AKUBUKANSUPERMAN

August 5, 2011

Aku nak kurus


Statement yang paling cliche dalam bulan puasa ni adalah, "Saya nak try kurus."

Dan statement tu akan jadi lagi cliche kalau dibuat oleh orang yang pukul dua petang dah terpacak kat bazaar Ramadhan.

Untuk beli juadah berbuka...

Juadah plak dibeli macam nak dimakan orang sekampung...

Dan dia berjaya makan semuanya...

Natijahnya badan naik lapan belas kilo dan terpaksa pulak tempah baju raya baru sebab dah tak muat. Lepas tu memang le confirm OREN sebab impian kurus tak tercapai.

Memang temptation nak memborong sangat tinggi bila membeli juadah kat bazaar Ramadhan. Ditambah lagi dengan perut yang sedia kosong dan menjerit minta diisi. Benda-benda yang kita tak suka makan pun kita akan beli. Tak sampai pun gerai terakhir, tangan dah penuh dengan plastik juadah. Bukan sebelah tangan, tapi dua-dua belah!

Apa tak tips untuk mengelakkan pembelian yang berlebihan dan merealisasikan impian kurus dalam bulan puasa?

I can think of one suggestion.

Bekal dua ringgit jer dalam dompet.

Sekian.

AKUBUKANSUPERMAN: Jom pakat bawak shopping beg sendiri ke bazaar. Less plastic, greener earth...

9 ulasan:

NUke_Rude said...

hahaha. bagus gak cadangan ko tu bro.

but, kalo org yg nak gemok skit cam aku ni, camne?

Sarawakianboy said...

Amboi tazkirah Ramadan sungguh ni.
Nasib baik nafsu makan I tak terlampau, even ada duit dalam wallet, but still belanja less than RM 6.
Kalau kat uni je up to RM5 je.

Btw, tepung pelita sgtlah FTW!! Selamat berpuasa Reel.

Sekianlah #flipskopiah!

bukankosong said...

ada je..

masa gi bazaar tu bwk RM5 je

jgn lebih,so no choice kena beli sikit

jejaka anggun said...

malas nak beli apa2 kat bazaar ramadhan... mcm x worth it jer...

Siti said...

takyah pegi bazar terus lg selamat..makan roti cicah air milo je dah.

azizisamsudin said...

temanya .. x yah pegi bazar .. minum low fat milk dan kurma ( pertembungan 2 negara yang berbeza ) yusuf taiyoob ngan dutch lady )

tengku_fir21 said...

hahaha rancang perbelanjaan dan disiplin bagi aku itu yang berkesan nanti klu bawa Rm2.00 nanti tak der duit nak beli tiket train :P

W. Hidney said...

nuke... jawapannya adalah pergi ke gym hehehe

sarawakianboy... tepung pelita tak sedap! hehehe selamat berpuasa to you too

bk... agree. dgn budget ciput, kita akan beli sikit jer

shaz... tak semua macam tu. ada jugak yg best. mcm bazaar kat rumah ni, ada sorg pakcik yg jual cekitiau. hari2 i beli sebab sedap. harga pulak 3.50 jer

siti... tak best arr cam tu. nak jugak cuci mata kat bazaar hahahaha

azizi... tak boleh cam tu. kita kena bercampur dgn manusia lain. tak boleh duduk rumah dan buat hal sendiri jer hehehe

fir... beli sate sebatang je hehehe

Anonymous said...

maap tumpang lalu..hehehe..

http:// tinyurl.com/aku -dah- kurus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...