AKUBUKANSUPERMAN

August 27, 2011

Pokcik kejam


Semalam aku pergi ke Jalan TAR untuk ber-last-minute shopping dengan Kash; penulis disebalik Darimejastabux. Actually aku dah kenal Kash 4 tahun dah. Ni first time aku jumpa dia. Dan siapa sangka pertemuan pertama aku dengan Kash akan berlaku kat Jalan TAR.

Orang kata first impression is important. Tapi aku tak la nak bergaya sakan. Karang orang ingat aku ni fake plak. Cukup sekadar t-shirt polos dengan seluar khaki. Walaupun simple, tapi aku rasa sangat handsome sekali *posing Ucop Bako

Disebabkan Jalan TAR terkenal dengan gridlock nya yang sangat epik, aku dah Kash bersetuju untuk naik tren jer. Rendezvous point, Stesen Masjid Jamek.

Aku sampai agak awal. Dan sementara menunggu Kash, aku mundar-mandir di stesen. Tapi tak lama lepas tu sorang adik yang aku kira dalam umur 20-an datang bertanya. "Pakcik, macamana nak ke Pudu eh?"

*petir*

Kalau nak ikutkan nak ajer aku bagi dia crash course pasal macamana nak mengenal antara pakcik-pakcik dan abang-abang. Tapi sebelum sempat aku nak rasa OREN tiba-tiba idea jahat aku datang.

"Awak kena amik LRT kat laluan Kelana Jaya." Kata aku dengan handsomenya.

Aku tersengih puas.

"Kaunter tiket kat depan tu yer." Aku menyambung.

Budak tu menurut jer.

Tak tau apa jadi kat budak tu. Sampai Kelana Jaya kot.

Ngee...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku tak jahat sebenarnya...

14 ulasan:

sarawakianboy said...

Wahhhhh! Hensemnya dia. Yep, dia tu. Haha!

Menurut firasat I, ajaran sesat LRT mana you ajar budak tu. Oren tau nanti sampai kat Kelana...

From Masjid Jamek you suruh dia naik train ke laluan ampang, or seri petaling and turun kat stesen plaza rakyat..satu stesen je dari masjid jamek tu bang...

Habislahhh budak tu tak balik raya reel.. habislah tertinggal bas gara2 kelana..

Motif suruh naik train ke kelana, nak pergi rumah i kat kelana shang villa tu ke? LOL!!

W. Hidney said...

Naz... I tau mana laluan ke pudu actually tapi sajer nak jadi budak jahat. Mana tak oren tetiba panggil i pakcik. Penat i pakai handsome2 tau.

Opsss tak nak la suruh dia gi rumah u kat kelana tu. Nanti dia posing cantik tepi pool. Ramai yang susah hati nanti especially mak bapaknya sbb anak diorg tak balik raya hahaha

sarawakianboy said...

Takpelah. Boleh I 'Beraya' dan 'merayakan' sekali dengan dia. Eh. Eh. Haha!

W. Hidney said...

Amboi naz. Merenyam! *dail no tepon mak bapak naz

FaizalSulaiman said...

hahaha

dengki ko hidney,sengal!

W. Hidney said...

Faizal... Sesekali nak jadi jahat. Takkan nak jadi budak baik jer

Shayraa said...

bagus bagus. kenapa x direct dia naik ktm sampai ipoh je. lagi oren. haha!

W. Hidney said...

shayraa... tu dah melampau namanya shayraa hahaha. hey welcome. thanks for dropping by

kin said...

sok kalau "Pokcik" jumpa kita lak, sila pakai baju Melayu ye ;D

SElamat HarI RaYa, Reel ;)

W. Hidney said...

Kak kin... Hahaha baiklah. Reel akan ikut cakap kakak tu. Selamat hari raya to you too kak kin. Ada rumah terbuka ker? Reel nak dtg hehe

ADfeez said...

jahatnya kamu!!! spanked :P

k.A said...

eh.jap. what if kalau bdk tu betul2 nak pergi pudu sbb nak naik bas balik kampung. camne kalau dia betul2 terlepas bas sbb lambat. kesiannyaaaaaaa kat dia

W. Hidney said...

Adfeez... Tak jahat. Nakal ajer hehe

Ka... Rasanya dia tak akan dpt naik tren ke kelana jaya kot. Sah2 la penjual tiket akan kata nak ke pudu kena naik star instead of putra haha

jejaka anggun said...

nampak sama baya ngan uncle dia kot... jgn kejam sgt....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...