August 12, 2011

Cerita kad raya dan being popular


Kad raya orang kata, dihantar sebagai pengganti diri. Kad raya tu jugak merupakan ekspresi si penghantarnya. Kalau mat kuntum punya kad raya, mesti akan ada motif bunga-bunga dan ucapan manis berkeju. Siap spray minyak wangi lagi.

Kalau dari mat skema plak, kadnya akan berbunyi,

"Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari raya kepada anda sekeluarga. Pecah kaca pecah gelas. Lepas baca harap balas. Sekian."

Tau sangat...

Tapi zaman canggih dan penuh dengan riot sekarang ni, orang suka hantar email jer. Tak pun hantar MMS. Murah belanja dan tak payah bayar setem.

Agak-agaknya korang tau lagi tak pejabat pos tu apa?

Setem tau tak?

Sampul surat?

Anyway, masa aku muda-muda dulu, kad raya tu dianggap ukuran kepada kepopularan seseorang tu. Aku dan kakak aku selalu bersaing, siapa yang akan dapat kad raya paling banyak. Selalunya kakak aku le yang akan menang.

Nampak sangat aku tak popular.

Sedih...

Aku tunggu jer orang majalah tu call aku untuk bersesi fotografi kat tepi kolam, tayang puting dan gigit bibir mungel aku...

*petir!

AKUBUKANSUPERMAN: Agak-agaknya cuti raya aku approve tak kalau aku nyanyi lagu Dendang Perantau sambil kuis-kuis manja dagu boss?

7 ulasan:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

bang nk fotoshoot ala2 naked x???hahaha....

FaizalSulaiman said...

kalau pose kolam tu mcm majalah mangga

W. Hidney said...

fauzi... aiyooo

faizal... tau tak per hahaha

Lea IsNaw! said...

aku pun xfemes

jarang nak dapat kad raya

watanabe said...

skrg klu nak hantar satu kad raya rasanya paling murah kne guna setem 50sen..tag kad raya kat fesbukk sudah..FOC hehe

sarawakianboy said...

Ini cerita masa kecik, suka pergi kat store dulu yang ada jual kad raya lagu raya, lepas tu buka kad tu bagi kasi bunyi sorok kat belakang kad2 lain sebab jeles tak dapat beli kad tu. Saje je nak kasi bateri habis.

Sekarang, tengoklah nanti malam raya berduyun-duyun broadcast raya bbm masuk nanti -_-;

W. Hidney said...

lea... huhu sama la kita. calit sikit

watanabe... hahaha awak sgt bijak!

sarawakianboy... org femes memang akan dapat bbm berduyun-duyun huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...