July 7, 2011

Calon bini

Every time kalau makcik-makcik kepohchi aku tanya kenapa tak kawin lagi, aku akan jawab, "Tak ada calon lagi. Tolong carikan la..."

Tu pun kalau aku ada mood nak bermuka-muka. Kalau tak, aku bo layan jer.

Korek idong sambil nganga...

Tapi kalau nak difikirkan, aku tak pernah senarai-panjangkan apa kriteria yang aku cari kalau aku nak cari bini.

Berikut adalah perinciannya:

1. Kena pandai masak. Orang kata hati suami tu sebenarnya letak kat perut. Bini yang bijak akan tawan hati suaminya dengan masakan.

2. Kena hormat mak bapak. Aku tak kisah kalau dia jenis yang 'YO BROTHER' dengan bapak dia. Tapi kena la tau mana hadnya. Aku pernah nampak sorang anak ni suapkan maknya masa makan kat food court. Sejuk hati aku tengok.

3. Kena pandai dengan budak-budak. Aku tak biasa dengan budak. Tak pandai aku nak cakap bubbly atau manja-manja. So bini aku kena la amik peranan manja-manja dengan anak-anak aku nanti. "Daddy bagi duit belanja je. Nak manja-manja pergi kat mummy!"

4. Kena pandai jaga badan. I marry you cos I adore you and your body. Tak syok le lepas kawin bini tak jaga badan. Alasan... "Alah, mak dah berlaki nok. Buat apa nak jaga body. Bukannya mak nak cari lain." I'll say, "Kalau you tak start jaga body, I akan cari lain uols!" *sambil petik-petik jari

5. Kena faham belanjawan. Lain la kalau aku buat kilang duit. My ayah don't carry a Datuk in his name. The only Datuk he got is his grandfather.

6. Kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan atau dalam linggo KL, FLEXIBLE. Keutamaan akan diberikan kepada gymnast-gymnast negara. Wakakaka!

7. Last sekali, kena pandai jaga hati aku. Walaupun aku ni nampak garang, tapi dalam hati ada taman.

Tapi bak kata orang, beggars can't be choosers.

Aku redha seadanya...

AKUBUKANSUPERMAN: Ada siapa berminat?

7 ulasan:

arina ahmad said...

aku nak jadi orang yg macam makcik2 la
bilaaaaaaaaaaaaa nak kawennnnnnnnnnnnn????

Siti said...

lambat lg la ko nak buleh kawin kalo cenggini punya list. haha..

Ninie Hanis said...

yang no.6 tu takde kaitan kot...

pernah baca komen org psl ni.kalau ditanya soalan cepuk emas "Awak bila nak kawin?" sila jawab balik

"Awak bila nak mati?"

Agak2 sampai mesej tak?

W. Hidney said...

arina... jangan. nanti i masuk minang u kang hahaha

siti... tetap redha nak carik. kawin bukannya setahun dua. kena betul2 ngam. ni adalah syarat basic. lain2 syarat adalah syarat tambahan hehehe. susah nak kawin ni

nanie... aiyooo kejam sangat tu hehehe. jangan buat k. nanti dikeluarkan dari list calon2

jejaka anggun said...

motif?

Lara said...

haha lambat lagii la u nak kwin jwnyer..haha..dulu i pun penah buat list last2 list kemana boypren pun kemana..haha..anyway jodh tu ader cuma lambat dan cepat jer..dan apa yg kita nak tak semestinya kita dpt kan..kan..

W. Hidney said...

shaz... tiada motif tersirat hahaha

lara... betul tu. jom kawin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...