May 18, 2011

Cikgu

“Hidney, stand up and read out loud paragraph three,” arah Madam Angela.

Ah sudah, aku start kalut macam kucing mati anak. Korang boleh suruh aku berdiri atas meja sambil tarik telinga atau suruh aku berdiri kat sudut bilik kelas, aku akan buat.

No hal punya.

Tapi jangan suruh baca nyaring atau bercakap depan kelas. Memang aku akan panik sebab aku ni maha pemalu.

Dulu la...

“Hidney!” Madam Angela menjerit.

Aku berdiri dan mengangkat buku rapat-rapat kat muka. Mulut aku terkumat-kumit, tapi suara aku tak kedengaran.

“Louder Hidney!” Madam Angela bertempik lagi. 

Tanganku menggigil. 

Bukan sebab aku sejuk, tapi aku gementar. Member sekelas aku dah start sengih-sengih, tau sangat perangai aku yang satu tu. Aku tak pernah confident nak bercakap depan orang banyak. Mungkin sebab aku tak lawa.

Lain la kalau aku ni ada rupa macam Prince William...

Apa-apa pun, aku tetap bersyukur sebab aku sampai ke tahap sekarang atas sumbangan cikgu-cikgu aku dulu yang mengajar aku. Mungkin ada diantara diorang yang tak suka aku (sebab aku sangat pasif), tapi aku tak pernah rasa OREN.

Sebab aku sayang cikgu-cikgu aku.

Selamat hari cikgu, cikgu...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku pernah dipaksa baca sajak sempena hari guru…

6 ulasan:

http://bukankosong.blogspot.com/ said...

pasif ke? oh tidakkk!!

FaizalSulaiman said...

sekarang kira dah tak pemalu la bro?hehehe

W. Hidney said...

bukankosong... oh tidak jugak!!!

faizal... sekarang lagi pemalu hehehe

Flyboy said...

prince william? bukan prince william buruk dan botak kah?

k.e.r.i. said...

kontra dengan sekarang aku agak.

ctek8 said...

kna jalan itik pusing kelas penah buat tak...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...