May 4, 2011

Cantik or canteek?


CANTIK...

Masing-masing ada definisi sendiri. Lain orang lain taste. Kadang-kadang orang kata yang CANTIK tu macam Kate Middleton. Ada yang kata CANTIK tu macam Jihan Maharaja Lawak. Apa-apa pun masing-masing ada pendapat sendiri. Konsepnya, lain padang lain belalang yer kawan.

Bagi aku, Kate or Jihan, dua-dua pun CANTIK. Tapi tak tau la pulak yang mana lagi CANTIK hatinya kan?

Macamana pulak dengan CANTEEK ni?

Apa bezanya CANTIK dan CANTEEK?

Meh sini aku nak story.

Walaupun cara sebutannya sama, tapi perbezaannya letak pada harakat dan tasykilnya. Sebagai contoh, cuba korang baca dua dialog kat bawah ni kuat-kuat.

Ayat 1: "Fulamak awek tu. CANTIK nyer!"

Dan...

Ayat 2: "Kau rasa kau CANTEEK?"

Korang nampak tak perbezaannya? Lagi best kalau korang baca ayat nombor 2 dengan meletakkan tangan korang ke dada dan mata melihat ke atas.

Contoh lain yang menunjukkan perbezaan CANTIK dan CANTEEK...

Sorang awek, dalam tren, pakai baju kurung kuning Kamdar, rambut pendek dengan pin rambut Pokemon. Berdiri dengan sopan dan malu-malu bila dia perasan korang curi-curi pandang kat dia. Sesekali dia menjeling. CANTIK ok tu. Sangat sesuai kalau korang bawa balik jumpa mak ayah untuk dijadikan bini dan dapatkan cukup zuriat untuk buat satu team bola.

Cuba bezakan dengan situasi ni plak. Seorang awek dengan BFFnya, bergurau senda dalam tren, terkinja-kinja macam cimpanzi, pakai baju Monique Lhuillier, rambut panjang berkilat macam kat iklan syampu tu dan gelak lagi besar bila dia perasan yang korang curi-curi pandang kat dia. Bagi aku tu adalah CANTEEK-lah sangat. *sambil meletakkan tangan di dada dan mata melihat ke atas

Apa-apa pun, macam yang aku cakap tadi la. Cantik tu letak kat mata masing-masing. Tapi biarlah cantik luaran dan dalaman. Muka macam runway model tapi hati macam hantu Kak Limah pun tak guna jugak.

Selamat beramal...

AKUBUKANSUPERMAN: Faham tak?

3 ulasan:

achik ezam said...

kah kah kah terbahak2 baca entry neh...

JR said...

macam ini punya cantik pun ada?

FaizalSulaiman said...

yg situasi ke dua tu memang la kena sound

ko ingat ko chuannnntekkk sangat??

hahaha

bagi sedar sket:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...