me jugak ker yang membuatkan dia jadi berani? Aku pun turunkan cermin tingkap kereta sikit. Tak banyak sebab aku still kena berhati-hati. Mana la tau tiba-tiba dia nak kidnap aku ker. Orang yang kena kidnap biasanya comel-comel. Sah-sah la aku tergolong dalam kategori tu kan. *posing Sinchan

"Hello abang." Dia membuka bicara. Memang confirm awek tu perempuan dan bukan yang sebaliknya.

Belum apa-apa dia dah panggil aku abang dowh. Sah le sangat mujarab senyuman aku tadi tu. "Hello." Aku membalas dengan sehensem-hensemnya.

"Abang. Saya ni dari syarikat insurans something something (identiti syarikat disembunyikan). Boleh saya masuk dan bincang dengan abang sekejap?"

Alamak orang jual insurans rupanya. Padan la mesra semacam. But I must praise her, kat dalam jem pun dia boleh buat bisnis.

"Sorry cik adik. Saya dah ada insurans. Thanks for your offer yer." Actually aku tak pernah ada insurans. Aku tipu jer. Lebih baik macam tu kot. Takkan aku nak freak out dan halau dia. Hilang la kemachoan aku. Aku naikkan cermin tingkap dan melambai gagah. Dia maintain berdiri kat tepi kereta dan melambai balik.

Sorang member pernah cakap kat aku dulu. Nak jadi promoter kena pandai buat muka tebal dan terima rejection from time to time. Dan dan aku setuju dengan member aku tu.

Tapi kan, kalau dia tak terus jump into business dan ayat aku untuk gi dating, aku akan ajak dia masuk kereta.

Boleh aku bawak dia dating kat mekdi...

AKUBUKANSUPERMAN: Jahat tak aku?

9 ulasan:

NUke_Rude said...

hahaha! ko ni lawak la bro! but nasib baik u reject cara elok2. kalo x, sure dia monyok je lpas tu.

W. Hidney said...

nuke... tu arr pasal. awek cun kena la burbudi bahasa. baru la macho bro

Siti said...

hihihi..terkena ko kali ni. tp mmg saspen. kot2 dia tegur ko tp suara garau. mau melompat ko terus masuk gear reverse.hahaha..

W. Hidney said...

siti... hahaha or maybe terus lari laju2 sambil angkat kereta tu

FaizalSulaiman said...

the art of negotiation tu.tapi usaha dia mang patut ditabik la.kalau aku tak sanggup.hehehe

shandye. said...

kesian akak tu... tak sempat nak merasa GCB... :(

jejaka anggun said...

apa kaitan menjual insurans di dlm kereta????

tuh mcm nak jual lain jer....

bukankosong said...

ye ye je...

mekdi la sgt

W. Hidney said...

faizal... no one will except for these promoter hehehe

shandye... hahahaGCB free plak tu

shaz... tu namanya bisnis during desperate moment shaz. macam la u tak pernah dgr

bk... siyes mekdi hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...