June 12, 2011

Kenapa?

Selalu tak korang nampak budak-budak pakai songkok or tudung, beroperasi kat stesen-stesen minyak, bawak some sort of resits dan minta sumbangan? Tapi pernah tak korang nampak diorang ni beroperasi kat masjid or surau-surau?

Aku ni memang jarang nak ke masjid or surau, tapi seingat aku tak pernah plak aku nampak.

Ironik tak?

Sedih ok aku tengok budak-budak ni. Dalam umur-umur yang semuda tu, elok kalau diorang gi kelas tuition ker, kelas karate ker, kelas golf ker.

Korang rasa siapa yang silap kat sini?

Jabatan agama Islam negeri kah?

Jabatan kebajikan masyarakat kah?

Atau individu yang cetek fikiranya yang nak cari jalan mudah untuk dapatkan dana?

Kenapa jabatan-jabatan ni tak nak ambil tindakan untuk memantau pergerakan rumah-rumah kebajikan ni? Kenapa sampai ke tahap terpaksa menggunakan tenaga budak-budak ni untuk meraih sumbangan kat tempat yang aku rasa sangat salah?

Atau mungkin orang kita tak cukup prihatin untuk membantu rumah-rumah kebajikan ni sampai diorang terpaksa menggunakan kaedah ni?

Aku rasa banyak lagi cara lain yang lebih 'mulia' untuk mendapatkan sumbangan. Deep inside aku rasa sedikit malu dengan kedangkalan akal sesetengah pemimpin yang sepatutnya membela nasib anak-anak muda ni.

AKUBUKANSUPERMAN: Agak berat isu kali ni. Tapi aku tergaru nak komen...

8 ulasan:

FaizalSulaiman said...

banyak sekarang dah benda2 macam ni.budak2 ni mcm dijadikan alat untuk dapatkan keuntungan atas tiket 'sumbangan ikhlas'

kadang2 tak sampai hati kalau tak kasik lebih2 kalau tengok depa dalam panas terik datang mintak..

W. Hidney said...

faizal... tu la pasal. nak tak nak bagi la jugak a few ringgit

NUke_Rude said...

atau itu semuanya adalah sindiket?

jejaka anggun said...

masalahnya, dorg tuh org msia kah?

ctek8 said...

pk dua kali klu nak bagi sb kdg2 takot dorg ni tipu. tapi klu bagi dengan niat sedekah, derma. kita dapat pahala gak wpun kita xtahu duit tu akan pergi kemana nati.

penah jumpa tak yang tunggu depan mesin atm? yang tu lagi power..

ADfeez said...

hehehe tau xpa....
agak annoying jugak sbb kadang2 dtg time makan....

tp sbb kesian.. hr nie bg jugaklah... tup tup.. esok dtg lg.. aik?
bukan smlm dah bg ker?
naik lemak lah hr2 nk bg kan?

ct_cucubi said...

ramai bebudak jual kismis kat SOGO.. huhuhu.. sian kecik2 dah kene cr duit.. paling x suker yg tgh2 kita mkn ada plak org dtg minta derma.. siap ada tukang pimpin lagi? apa kejadah ko pimpin org buta tu sana sini.. biar jelah dia duk diam kat mana2 jual tisu.. dr ko buang masa baik pergi keje da...

Janggel said...

Rasanya banyak yg sindiket tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...