August 20, 2011

Baju raya


Korang semua dah buat baju raya? Mesti glamer baju raya korang kan? Yer la dah penat puasa sebulan, raya kena la hebat.

Tak gitu Senah? *ajuk suara Chef Wan.

Untuk pengetahuan semua peminat, aku tak ada baju raya lagi *posing Zaiton Sameon. Kalau nak tempah mungkin tak sempat kot. Malahan tailor tu akan rejam aku dengan gunting sebab buat lawak tempah baju last minit. I know for the fact that tailors tak akan tido dalam minggu-minggu terakhir nak raya ni sebab nak siapkan tempahan.

Mak aku tailor. So aku faham le.

Mak aku banyak ambik tempahan. Biasanya orang akan start tempah 2 bulan sebelum raya. Apart from baju tempahan, baju kitorang adik beradik pun dia buat jugak. Dalam keghairahan nak cari duit lebih tu, biasanya baju kitorang akan tolak belakang dulu.

Konsepnya duit didahulukan, keuntungan diutamakan.

So nak dijadikan story, aku pernah beraya dengan seluar raya jer sebab baju tak siap lagi. Takkan nak semayang raya topless kan? Lain arr kalau badan aku ketul-ketul macam Salman Khan atau at least seseksi Jared Leto. So jawabnya kena main mix match ler dengan baju raya tahun yang sudah-sudah. Merajuk punya pasal, aku matchkan seluar ijau, baju merah dan kain samping kuning.

Tapi cuba bayangkan kalau aku pakai camtu kat KL, sekarang, bila aku dah besar panjang. Confirm orang akan cakap aku 'salah bual' atau akan cop aku ting tong.

Tapi yang penting confident.

AKUBUKANSUPERMAN: Aku sayang mak aku

11 ulasan:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

haha kalerful :D

Azura Iznil said...

ooo..rasa Oren.

FaizalSulaiman said...

hahahahahaha quote gambar lat atas tu sumpah gelak.

mak aku pun tukang jahit.sekrang dia dok menjahit pagi petang.baju2 aku memang aku belila jawabnya.

pakai mcm tu kat KL takpe,kita takde polis fesyen.asal konfiden.jalan macam runway sikit.kahkahkah

selamat berbuka, hidney!

Pojiepooh Abdullah said...

hahaha sengal!
apa pun payah2 sangat kene pandailah mix and match, moden katanya.. tak gittew ;p
selamat berhari raya..

p/s: abam oren yang ensem nak duit rayeeee ;p

W. Hidney said...

syafawani... hey thanks for dropping by. memang kalerful hahaha

kak zura... ooo memang

faizal... oh yeh kena konfiden. selamat berbuka to you too

pojie... hansem? *tersedak

laskar pelangi said...

tomeyyy~ :D


selamat ari rayee

W. Hidney said...

laskar pelangi... mekaceh

sarawakianboy said...

Header yg sgt gempak. Superman katanyeeee...

Btw, tak pelik and oren ke pakai baju macam tu masuk masjid semua. Hahaha!

Cerita Raya I pun dulu-dulu plak, pernah satu hari raya tu. Semangat try baju raya campak atas lantai semua, esok pagi, kucin baik punya landing kencing and berak atas my baju raya...

Last2 kena pakai baju melayu lama. Sadissss gila -_-;

p/s: Abg superman, naz nak dtg umah raya boleh? *muka oren, mata bersinar-sinar*

W. Hidney said...

naz... hahaha i can see u like the new banner. my point is, biar baju pelik. yang penting konfiden hehe. tapi kalau dah kucin berak kat baju dan ketegak nak pakai jugak, u might need more than confident LOL. nak datang rumah? boleh jer. jemput la jemput la jemput lah!

Siti said...

ko tgk baju melayu aznil. meriah sokmo. mcm ko kate, yg penting konfiden. peduli ape org nak kata.

W. Hidney said...

siti... hahaha aznil tu ting tong, bukan konfiden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...