March 1, 2011

Touch N Go

Memandangkan aku hari-hari pakai menatang Touch N Go ni, kali ni aku nak story pasal pengalaman pertama aku pakai Touch N Go plak.

Menarik?

Meh rapatkan saf...

Ceritanya cegini. 

Lepas beberapa hari aku transfer ke semenanjung, aku plan nak merafak sembah adik aku kat Shah Alam. Ye le kalau aku tak gi jumpa dia kang, tak pasal-pasal aku kena titik. Kena tuduh buang saudara lepas jadi 'orang semenanjung'. 

Dakyah tu. 

So aku pergi le. 

Lagipun tu la peluang aku nak melaram kereta plat Sarawak aku keliling KL dan kawasan yang sewaktu dengannya. Banyak jugak kereta-kereta dari Sarawak yang aku tengok kat atas jalan KL. Nak jer aku lambai sekor-sekor dan berkenalan dengan diorang.

Aku ni peramah orang nya.

Ngeee...

Kat Plaza Toll Shah Alam, aku wind down cermin kereta dan sengih secukupnya kat kakak jaga toll tu. Kalau dia orang Sarawak, mungkin aku akan terus keluar kereta dan duduk sekali dalam booth toll tu.

"Selamat pagi. Berapa ek?" Tanya aku.

"Pagi. %$$*&@#!% sepuluh sen dik." Kata kakak tu. Kurang jelas apa yang dia sebut sebab bising. Aku cuma dengar sepuluh sen jer. 

Mungkin betul la kot sepuluh sen jer?

Aku pun macam, "Wow murahnyer!"

Dalam hati la tapi...

So aku pun dengan hensemnyer bagi sepuluh sen kat kakak tu.

Kakak tu tenung aku semacam jer dan cakap, "Masuk tandas pun doposen dik. Tolong bayar seringgit sepuluh sen yer. Terima kasih."

Aisemen macamana aku boleh tersilap ni? Bikin malu jer. 

Lepas aku bayar aku terus blah. Mesti kakak tu ingat aku ni jakun yang baru first time bawak kete.

Malunya hingga menjilat jari yer kawan-kawan!

AKUBUKANSUPERMAN: Memang aku rasa OREN 

10 ulasan:

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

hahaha..dik cekodok pon mahal ok..

theblabber. said...

haha.
tiba2 aku wonder, ada lagi ke barang berharga seposen, dik? hahaha

Alan Ahmad said...

Hahahha nak beli gula2 pun tak lepas dgn sposenn :-p

FaizalSulaiman said...

hahahahahahaa

akak tu sound baek punya.hahaha

jejaka anggun said...

tahniah!

Cik Bucken said...

tackle la adik2...ko gi tackle jnis akak2 watperrr...:P

Azura Iznil said...

ye bagus..sila buat lagi.. sbb bila buat lagi bukan setakat rasa oren tapi rasa stoberi, rasa sirap rasa durian semua ada.

Tahniah!

W. Hidney said...

ahmad... hehehe tau

alan... masa i muda2 dulu boleh lepas tu

faizal... baek punya!

shaz... terimas!

bucken... tu jer yang ada. aku tackle le hahaha

kak zura... huhuhu makin le reel rasa oren

W. Hidney said...

the blabber... ader kut. penumbuk hahaha

k.e.r.i. said...

aku tak mampu nak buat apa lepas baca entry kecuali gelak atas lantai sambil mata berair.
ROFLMAO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...