AKUBUKANSUPERMAN

July 25, 2011

Of petua dan rasionalnya

"Jangan pakai payung dalam rumah!"

Antara petua yang biasa sangat aku dengar time aku kecik-kecik dulu. Alasannya? Takut rumah jadi panas dan rezeki tak akan lekat.

Walhal kalau buka payung dalam rumah, takut nanti akan tercucuk mata.

Bila dah tercucuk mata, tak ker rasa OREN lepas tu?

Tapi pernah tak korang fikir yang actually petua-petua ni adalah satu cara bijak orang lama-lama bagi nasihat? It is very indirect and somehow open for our interpretation.

Orang kita kata, cakap berlapik.

Sebab rata-rata orang kita tak dapat terima nasihat directly. Bila kena sound directly, mula la nak sentap. Makan hati dan tarik muka panjang. Putus kawan dan main belakang.

So petua-petua ni dicipta untuk menjaga hati semua orang.

Tapi ada jugak orang kita yang tak makan saman. Cakap berlapik macam mana pun depa tak faham-faham. Bila kena perli pun buat muka dono jer. Melopong sambil korek idong.

Camner nak nasihatkan orang yang macam ni ek? Ada tips tak?


AKUBUKANSUPERMAN: Jangan menyanyi time makan. Nanti kawin dengan orang tua

5 ulasan:

FaizalSulaiman said...

versi saya lain plak bro.kalau bukak payung dlm umah nanti ular masuk.LOL. padahal apa kejadah la pakai payung dlm umah


totally agreed la ngan entry harini. orang kita mang takleh nak terima teguran secara direct,

jaga hati..

tengku_fir21 said...

hahaha...ada ker lagi spesis sentap nie

haizanabdulrahman said...

yup, petua ni biasanya yg merepek-repek je alasan dia :D bila dah besar, pandai-pandai lah pikir rasional sendiri.

tho i'm kinda confuse when it comes to petua related to medical reasons. contoh kalau patah tangan tak boleh mkn itu ini. dunno why, but i prefer to do as i was told by doctors rather than practicing these petua :D

W. Hidney said...

faizal... sampai bila2 la kita akan jadi warga yg terlalu sensitif

fir... adaaaaa

haizanpetua medical ni susah sikit nak percaya hehehe. thanks for stopping by

jejaka anggun said...

mmg xder... kalo org x faham bahasa... laha kan saja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...