July 13, 2011

OREN


OK aku promise entry kali ni bukan yang bertemakan melankoli. Sekali sekala boleh le. Kalau selalu sangat kang, korang akan rasa OREN plak.

Betul tak?

Bercakap tentang OREN, aku perasan makin ramai yang dah pandai pakai phrase OREN ni. Bukan takat kat dalam blog jer, kat Tweeter pun aku nampak diorang pakai OREN.

Encounter aku dengan kakak pregnant dalam train tempohari pun still terbayang-bayang lagi. Sangat bijak dia mengaplikasikan penggunaan OREN dalam pujiannya.

Dan yang paling penting housemate aku pun dah start pakai OREN dalam perbualan harian diorang.

Bangga la jugak sebab OREN dah boleh diterimapakai.

Tapi lagi best kalau OREN digunakan dalam Buletin Utama. "Datuk Seri Najib Tun Razak merasa OREN dengan sambutan yang diterimanya sekitar lawatan beliau ke South Sudan bersempena dengan deklarasi kemerdekaan negara baru itu."

Atau OREN digunakan untuk slogan PKR yang macam tiru slogan kerajaan tu, "Demi OREN."

Atau mungkin digunakan dalam iklan Honda, "The power of OREN."

Atau suddenly Dato' Siti terfikir nak tukar nama produk kecantikannya menjadi SimplyOREN.

Korang rasa ada possibility tak OREN akan dimasukkan dalam Kamus Dewan?

Anyway untuk korang yang still tak tau lagi apa makna OREN ni, korang boleh klik sini untuk definisinya.

AKUBUKANSUPERMAN: Jom promotekan OREN dalam blog korang. Tinggalkan link so that aku boleh tengok. Sewonoknyer!!!

5 ulasan:

FaizalSulaiman said...

perghh

leh diterima pakai kena masuk dalam urban dictionary neh,muehehehe

Siti said...

kire ko nak jd trendsetter dlm sudut bahasa mcm farah fauzana(tau takpe), azwan ali(amboi amboi amboi)lah ye? ok gak tu. cuma takut ade lak yg rasa oren ngan ko lepas ni. maklumlah bila dah glemer ni ramai yg dengki.

perkataan oren mmg sudah sedia ada dlm kamus dewan. mungkin kene buat penambahan sikit la dlm maksudnya.

Oren:
1. buah limau yang kulitnya berwarna kuning kemerahan
2. air limau
3. warna kuning kemerahan, jingga

tambahan:
4.perasaan tidak suka, benci, meluat yang melimpah-ruah.

hahaha..

jejaka anggun said...

tahniah kerana kata2 azimat anda telah diguna oleh rakyat jelata...

lish said...

tapi consider la sikit orang-orang yang pelat 'r'.

will turn out to be 'ghasa oghen'

W. Hidney said...

faizal... hehehe rasanya?

siti... rasanya makin ramai yg benci, makin fames le kot hahaha

shaz... hahaha terimas

lish... boleh jer. yg penting maksudnya sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...