July 12, 2011

Kadang kadang


Kadang-kadang orang kata kita ni memandai-mandai sedangkan memang kita tau benda yang kita cakapkan tu. Tapi kalau suatu hari tu benda yang kita cakap tu terbukti betul, diorang akhirnya sedar, tapi maintain tak nak terima kenyataan kita sebenarnya betul.

Tu kerugian diorang sebab tak nak dengar...

Kadang-kadang orang tak faham intention kita. Kata kita saja nak menyusahkan orang lain. Walhal kita buat benda tu untuk kesenangan diorang jugak.

Tu kerugian diorang sebab tak nak faham...

Kadang-kadang orang tak peduli kita terasa atau tak dengan tindakan diorang sebab kita ni tak pernah pun penting dalam hidup diorang. Tapi bila one day kita jadi lebih berjaya dari diorang, time tu la baru nak member-member. Baru nak kamceng-kamceng.

Tu kerugian diorang sebab tak nak hargai orang lain...

Kadang-kadang kita tak nak hargai apa yang kita dah dapat sedangkan orang lain kat luar sana saling berbunuhan nak dapat apa yang kita dapat. Gadai maruah segala.

Tu kerugian kita sebenarnya sebab kita tak nak nampak...

Ok I should stop right here before you guys fikir aku ni nak sebarkan agenda orang lain yang merasa OREN dengan KUNING dan MERAH.

AKUBUKANSUPERMAN: Entry melankoli ini sekadar cerita dongeng jer yer kawan. Aku ok jer...

6 ulasan:

tengku_fir21 said...

masih rasa oren

W. Hidney said...

fir... hahaha sabar bro. esok lusa mesti tak akan rasa OREN dah

Siti said...

dah naik biru mata memandang ke langit nan kelabu, skrg rase nak muntah hijau pulak. masih merenung masa depan yang samar.

FaizalSulaiman said...

suka rangkap ke lima dan banyak benarnya

jejaka anggun said...

kadang2 kite jgn berkadang2 sangat...

W. Hidney said...

siti... usaha tangga kejayaan

faizal... oh yes!

shaz... kadang2, berkadang2 tu akan bagi kita lebih banyak option in life :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...