July 26, 2011

Story Lawas

Dalam banyak-banyak kawasan yang aku lawat, aku akan mati kutu kalau aku melawat ke Lawas.

Kenapak? *kata orang Lawas dalam loghat Kedayan

Satu, aku kena naik Twin Otter kalau nak fly ke Lawas. Tau tak Twin Otter tu apa? Klik sini untuk detail lanjut. Aku paling tak suka kalau naik menatang ni. Gegaran sewaktu turbulance tu boleh membuatkan jantan macho menangis teresak-esak tau.

Siyes aku tak tipu!

Dua, aku tak tau nak buat apa kalau dah malam. Kedai-kedai kat Lawas akan tutup jam 8. Kalau ada kedai yang bukak pun cuma kedai-kedai hiburan yang tak perlu aku story kat sini. Seleksi penghiburnya tak best!

Lol.

Memang pekan Lawas ni akan lengang habis bila waktu malam. Kalau tiba-tiba aku nak lari tengah jalan sambil pakai dress merah dengan bunga besar kepit kat telinga dan nyanyi lagu Kisah Hati pun boleh. Cumanya aku kena cari pengganti Remy Ishak le untuk watak heronya...

Tiga, panas tengahari kat Lawas memang lebih panas dari tempat lain yang pernah aku pergi. Selalunya aku akan pakai simple kalau buat lawatan ke Lawas. Tak larat aku nak pakai kemeja office. Habis lencun baju kalau aku berpeluh. Tak plak aku terfikir nak buat perangai dengan berbogel masa buat lawatan. Aku tak cukup sexy...

Empat, estate-estate kitorang yang kat Lawas adalah antara estate yang paling bermasalah. So biasanya moral aku akan down kalau visit diorang. Tendencies untuk aku bad mood memang tinggi bila dah lagu tu. Tapi takat ni aku still able to contain myself sebab aku percaya tak ada benda yang tak boleh selesai.

Tak macho arr gaduh dalam estate sambil tarik-tarik rambut bro.

Tapi tak semua yang aku tak suka ada di Lawas.

Aku suka awek reception kat hotel yang biasa aku duduk tu.

Comel...

Eeeee geram!

AKUBUKANSUPERMAN: Oh Lawas...

7 ulasan:

cucu umie said...

ayie tak pernah sampai lawas lg..so, tak thu sgt ah keadaannyer..heeh

flyz said...

Gegaran sewaktu turbulance tu boleh membuatkan jantan macho menangis teresak-esak tau.

i LIKE!

jejaka anggun said...

org2 lawas nih.. mesti senang buang air kan? lawas jer....

Ad Rifza said...

Tak pernah mengalami kesukaran2 begitu..huhu..Jumpa awek cun jer pernah..haha

tengku_fir21 said...

hahaha tak suke naik twin otter..kenapa diaorg beli flight tu???
hahaha

ct_cucubi said...

lelaki macho yg mnyelesaikan masalah ladang.. :P

W. Hidney said...

cucu... believe me its good here hehehe

flyz... betul what!

shaz... more or less la kot hahaha. carutkan org ek?

rifza... ahahaha way the go brother

fir... sebab twin otter lagi murah dari boeing hehehe

ct... macho ker masalahnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...