March 16, 2011

Superman yang OREN?


Satu benda yang best pasal public transport ni ialah kita akan jumpa ramai orang. Dan mungkin dalam ramai-ramai tu ada yang kenal kita.

Ceritanya macam ni...

I was on my way to work, macam biasa naik LRT. Disebabkan aku naik dari Kelana Jaya, aku akan dapat tempat duduk sebab tren kosong. Tapi tren akan mula penuh lepas Sentral.

Di Sentral, sorang kakak masuk dan berdiri depan aku. Aku perasan ada bump kat perut dia.

She's pregnant.

"Duduk kak." Selfish person is a selfish jerk you see. So aku bagi le tempat duduk aku. Bukannya mati pun kalau nak berdiri kejap. Sah-sah ada signage yang dictate kerusi merah adalah kerusi untuk orang tua, mengandung dan kurang upaya. Lagi nak pura-pura tak nak faham kan!

Dia senyum dan, "Terima kasih dik. Adik ni Superman ek?"

Rasa macam nak jatuh jantung aku dengan soalan kakak tu. Tapi aku tetap nak coverline. Takut nanti aku tersilap perkiraan dan perasan fames plak. Tak ker terus OREN aku lepas tu.

"Tak sampai ke tahap tu lagi kak. Pertolongan kecik jer." Jawab aku dengan hensemnya.

Kakak tu senyum jer...

Kat stesen Masjid Jamek dia turun dan cakap, "Terima kasih dik. Kalau tak memang akak akan rasa OREN tadi."

Gulp...

Aku speechless sangat. Tak tau samada aku nak bertempik kegembiraan atau nak bagi jer tandatangan aku kat kakak tu. "From me to you with love. The very famous, Superman."

Tapi yang pasti, aku rasa happy giler sebab ada jugak orang nak guna-pakai trademark aku.

Kalau Beyonce dah perkenalkan BOOTYLICIOUS, yang sekarang dah masuk kamus Oxford, aku nak perkenalkan RASA OREN plak.

Masuk kamus DBP pun jadi lah. Tak ada royalti pun tak per...

AKUBUKANSUPERMAN: Aku cuma warga yang bertanggungjawab

16 ulasan:

||| PöJìé PööH ||| said...

Oren? Hehehe

PojiePooh; Hanya Satu...

-cD- said...

ermm stok oren da abes...
jom g beli lagi, huhuhu

jejaka anggun said...

wow!!! dah lebih glamer dr jejaka anggun.... tahniah!!!!

kin said...

Kalau kak kin terserempak dgn Reel sok.. konpem mintak otogerap ;D

theblabber. said...

tulah. kata kak kin, kompem kena minta ototgrap ni.

mardhia yusof said...

gentlemen seh.
bagus2.

bro!!
nak sign!!
aha.

zixol said...

wah femes betol..

W. Hidney said...

pojie... yer OREN!

ucuk... tak mau beli limau sorang2. tak best kalau tak berteman

shaz... merasa OREN ker kawan?

kak kin... oyeh! nak reel otograp kat mana?

theblabber... hahaha meh la sini i nak sain

NUke_Rude said...

hahahah. kantoi superman stay kat area KJ. patut r mcm pnah nampak oren!

W. Hidney said...

mardhia... hehehe semua nak sain ek. meh sini i nak bagi sain

zixol... ala tak fames mana pun. suam2 kuku jer

nuke... err alamak!

FaizalSulaiman said...

pakai suar kecik kaler oren kat luar ek, hidney?

RENoma.

oREN.HAHAHAHHAHHAHAHA

W. Hidney said...

faizal... aiyooo i pakai seluar kecik kat dalam. i bukan superman yang buruk akhlak hahahaha

Maya said...

Wah,tahniah! at least superman ni bukan sekadar di cyber tapi di dunia reality juga...dan rasa oren mmg cocok jd moto superman hihi...

tengku_fir21 said...

ahaha..femes..femes..nanti train jadi lagi sesak sbb nk tgk superman

bukankosong said...

waa... glam glam : P sukala tu...

W. Hidney said...

maya... hahaha biasa2 ajer la. mana ada fames. tau2 dia sorg jer yg kenal i dalam tren tu

fir... amboi melampau tu hahaha

bukankosong... suka la jugek :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...