April 25, 2011

Story belacan

Siapa suka sambal belacan angkat tangan!

Well untuk individu kat luar tu yang baru merancang nak tackle aku dan menyimpan impian nak ajak aku dating, ni aku nak bagi satu tip.

Meh dok rapat-rapat...

Aku ni hantu sambal belacan.

Bukan hantu yang mengilai dan terbang dari pokok ke pokok tu lah! Aku ni suka gila makan sambal belacan. Lagi pedas lagi bagus. Lebih syiok kalau makan dengan nasik panas.

Perrgghh terangkat dowh!!!


Anyway, ahad lepas aku balik ke kampung halaman aku di Mukah. You can Google-Map kat mana tempat yang nama Mukah tu, tapi aku doubt it yang korang boleh cari rumah aku hahaha!

Biasanya kalau aku balik kampung bercuti, aku akan bangkit tido lewat. Sebabnya aku seronok tido kat kampung. Tambah lagi rumah parents aku letaknya kat tepi pantai. 

Tapi pagi tu aku tak senang tido sebab ayah aku bising menumbuk belacan kat luar rumah.

Yes people, we make our own belacan. Fresh from South China Sea into our kuali and onto our nasi. I tell you, no belacan in this world can beat our belacan. Well of course kesedapan hakiki tu di enhance-kan lagi dengan ramuan rahsia keluarga aku. 

I'll tell you about the secret ingredient later.

Macam syiok plak aku tengok ayah aku menumbuk belacan tu. So aku dengan handsomenya meng-offerkan diri untuk tolong. Mula-mula rasa macam biasa-biasa jer. Tapi lepas beberapa round, tangan aku mula rasa lenguh. Rasa macam buat weight training kat gym plak. *sambil flexing biceps

I bet semua gadis Gucci dan lelaki Prada kat luar tu tak tau macamana rupa belacan ditumbuk, betul tak?

Mula-mula masukkan belacan dalam lesung penumbuk...

Kemudian tumbuklah seperti esok tiada lagi.


Tu jer.

AKUBUKANSUPERMAN: Buat belacan ni kena la penuh dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Tu la ramuan rahsianya. Rasa OREN tak?

11 ulasan:

incik mumu said...

patotlah ako ader nampak entiti paranormal terbang jinjing belacan..
kao lah ekk..??
haahahaha..

ako xbley makan belacan..
nanti jadi badot ako..
idong merah, mate berair..
sangat tak hensem nanti..
hohoo

Azura Iznil said...

oh...lazatnya!

aidil dbahri said...

ahahaha, yer2 je. igt nak kasi resipi. ceh!

W. Hidney said...

mumu... aiyooo hilang nikmat hidup ultimet

kak zura... memang lazat. lagi lazat dari Jordan Knight hahaha

aidil... ngeee tipah tertipu

achik ezam said...

agak2 tumbuk belacan tu pakai burbery keh???

jejaka anggun said...

wow pandainya masak.... teruja lah!

FaizalSulaiman said...

ooo sambal belacan yg buat sendiri belacannya lagi best.dah tentu lah kan?

membayangkan menumbuk tepi pantai, menghadap laut cina selatan.

nyamannya...

Maya said...

promote diri dengan resepi keluarga nampak..hahaha

sambal belacan!
Walauweh cicah bendi celur pun sodap..tak ingat budu lagi =P

Siti said...

-Mula-mula masukkan belacan dalam lesung penumbuk...
Kemudian tumbuklah seperti esok tiada lagi.

~walopun begitu tp berbaloilah dgn hasilnya kan...

http://bukankosong.blogspot.com/ said...

ala sambal belacan je..kacang je tu.. :P

lea said...

sapa pun hantu sambal belancan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...