June 22, 2011

Aku, saya dan I

Hello!!! *sambil posing Sinchan

Dah lama tak bersiaran. Rindu aku tak?

Sebagai jejaka idaman mertua yang comel, sopan santun dan berbudi bahasa, aku suka membahasakan aku sebagai I kalau bercakap, walaupun kat sini aku tulis sebagai aku.

... sebab aku menulis, bukannya bercakap.

Faham tak?

At times, aku pakai SAYA. Tu pun kalau aku tiba-tiba rasa macam nak jadi belia. *sambil menunding ibu jari dan duduk bersimpuh.

Begitu...

Kenapa aku tak pakai AKU?

Bagi aku, AKU tu agak kasar. Seriau aku kalau orang ber-aku-engkau dengan aku. Bunyi macam nak gaduh jer. Aku akan rasa janggal kalau orang tu ber-aku-engkau dengan aku, sedangkan aku ber-I-I dan ber-you-you dengan dia. Dah jadi macam terhegeh-hegeh dah aku dibuatnya.

So untuk mengelakkan aku merasa OREN, aku akan cuba elakkan penggunaan ganti nama diri dalam perbualan.

Contoh...

"Kau pergi keje naik tren ker?"

Menjadi...

"Pergi keje naik tren ek?" *sambil pintal-pintal rambut

Atau...

"Aku rasa engkau kena submit benda ni cepat. Kalau tak, kau akan rasa OREN kalau kau kena marah dengan boss."

Menjadi...

"Rasanya benda ni kena di submit cepat. Kalau tak OREN nanti."

Kadang-kadang tu menjadi le jugak. Tapi kalau dah kucar-kacir, aku speaking LONDON jer.

Well, you know what I mean.

AKUBUKANSUPERMAN: Walaupun aku ni sopan, aku tak akan pakai AWAK dalam perbualan aku. RIMAS!!!

8 ulasan:

FaizalSulaiman said...

sambil pintal pintal rambut dan mata terkedip kedip comel.

mesti jadi kalau buat!hahahaha

Siti said...

kelaka la awak ni! rimas tak?

ct_cucubi said...

mmg rindulah hydny.. bz ye? haah.. 'I' pon salu ambil jln selamat dgn cara membuang kata ganti nama.. :P tapi part pintal2 rambut tu x termasuklah.. hahahaha

W. Hidney said...

faizal... alamak. mana u tau?

siti... arghhh rimas! rimas! rimassss!

ctcucu... mesti kena lempang kan kalau cakap sambil pintal rambut dgn org. kalau dengan i tak per. i akan hantar rombongan minang terus

flyz said...

aku tgk owg yg aku nak sembang tu...

W. Hidney said...

flyz... yup kadang2 kena tengok org

jejaka anggun said...

i biasa address diri sendiri as anja takpun ayang takpun susah2 sgt, anggun menawan. simple kan...

W. Hidney said...

patut le u jadi jejaka anggun hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...